Wednesday, May 15, 2013

Beruntung jadi cucu sulung...




Bertuah  menjadi cucu sulung.  Lagi-lagi kalau perempuan. Maka wan&aki nya sayang lebih la, hehe. Pulak tu mak mertua aku memang dah lama nak timang baby girl. Adanya Zara, bukan main seronok mereka. Suami aku anak sulung, maka jadilah Zara cucu dan cicit sulung dalam keluarga belah suami. Macam mak ayah aku dah ramai cucu, jadi setiap kali kehadiran cucu baru takda lah excited seperti mendapat cucu sulung, tapi layanan terhadap cucu-cucu adalah sama rata.

Semalam Zara dapat gelang dari mak mertua aku. Bukan kemain hepi suami aku sebab tak payah fikir nak keluar duit dah bab gelang.
Sebelum mak mertua aku belikan untuk Zara, kemain suami aku bodek mak dia suruh beli emas, kang harga emas turun dalam waktu terdekat ni.
Dah kata cucu sulung kang, hehe
Ketika mil aku beli minggu lepas, harga emas rm145 (1gram)
Kalau minggu ni taktau la dah berapa, harga emas kan berubah hari ke hari, memang tak tentu. Kalau nak murah elok beli kat kedai emas biasa atau kedai emas tersorok.




Maaf la anak, tok&toki sebelah ibu xdapat nak kasi kat kamu,  cucu ramai nanti tak adil pula bagi cucu yang lain. Tapi xpe ibu tak kisah dan tahu ketidakmampuan tok&toki. Asalkan kasih sayang tok& toki tak kurang pada cucu nya yang duk Kuantan ni, hehe
Tetiba rindu parents, sobs!

Buat wan&aki, Terima Kasih untuk gelang ini.
Abah, ibu dan Zara hargai sangat-sangat.

Semalam after dapat gelang, suami duk bodek maknya belikan rantai pula, haha
Kalau ada rezeki Zara, maka dapat la nanti, hehe

9 comments:

Aisy Nasiha said...

amboi, syoknya zara dpat gelang emas tu..

cepat besar ye, nanti tak muat yang tu, tok bagi yang lain pulak

Ratu Hatiku said...

hihihi...mmmg untung zara... Murah rezeki dia..

Ratu Hatiku said...

hihihi...mmmg untung zara... Murah rezeki dia..

Ratu Hatiku said...

hihihi...mmmg untung zara... Murah rezeki dia..

~ NANA ~ said...

haha memang untung pon jadi cucu sulung...i cucu sulung, so i dah rasa macam mana best tu...kekeke

farish pon cucu sulung so dah nampak mmg org lebihkan dia :P

Nurul Husna said...

amboi...mesti comel je dah ada gelang kat tangan... :)

Mila Ahmad said...

wah beruntungnya....

e k i n ♥ y u s r i said...

same ngan zara
mcm2 dpt

Dell said...

hehe . adui, anak dell lelaki. so tak dapat gelang emas. tp dapat buaian free. hehehe . memang untung jadi cucu sulong ni.