Thursday, February 21, 2013

Habis berpantang!




Salam olls!

Susah sangat nak update post sekarang. Online pakai tab so nak update tersangat la cerewet. haish..
Pejam celik dah habis tempoh berpantang. 45hari today. Tak sabar nak balik Kuantan. Yeahh! Nak bawa Zara jalan-jalan. 

Nak cerita pengalaman berpantang. Eh aku masih berhutang pengalaman bersalin??hehe
Sangat mencabar. Dugaan bertimpa datang ketika aku berpantang.
Yang mana kakak ipar aku meracau ketika aku berpantang.
Berubatpun dibuat kat rumah parents aku so lagi seram sejuk aku time tu.
Sekarang pun tak pulih sepenuhnya, huhu
Stress sangat. Menangis-nangis aku sebab takut maklum la badan tengah kotor time tu.
Takut dapat tempias ke apa, huuu
At last dalam 20hari berpantang suami aku angkut aku dan Zara p berpantang rumah maknya. Hampir dua minggu juga kot.
Ok, habis dugaan pasal ni.

Dugaan lain pula, kakak aku kematian anaknya di dlm kandungan. Usia kandungan 32w++.
Sedih sangat-sangat. Kematian kali ke-2.
Menangis lagi aku sebab terasa sangat2. Since dah ada anak sendiri.
Dan hampir stress sebab ada mulut-mulut suruh asingkan aku berpantang dengan kakak aku. mean xboleh berpantang sama2 dlm satu rumah. lagi haruu..
Sebab risau kakak aku menangis dan tertekan bila tengok anak aku.
Boleh meroyan nanti, nauzubillah mintak dijauhkan.
Dan sehingga sekarang akak aku pun dah makin pulih. dah boleh redha dengan apa yang berlaku.
Aku sendiri pun banyak bagi semangat dan berkongsi pengalaman berpantang.
Alhamdulillah dia dapat terima.

Ohh, tu je kot dugaan aku dalam berpantang.Dugaan yang mencabar bagi aku. huu
Eh Zara dah bunyi 'siren'nya..nak susu leteww..bye!


10 comments:

Wan Afzan said...

dugaan besar tuh. alhamdulillah dpt tempuh dgn sbr. cgrts to u. & takziah utk ur sis. :)

Wawa said...

huhu...banyaknye dugaan...takpelah yg penting sume selamat dah...:)

♥ Wina ♥ said...

dugaan hebat tu..takziah & al fatihah untuk mereka yang kehilangan

and moga kakak ipar awak cepat sembuh

tahniah dah habis pantang :)

Cik Puan Rara said...

Ya Allah,banyaknya dugaan.moga kakak awak tabah

Allene said...

takziah kat kakak awak....

mOoN said...

takziah utk kakak ea.. semoga tabah menghadapi dugaan.. huhu..

Hana Soffelia said...

Banyaknya dugaan. Mila org Kuantan ke? hana duk gambang. leh la nk jumpa baby..

Nini Mohd said...

ya Allah, beratnya dugaan kakak mila.
takziah.

http://ninimohd.blogspot.com

puan.mila said...

@Hana, mila org ganu tp stay kuantan..mai la, dtg kuantan roger2 la bleh hangout n bwk bby msing2 :-)

qasqas said...

Allah s.w.t nak tinggikan darjat kakak awak...Allah ambil 1 mungkin Allah gantikan dgn 2 nanti..wallahualam..