Wednesday, June 5, 2013

Cerita seorang surirumah..




Cerita lauk semalam, hehe..layankan aje, tak sudi baca boleh blahh, opps!
Aku ni bukannya jenis rajin masak sangat, sebelum kahwin memang jenis malas duk dapur wes, mak & ahli keluarga aku je tahu tahap kemalasan memasak aku dulu-dulu.
Tapi sekarang since dah kahwin semua berubah 100%. Nak bermalasan tak dapat ler, kang dah ada laki. Nak pikat suami kena la jaga tang perutnya, ye dak??

Sekarang malas camne pun memang wajib masak untuk suami walhal lauk simple-simple.
Suami aku bab makan memang cerewet, kalau sangat tak sedap terus dia tak makan.
So far yang aku masak semua dia makan tak pernah lagi dia tolak.
Tapi yang tak best, walau sesedap mana pun aku masak dia tak akan puji, sedih wooo.
Memang tak romantik langsung! tsk
Tapi xpe asal tengok dia menambah nasi time makan maka sedap la tu bagi aku, hehe

Dalam banyak lauk pauk yang aku suka masak ialah "ikan singgang".




Sangat simple, mudah dan cepat.
Suami aku pun suka, kalau makan dengan budu dan ulam, perghh tak pandang orang dah makan. Lauk yang femes kat Terengganu.
Tapi walaupun simple xdala hari-hari aku duk masak lauk tu. Naik jemu jugak nanti.
Segala jenis ikan dalam kuah tu aku sorang je makan, suami tak makan. Dia suka kuah je. Pelik2 padahal ikan dalam tu yang sedap, lagi2 kalau ikan tongkol atau selayang.

Kalau memasak dan kemas rumah, aku lebih suka kemas rumah.
Aku ni jenis xleh rumah bersepah like suami aku juga.
Kalau menyapu memang wajib hari-hari, kaki tak sedap pijak.
 Rumah sewa kami memang tak berhias tapi asal rumah tu nampak kemas dan selesa di pijak sudaa, hehe
Sebab aku bukan jenis pandai mendeko sangat, one day insyaAllah.

Ok, entri merapu ni. tetiba tangan aku laju nak taip itu ini, layankan aje.
tata~

8 comments:

D Yatie said...

Samala husband kita pun. Klu msk ikan asam pedas ke singgang ke rebus ke.. dia hirup kuah je.. ikan x makan.. huhu..

cha said...

i suka masak singgang ni malangnya husband i tak suka huhu sadis husband i suka makanan yg simple and tak berkuah. bg western food kt dia laju je tp i tekk melayu huhu T__T

~ NANA ~ said...

I suka singgang mkn dgn budu n tempoyak..mmg bertambah2 la kalau mkn cmtu..hehe

amal said...

hehe sama la selera hubby kita. hari2 makan singgang dgn budu, berulamkan petai jeruk pun takpe haha..

Mrs Lurve said...

singgang nie azie xpandai masak hehehehe bila ckp hubby xpercaya pulak

♥ ROS ♥ said...

Aduh ikan singgang ni mmg simple, tp klu mkn mesti bertambah2..hahhah

QueeN TerataI said...

Queen pun jarang masak.. tp bila masak.. sedap ke x sedap ke husband bedal je.. & x pnh complaint.. kdg2 diri sndr yg komplen.. masinla.. masamla.. padahal sendiri masak.. suami makan sedap je laju licin licau.. hehehehe

sedap tu ikan singgang.. arwah abah dulu suka sgt,..

Miss Mirror a.k.a Sam said...


Nampak entry you ni, tetiba rasa nak buat gak la ikan singgang arini. Sedapnya klu dpt mkn ngan budu... tp sayangnya takde la pulak.