Wednesday, February 6, 2013

Al-fatihah untuk anak kakak aku..




Salam readers

Al-fatihah untuk anak kakak aku. Moga anak itu membantu ibu dan ayahnya di Syurga nanti.
Aku sedih, simpati..nak menangis tapi air mata tak mampu keluar.

Anak kakak aku meninggal di dalam kandungan. Usia kandungan 32w++.
Semalam kakak aku checkup mcm biasa kat kk.
Doc scan 4,5 kali tengok jantung baby tak bergerak. Refer hospital doc pun scan ckp benda yang sama. Then result pagi ni doc sahkan memang anak tu dah meninggal dalam perut.
Sekarang dah masuk ubat tunggu proses nak keluarkan anak tu.

Aku sedih dan terkilan sangat2. Taktau nak describe camne.
Yang sedihnya sebab ni kandungan sulung dan kali kedua kakak aku kematian anak camni.
Kes sebelum ni berlaku tahun 2011.
Hopefully kakak aku kuat untuk hadapinya.

Terkilan sebab tak dapat bersama dengan family aku sebab aku masih berpantang kat rumah mertua.

Al-fatihah buat bayi itu...

12 comments:

Ratu Hatiku said...

Ya Allah ksiannya... Al Fatihah... Semoga kakak Mila tabah hadapi ujian dariNya ini...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

YA Allah 2x, semoga kakak awak tabah mengharungi dugaan ni. Allah swt pilih dia .. Insyaallah akan ada banyak hikmah dan pahala menanti dia. Anak2 akan tunggu dia di syurga

e k i n ♥ y u s r i said...

ya allah...
sedihnye bile bace
takziah utk keluarga

Nory Zoulkefle said...

alfatihah

Mrs Lurve said...

allahuakbar...sedihnya..takziah utk keluarga mila, harap2 kakak mila mampu hadapi dugaan ini..

Schaz said...

alahai sedihnye..same minggu dengan my pregnancy..semoga dia tabah terima takdir tuhan..berbahagialah sbb dia dah jd ibu kpd seorang ahli syurga..

Gadis said...

Al-fatihah..

sedih sgt bila baca..
moga kakak kuat..
muangkin tu semua takdir yang Allah dh bagi utk setiap hambanya..

QueeN TerataI said...

sedihnya.. moga kakak tabah hadapi dugaan ini. InsyaAllah ada hikmah disebaliknya.. Allah lbh tahu apa yg terbaik utk kita.. sekurg2nya anak itu sudah menanti ibunya di depan pintu syurga...

salam takziah dari Queen.. Al-Fatihah

azizah :) said...

Ya Allah.. berat bahu memandang berat lagi bahu memikul.. moga kakak mila tabah hadapi dugaan itu.. InsyaAllah anak itu akan doakan ibunya dan menunggu di pintu syurga nanti..

Al fatihah.. salam takziah dari jijah yer..

erna said...

Ya Allah...semoga anak-anak kakak menanti ibu mereka di pintu syurga. sedih sangat. kalau lah erna di tempat kakak..xtau nak bayangkan perasaan macam mana.

Aisy Nasiha said...

takziah buat akak mila ni... dugaan bagi dia ... smoga akak mila ni akan tabah dan redha terima berita ni... ahli keluarg kena bagi sokongan.. tentu dia akn sedih bil tgk anak mila... sian dia, tak alam dah sepatutnya boleh beranak tu

Munnafendy said...

kesiannya akak mila...ada tak doc ckp puncanya apa ek?