Monday, May 6, 2013

Weekend yang sibuk!




Weekend yang super duper sibuk. Jumaat malam pergi ke Pekan majlis nikah pakcik suami.
Sabtu pergi majlis sanding sebelah pihak perempuan juga kat Pekan.
Rushing u!

Habis majlis terus pecut balik ke Kuala Terengganu. Kesian suami sebab drive.
Nak balik mengundi punya pasal.
Aku 1st time nak mengundi, excited pun ada.
See! 1st time nak mengundi so muda lagi letteww..hiks perasan!

kami sedondon..comel tak kak ton??







Ahad pagi terpaksa p mengundi awal, seawal yang mungkin.
Terpaksa menapak sekejap jela kat rumah parents, sedihh.
Sebab after aku, turn suami pulak mengundi.
Bukan mengundi kat tempat aku tapi terpaksa pula pecut ke Paka, fuhh!
KT ke Paka makan masa 1 jam setengah juga.
Sampai di Paka around 3pm, untung pergi mengundi petang xpayah nak beratur panjang, fiuut! memang dah xda orang.

Then after maghrib semalam gerak balik ke Kuantan. Memang xdang nak spend masa lelama dengan family masing-masing. Memang niat balik nak pangkah je.
Dan Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kampung selamat.
Time mengundi ni peel perangai manusia takleh di duga, buatnya menggila kat jalanan memang haruu..
Selamat sampai kat rumah 11:30pm semalam.
Then lepak depan tv dengan suami tunggu result PRU, 1am xtau kesudahan pru terus masuk tidur, tak kuasa nak menunggu lagi.

Dan pagi ni, after subuh tak sambung tidur. Biasa kalau aku penat sangat aku akan bantai tido semula dengan anak, teman anak tido kata ko, hiks
Tapi mengenangkan rumah tunggang langgang abaikan je penat tu.
Time anak tido laa boleh buat semua kerja. Quality time!!
Bangun terus angkut baju kotor masuk washing machine. Then menyapu kat dapur, bilik, ruang tamu dan bagai.
After dah settle semua baru boleh bernafas lega. Rasa tenang.

Sekarang melepak depan tv sambil buaikan Zara, jap lagi nak mandi. ^_^

*psstt..uolls balik mengundi tak??

8 comments:

Unknown said...

alahaii..comelnye mommy & bby..lawa la baju..

Asz Miza said...

Mila lawa gilos baju tu...tempah mana beadings tu..hihi..

puan.mila said...

@siti haslinda : thanks :-)

@miza : ala buat sendiri je dear..hiks :-)

cha said...

comelnya sedondon :)

Ryn said...

alalalala...comel baju nye..:)

anez zamri said...

comel la baby..baju sedondon dengan mommy ye..

safurara said...

lahai comeinya baju sedondon.

Unknown said...

Cantik nya baju mommy and baby.. :)

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers