Thursday, September 6, 2012

Hb rendah semasa hamil, jangan pandang remeh..




Salam readers.

Hemoglobin (Hb) rendah semasa hamil/ anemia memang kebiasaan dialami oleh ibu mengandung.
Sebelum kahwin mila sendiri kerap mengalaminya.
 Sentiasa rasa nak pitam, pening kepala dan kelihatan pucat dan lesu.
 Alhamdulillah saat mengandung ni, Hb mila 12.2 last checkup ritu..ok la kan..mungkin faktor pemakanan berubah kot saat mengandung. Ayam langsung mila xmakan since alahan hingga sekarang, mila banyakkan makan daging, ikan dan buah-buahan.


Apa itu Anemia?
Anemia ialah kurang darah dimana kepekatan darah merah kurang drpd biasa. Seseorang yang menghidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus Hb.

Punca kurang darah :
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
  • Kelihatan pucat
  • Sentiasa rasa letih dan lesu
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Sebaik sahaja tahu yang diri mengandung, buat pemeriksaan awal ujian darah. Jika keputusan kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah.


Tahap serius anemia :
  • Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia
  • < 6.9 - Sangat teruk
  • 6.9 < 8.0 - Teruk
  • 8.0 < 9.5 - Sederhana
  • 9.5 < 10.5 - Ringan

Kesan bila dipandang remeh :
  •  Mungkin mengalami keguguran
  • Lahir anak tidak cukup bulan
  • Anak mati dalam perut
  • Lahir anak tidak cukup berat badan
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit
  • Keluaran susu badan berkurang
  • Mudah mengalami tumpah darah semasa bersalin

Cara Atasi :
  • Menjaga kebersihan diri
  • Makan makanan berzat setiap hari seperti sayuran hijau, buahan, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
  • Rehat dengan cukup
  • Dapatkan rawatan awal apabila mengalami tanda-tanda kurang darah
  • Makan ubat yang disarankan doktor


 Info online & Tips kesihatan dari mommyiskandar


Oh ye, semasa hamil teruskan memakan asid folic atau obimin ye..jangan liat-liat nak makan ubat yang doc kasi..heee..* diri sendiri kadang-kadang terlupa nak makan :p

10 comments:

Cik Tqah said...

yup..mmg bahaya..sebab bleh effect kt baby.membe de prob ni..baby dpt mslh jantung

Ryn said...

mule2 ade mslah hb...tp skrg x dah...alhmdlah laaa.....tu pon lepas mkn uabt lain selain ubat doc bagi..mmg x jln....bru hb naik mendadak...:)

Yanei Khairani said...

Alhamdulillah..so far xde prob lg. next wik check up. kne cucuk kot nt utk kancing gg. takutnyee.. hihi.. tp kan, lps amalkan mkn obimin ni.. peyut mcm mndadak je besau. haha.. baby mbesar dgn jayanya.. :)

Zurae said...

Seronoknya hb mila tinggi juga.. Saya bukan main susah nk naikkan hb ni... Esok check-up 5 bulan, harap2 hb naik la...dah macam2 cara dah buat... huhu

puan.mila said...

cik tqah : mmg bahaya..pringatan tuk diri sendiri jgk nih :)

puan.mila said...

ryn : ubat lain ubt ape y ryn mkn?

puan.mila said...

yanei : mila pun next checkup cucuk tuk kncing gg gak..fuhh mntak2 la xsakit..

puan.mila said...

zurae : next chckup xtau la hb mila cmne..hope dpt menten la..sabar ye dear jgn stress2 :)

BLuRpL3 said...

jaga diri ye puan.mila...anemia memang bahaya time preggy. alhamdulillah Hb awak tinggi dan ok..bagi kawan-kawan yang Hb low, macam saya sblm ni..bole la try makan elken spirulina..alhamdulillah hb dah semakin stabil :)

Bazilah (^0^) said...

Masa balik kmpg hubby aritu bazi g checkup dekat private klinik, jumpa pakar dan btau dia psl HB rendah nih. Dia kata if atas 10 still ok, yg perlu risau kalau bwh 9 hehehe. sbb dia kata waktu preggy mmg bdn kita byk air then masa 8 months nnti darah akan concentrate semula. Lega sikit hati masa dengar doctor explain :)