Salam pembaca.
At last dapat jugak kongsikan pengalaman bersalin. Gila kentang!! Amek masa hampir dua bulan nak publishkan entri nih, hahah..Pengalaman yang biasa-biasa, xdala ngeri sangat, hehe..cewaahh cakap besau..Istigfar jap!
Alhamdulillah, selamat melahirkan Hasya Nurzahra secara normal pada 7 Jan 2013 bersamaan 24 Safar 1434H jam 4:47am di Pusat Perubatan Intan K.Terengganu.
Deliver 1 hari awal sebelum due date nya, hehe
Detik-detik sebelum kelahiran baby zara..
29 Dis 2012 ( Sabtu)
Petang, sekitar jam 3:30pm perut aku sakit seperti sakit sengugut plus sakit pinggang. Bagitau mak then mak aku suruh abang aku bawak g klinik yang akan aku deliver tu, tapi aku taknak. Sakit aku pun belum kritikal time tuh. Aku nak jugak tunggu suami balik, kebetulan suami aku akan sampai petang tu jugak. Lagipun firasat aku kuat mengatakan aku xkan bersalin tahun 2012. hehe.
Malam sekitar jam 10:20pm, sakit tadi berulang lagi. Suami dah ada kat rumah time tu. Aku dah cuak, xkan dah sampai masa kot. Aku pun ajak suami g klinik tempat aku akan bersalin tu. Klinik dengan rumah parents aku sangat la dekat, 10minit dah boleh sampai. Sampai jek terus cakap kat nurse yang jaga kaunter nak jumpa doc. Tunggu dalam 5minit, then nurse panggil masuk. Pastu btau doc masalah yang berlaku. Doc terus cakap ok masuk LR nak cek jalan. Berlaku la adegan seluk2. Xdala rasa sakit cuma ngilu je. Lepas seluk, doc cakap bukaan dah 2cm. Rumah dekat je so awak boleh balik rumah dulu. Sakit kerap setiap 5minit baru datang lagi. Hampehh. Cakap kat asben, boleh pulak asben cakap..kan betol xkan bersalin lagi, sebab abang xrasa excited pun..haish boleh pulak camtu..lol
30 Dis 2012 (Ahad)
Suami balik bekerja seperti biasa..kehidupan aku seperti biasa, tiada tanda-tanda sakit yang kerap. Kadang-kadang sakit cam senggugut je datang.
31 Dis 2012 - 5 Jan 2013
Sakit masih seperti biasa, sakit yang terkawal. Kejap2 je rasa sakit tu jadi aku biarkan je sebab doc pesan sakit yang berturutan setiap 5minit baru boleh datang. Hajat hati nak deliver kan anak ni 1st new year tapi tak kesampaian jugak. hehe. Time sarat waktu ni aku tak keluar g mana2 sebab suami tak kasi, huhu. so aku banyakkan berjalan dalam rumah dan buat kerja rumah je.
6 Jan 2013 (Siang)
Pagi, seperti biasa aku kemas rumah, kemas dapur, sapu sampah..sampaikan mak aku cakap aku ni seperti orang tak preggy. terlebih rajin sangat, hehe..aku sengaja rajinkan sebab nak kasi cepat bukaan dan mudah bersalin.
Petang, mak dan adik aku nak ke hypermarket beli barang dapur dan aku gedik2 nak ikut. minta izin asben, pujuk rayu nak ikut jugak sebab aku rasa masih larat nak berjalan. Jumpa kazen, dia cakap eh dah sarat pun masih berjalan lagi, xpe nanti cepat la tu bersalinnya. Masin mulut kazen aku malam tu bersalin! Dapat jugak pergi dan pulang dgn selamat, hehe.
6 Jan 2013 (Malam)
8: 45pm - Selepas Isyak, tetiba aku rasa seperti air tumpah keluar dari miss v. sampai tumpah ke lantai bilik. Tapi tak banyak. tanya mak, mak cakap air ketuban. Aku confius sebab macam cenonet pulak airnya. Aku steady je sebab lom rasa sakit. sempat basuh pinggan lagi, hehe. mak aku pulak yang cuak suruh cepat2 bersiap. Aku boleh cakap relax la mak, hehe
9:20pm - Sampai hospital. Tunggu turn untuk jumpa doktor lebih kurang 15minit. Kes aku bukan emergency sebab aku tak rasa sakit sangat.
9:40pm - Dapat jumpa doktor. Bagitau doc masalah yang berlaku terus doc suruh masuk LR nak cek jalan. After seluk lol baru 3cm. Doc cakap admit wad terus. Sempat pulak aku tanya doc, tak leh balik rumah dulu ke? kan baru 3cm. sengal. Doc tak kasi balik. Sebab doc risau maybe dah leakage ketuban then takut ada jangkitan pula. So stay la aku kat situ. Nurse masukkan ubat berak kat bontot. Maka terceri-beri laa aku banyak kali ulang masuk toilet. Nasib dalam bilik ada toilet sendiri.
10:00pm - Bermula la kontraksi. Sakit masih terkawal. Sempat call asben, siblings, parents in law pasal aku dah kena admit wad. Asben buat hal btau nak datang Subuh esok. Hampehh naik hangin jap aku. Dah la umah mertua nak ke hospital tu makan masa sejam lebih jugak.
11:00pm - Sakit yang makin kerap tapi masih boleh bertahan. Asben text cakap dia dah bertolak. Lega! Time tu mak aku temankan dan kasi can mak aku tidur. Aku memang takleh tido langsung sebab menahan sakit kontraksi yang makin kuat.
12:00am - 1:00am - Makin kerap sakit. Menggelupur aku sorang diri. Mak pulak tidur, tak kejutkan sebab kesian. 1am asben sampai. Hepi tengok muka asben. Aku sekejap baring sekejap bangun. Takleh baring lelama sakit pinggang ya amat. Asben tolong picit2 rasa lega sikit sakit tu.
2:30am - Nurse datang ajak masuk LR. Cek bukaan 6cm. Nurse pasang mesin ctg kat perut nak tengok kekerapan kontraksi. Aku time nih tak tentu hala dah xleh nak baring betol2, kejap merengkok badan kekiri, kejap kekanan. Then, nurse suruh balik semula ke bilik. Bilik aku dengan LR tak jauh. Nurse cakap kalau rasa nak berak bagitau.
3:15am - Dah tak tahan sakit sangat. Sampaikan aku suruh suami mintak epidural kat nurse. Sakit hanya Allah yang tahu. Lembik habis satu badan. Tapi nurse tak kasi sebab risau aku tertido ke apa lagipun bukaan dah besar. Time ni dah tak tahan rasa nak teran pun ada sampaikan tetiba suara aku terkeluar cam orang nak teran..ergghhhh..haa lebih kurang camtu laa. (boleh imagine?)Last2, suami tolak masuk LR guna wheelchair xlarat nak jalan sendiri.
3:45am - Nurse cek bukaan 8cm, then hold sehingga bukaan sampai 10cm. Time ni xtau nak cakap apa. Rasa nak teran je baby nih, tak larat nak sakit kontraksi nih. Then, aku cakap kat nurse rasa nak teran.
4:00am - Dalam rasa sakit, aku sempat tengok nurse dan doc sibuk amek alat-alatnya. Suami time tu dah ada kat sisi aku. Then seisi teran-meneran bermula. Aku tak pandai meneran, huhu. Banyak kali aku teran baby xkeluar2. Suami kat sisi tak putus2 kasi semangat. At last, doc marah kat aku ketika duk meneran sebab aku teran keluar bunyi suara dan aku xpandai kawal nafas. Doc marah sebab takut baby lemas. Baby dah nampak kepala pastu masuk semula. Banyak kali camtu. Then aku dengar bunyi zappp! Doc dah gunting, tak sakit sebab sakit kontraksi lagi laa sakit. (Disebabkan seisi teran meneran yang banyak kali, atas kepala Zara sedikit benjol sampai sekarang, huhu..mak aku cakap benjol tu akan hilang sendiri mengikut perkembangan kepala Zara, mudah2an)
4:47am - Zara dah selamat dilahirkan. Lega. Terus hilang rasa sakit tadi bila nampak anak sendiri. Alhamdulillah sempurna sifatnya.Kemudian seisi menjahit. Tak sakit sebab doctor dah kasi bius. Jahit pun sekejap je. Hampir pukul 6am aku dah dihantar ke bilik.
Untuk makluman, aku mengalami ketuban darah. Ketuban darah pedih yang amat berbanding ketuban air. Time aku kontraksi darah dah banyak keluar, huhu. Patot la rasa perit semacam je, huhu
18 comments:
seronoknya mila dpt bersalin normal..husna pun harap dpt bersalin normal nanti :)
seram bila baca entry bersalin nie..tp nmpk mudah je mila bersalin, alhamdulillah...normal pulak tue..
alamak...bru je buat entri pasal kls prenatal. sy lg la tak reti camana nk meneran.mcm kena gi kelas je...hehe
huhuhu.. sakit but rasa happy sebab merasa pengalaman bersalin normal kan.. :) sy ari tu sejam lebih juga meneran.. smpi Dr amik keputusan nak vacuum.. sib baek masa tu mak ada sama.. mak x bagi vacuum sebab takut ada komplikasi lain.. huhu
tahniah dpt bersalin normal mila..pengalaman bersalin merupakan pengalaman yg tak dapat dilupakan..
let's exchange link ye
http://blurplediary.blogspot.com/
takutnye la baca pengalaman org masa deliver..congratz anyway, selamat dah semuanya..alhamdulillah
fuhhh..
baca dlm 1 nafas..
alahamdullillah lega rasenye..
semuanyer selamat..
^_^
kenangan melahirkan anak memang takkan dapat lupa sampai bila-bila. erna tak berapa nak fokus saat melahirkan. tapi rasa lebih ngeri masa nak menunggu jalan terbuka. kenangan betul!
Teringat bersalinkan naurah. Tpkan kalo skt mcm mana pun berbaloikn utk hadapi. Sume skt tu hlg bla baby dpan mata.
Tak story lagi pengalaman bersalin anak ketiga ☺☺
Ketuban darah memang sakit sangat. Kena masa anak 1st.
spi kn marah doc, takot. hrp2 dpermudahkn.
Seronok bace experience Miela. Alhamdullilah baby comel dh kluar tgk dunia..hheeheh.. Congrats Mila. Anyway, Mila beranak kt mana?
@shazlea..mila bersalin kt pusat prubatan intan KT...
Singgah blog cute ni
sronok bace pengalaman bersalin awk....steady je walau da sarat...ptot d jadikn teladan...skang mnggu ari....takut...sgt...mga d prmudahkan...
hehe mcm seram pulak bace entry akak ni.. terus bimbang pasal air ketuban berdarah tuh...ngeri perut...
Sis nk tye..ok tak service kt pst prbtn intan ni..plan nk bslin cni..so mmg check up regularly kt cni ke..dgn doc pmpn ek..doc apa ya..tq
Sis nk tye..ok tak service kt pst prbtn intan ni..plan nk bslin cni..so mmg check up regularly kt cni ke..dgn doc pmpn ek..doc apa ya..tq
Post a Comment