Wednesday, June 19, 2013

Kesian Zara..maafkan Ibu sayang..


Anak jatuh buai..camne mommies rasa?? 
Semalam zara jatuh buai, Ya Allah luluhnya hati aku.
Time tu jugak aku menangis, rasa nak sepak terajang buai tu.
Dasyatkan aku??

Semalam tengahari, time aku duk ralik ayunkan zara tiba-tiba gedebuk.
Ya Allah buai jatuh! Tali putus!
Cepat-cepat aku angkat dakap zara, tiup-tiup dan usap kepala muka.
Time tu zara dah selok menangis sambil aku tenangkan dia.
Ko bayangkan??
Zara jatuh atas simen yang tak beralas dan spring buai pulak jatuh atas muka dan badannya.
Haish aku tak boleh nak ingat, tetiba sebak aku rasa teringat benda yang terjadi kat zara. Maafkan ibu nak. Cuai dalam menjaga kamu.
Ibu janji insyaAllah benda ni tak akan berulang lagi.

So far sehingga hari ni zara xda muntah ke apa selepas kejadian semalam. Minum susu pun elok. Zara pun elok je ceria semalam.
Hopefully dalaman zara ok.
Cuma semalam after kejadian,  dahi zara bengkak sikit tapi dah surut bengkak after aku sapu minyak ubat.


Dan semalam juga suami aku gantikan tali putus tu. Tak pakai tali dah, terus gantikan dengan rantai besi. Hope kukuh dan ok.
Tak nak dah benda camni berulang.
Dan bawah buai pun aku dah alaskan dengan toto.

Betapa cuainya aku. Rasa berdosa sangat kat anak.
Lagi sekali, ibu minta maaf sayang.


18 comments:

Aine Ainun said...

tu la yg risau kalo naik buaikn...
sian dia...

e k i n ♥ y u s r i said...

alahai
cian zara
maafkan ibu yer
ibu x sengaje tue

D Yatie said...

Sabar dear...
Jangan himpitkan diri dengan perasaan bersalah tu sangat ye...
Takper itu semua jadi pengajaran..
Alhamdulillah Zara tak ada apa2..

Suria said...

Ya Allah..
tak pe mila..kite sendiri pun tak nak benda ni terjadi kan, tak terduga..

semoga zara tak ada apa² la kan..

anak buah suria dlu pn penah jatuh tali putus jgak lps tu dh alas bantal bwk buai dia

♥ ROS ♥ said...

Jgn rasa mcm tu kak..bnda nk jadi.. Harap xda apa.. :-) hehe..

ctmah said...

sabar eh mila. lesson learned. kat nursery alisha pun tdo dalam buai gak. i mmg dah inform depa soh letak tilam baby bawah buai tu..takut pape jadikan

Epa Zarifa said...

Cian zara. Xpela. Pantau je die. Rsnye xtinggi sgt kan. Insyallah ok. Epa pun amjad duk pakai buai. Bawah alas 2 biji bantal besar.

Nurul Husna said...

kesiannya zara.. InshaaAllah xde pape tu

mOoN said...

Sian zara..huhu..xpenah biasakn aisya duk dlm buai..

mOoN said...

Sian zara..huhu..xpenah biasakn aisya duk dlm buai..

erin said...

xpe, nk buat camne benda nk jadi, bila dh jadi, lps ni kita akan lagi berhati2, aish tu dah besar lagilah, dia terjun dari buai sendiri, terkejut maknya ni, nasib baik buai tak jatuh timpa dia..

Brilliant Marjan said...

pengajaran n ada hikmah..awk pn dh extra pemerhatian n tindakan lepas zara jatuh..klu xjadi, kita tetap akan mcm tu..cuma buai mcm awk guna ni, mmg kena extra careful..

moga zara tiada masalah dalaman..

dhiera said...

mila...
kita tak sangka benda ni akan jadi.
semoga zara sihat2 je~ in sha Allah~

achiek anis said...

anak jatuh mmg kita tak dapat elak sis...

insyaallah xde pape k...

Malaikat sentiasa ada utk melindungi anak kecil kita...

QueeN TerataI said...

ada hikmah tu knp terjadi.. nasib depan mata kan.. sebaiknya gunakan penggantung besi then bila anak dlm buai mmg kena letak tilam atas lantai bawah buaian tu...

Nini Mohd said...

ya Allah...kesiannya.
biasanya my sis akan letak bantal/tilam/toto kat bawah buaian tu.
baru rasa secure.
kalau jatuh tu pun takde la teruk sangat.

http://ninimohd.blogspot.com

Mrs Lurve said...

xpe mila...jdkan pengajaran itu seme supaya lbh berhati2. Jgn trus dihantui rasa bersalah. Mila bukan minta itu seme. Azie memg xajar anak tidur buai..salah satu puncanya yg nie lah

Ryn said...

alaaa..kesian zara..x pe..ibu x sengaja..zara oaky2 je ye.....:)
pasni mesti ibu tggu je zara kt buai tu...:)