Tuesday, May 14, 2013

Rendah-rendah pun sayang..




Ini cerita bukan memburukkan suami tau!
Suami aku sangat laa kecik dan rendah. Kalau kategori lelaki memang rendah la.
Aku dan suami lebih kurang je tingginya.
Sama-sama sweet like candy giteww, eh perasan? lol
See!


Kalau aku memakai heel, memang ketara sangat la nengoknya.
Suami tak kisah aku memakai heel since dari bercouple dulu.
Kalau sebelum kahwin rasa segan juga sebab kelihatan aku lebih tinggi dari sang boyfreind (ketika itu). Macam janggalkan?
Tapi sekarang dah menjadi kebiasaan, suami pun sangat-sangat tak kisah kalau aku nak membeli heel.
Aku pulak lagi laa tak kisah.
Di kalangan kawan-kawan suami, macam-macam la panggilan/gelaran yang diberi kepada suami.
Suami jenis tak kisah, buat muka dunno je.
Aku pun tak kisah walau suami aku rendah dari aku sekalipun.
Suami rendah dari isteri lebih murah rezeki kan??
Eh betul ke?, itu orang-orang tua selalu duk cakap la.
Kalau betul Alhamdulillah. Setakat kami hidup bersama pun ada juga rezeki kami yang tak disangka-sangka.
  
Cerita sebulan lepas,

Suati hari, ketika suami temankan ayahnya survey untuk membeli kereta.
Time tu suami aku duk dukung Zara, aku dan mil duk sembang agaknya.
Datang seorang lelaki cina (SA barangkali) kat suami then tanya, "eh, ini anak siapa punya?"
Suami aku menjawab, "saya punya laa..."
Lelaki cina : "ooo..dah ada anak, u itu macam budak sekolah laa.."
Suami : "hahaha..itu untung orang kecik.

Aku nak tergelak ketika suami ceritakan semula. Haish, nampak kebudakan sangat suami aku.
Satu bonus untuk suami, lol

Aku bersyukur sangat dijodohkan dengan suami.
Seorang suami yang sangat bertanggungjawab.
Seorang anak yang baik kepada emaknya dan abang yang baik kepada adik-adiknya.
Dan tak kurang juga layanan suami terhadap parents dan keluarga aku sendiri.
Thanks Abang!!
Sayang abang ketat-ketat!!




3 comments:

pelangi chenta said...

yang penting bahagia kan.

Mila Ahmad said...

awet muda....hihihihi...

Hana Soffelia said...

Suami Hana pun rendah tp tak kisah. suka je... hana pakai highheel masa g keje je. Kalau keluar jln2 pakai sandal, lagipun senang sebenarnya nak dukung baby.. hihkhik

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers