Tuesday, May 28, 2013

Jangan dihalang hobi suami...




Sebelum kahwin lagi suami dah pesan awal-awal jangan halang hobi dia. Kalau tak suka hobi dia sila cari lelaki lain. bahaha boleh cenggitu?
Hobi suami aku ialah mancing. Mancing ikan ye bukan mancing awek.
Hobi suami ni dah tahap kritikal, kalau tak buat dalam tempoh yang lama memang gian gila.
Aku pun support jela, pernah juga time preggy ikut g mancing, mula-mula memang bosan tapi bila je dapat ikan seronok yang amat.
Yang seronok boleh naik bot tengok-tengok sungai. So far aku tak pernah ikut suami pergi kelaut, bimbang mabuk laut katanya.


Time ni 5bulan preggy. semangat ikut suami.

Orang-orang tua cakap kalau suami suka mancing ketika isteri mengandung akan ada cacat cela pada anak yang dikandung. Wallahualam.
Alhamdulillah Zara xda cacat celanya. Itu semua kerja Tuhan. Mak pak pada baby tu harus sentiasa berdoa.
Mintak dijauhkan dari benda yang tak elok.
Tapi Zara punya mata hitam sangat besar, mak ayah aku cakap dah kenan mata ikan nih.
Tapi xpe ibu abah tetap sayang, hehe

Dan semalam suami ke laut lagi bersama ayah mertua dan adik ipar. 
Setelah hampir 7bulan tak ke laut.
Gian suami oi! 

Yang seronok hasil tangkapan semalam ikan besar-besar.
Ikan merah dan ikan kerapu.
Lauk free la kami minggu ni, untuk suami suka mancing.




Makan kari kepala ikan merah hari ni, yummeh!




6 comments:

Mila Ahmad said...

makk oii ikan besarnya masak ni sedappp...

ieza ashaari said...

wow.. besar punya.. puas hati masak ni..

mommy.aisy.hana said...

sama. sumiku pun suka mancing, tapi x penah dapat ikan besar. itu yg rasa nk marah je tu....hihi

Unknown said...

pehh puas makan camni..mmg berbaloi la...

Siti Nurhuda Husna Zulkarnain said...

Salam ziarah.

Wahh besarnya ikan! Memang berbaloi-baloi. Hehehe.

Owh saya follow blog sis~ :D

- AZIE - said...

wow bestnya mila

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers