Monday, June 3, 2013

Al-Fatihah buat anak sahabat suami..




Kemalangan yang tak di duga menimpa arwah. Anak sahabat suami. Sahabat yang dikira agak rapat. Di tempat kerja selalu berdua dengan suami. Walhal semua  tentang arwah si anaknya itu dicerita kat suami.  Tapi sayang aku tak sempat nak mengenali arwah sebab sebelum ni arwah tinggal di Kuala Lumpur bersama ibunya. Arwah pergi secara mengejut dan tiba-tiba. Sungguh tak disangka sekelip mata berlaku.

Arwah meninggal Jumaat malam, 3hari lepas akibat kepala tersepit sunroof kereta. Usia arwah 3 tahun. Ya Allah besar ujianMu terhadap sahabat suami.
Kemalangan yang sangat tak di duga.

Apa yang diceritakan dari sahabat suami kepada suami aku sendiri,

Malam kejadian, arwah bermain di dalam kereta miliknya. Sementara sahabat suami angkut dan masukkan beg baju kedalam bonet kereta. Di mana Sabtu pagi keluarga sahabat suami sepatutnya berkonvoi dengan kami ke Sunway Lagoon untuk family day. Usai masukkan beg terakhir kedalam bonet kereta, tetiba si ayah tengok si anak dah terkulai tersepit sunroof. Ya Allah!
Ketika itu arwah masih bernyawa tapi kritikal. Si ayah bawa anaknya ke unit kecemasan di klinik Paka tapi terpaksa dihantar by ambulans ke Hospital Besar KT.

Arwah meninggal di ICU, Hospital Besar Kuala Terengganu kira-kira jam 2am.

Apa yang diceritakan oleh suami dari sahabatnya, arwah mungkin tertekan sendiri suis on/off sunroof keretanya itu.  Ajal adik Ayu dah tertulis di situ. Sebak aku ketika suami kejutkan jam 2am untuk khabarkan berita sedih ini.

Semoga arwah tenang di sana.
Takziah buat sahabat suami & keluarga.
Al-Fatihah..

14 comments:

Mila Ahmad said...

Takziah buat keluarga arwah :'(

wawa yusoff said...

subhanaAllah..! speechless.. xtau nak cakap apa.. :'(

Al-fatihah buat arwah.. :'(

wawa yusoff said...

subhanaAllah..! speechless.. xtau nak cakap apa.. :'(

Al-fatihah buat arwah.. :'(

Erna Nordiana Zamri said...

sedihnya...Ya Allah..kemalangan boleh terjadi di mana sahaja. al-fatihah.

Hana Soffelia said...

Ya Allah, takziah untuk keluarga arwah...

FUZY said...

takziah buat keluarga ahli syurga....sedihnya tak sangka dalam keadaan sihat boleh pergi meninggalkan family

Unknown said...

bahayanyaaaaaaa
husband i selalu letak anak dlm kereta sementara nak panaskan enjin...iskkk:(\
al fatihah buat anakanda syurga

Ryn said...

syurga tempatnya...al-fatihah..

ctmah said...

Al-Fatihah..semoga arwah tenang di sana

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

takziah untuk keluarga arwah..

Kerry Mirza said...

speechless.semoga keluarga arwah tabah mengahadapi kehilangan ini..alfatihah utk adik ayu..

Unknown said...

takziah buat family..al-fatihah utk arwahh..pengajaran utk kita lebih berhati2 lg lepas nie

cplud miera said...

Alfatihah takziah buat keluarga arwah

Unknown said...

salam takziah... sedih & sgt sayu bila baca sebab kematian tu.. tp tula kun fayakun...

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers