Thursday, October 18, 2012

Mencari nama-nama Islam..




Salam readers.

Haish asal nak buat post jek otak blank. Tak tahu nak mengarang apa. Tapi mesti perah otak paksa mengarang jugak kalau tak blank la entri nih maka tak berupdate la jawabnya.
 Korang pernah camni? hiks
Ok stop merapu bagai.

Mommies to be dah mencari nama untuk ur baby?
Eh takmo la last minit baru nak cari. Meh get ready awal-awal kot la terberanak awal kan. Nauzubillah mintak jauh. haish.

Aku dah ada sikit-sikit koleksi nama baby. Itu pun menggeledah kat uncle google, web PaMa dll sumber.
Hajat dihati nak guna hanya dua word untuk nama baby nanti. Takmo panjang2.
Sekarang hanya nak cantumkan mana yang bersesuaian dan kena dengan maksud nama tu je.
Nama aku dah 1 word, nama suami 1 word so 1+1=2 (eh ape kaitan menda nih)
Ok2 abaikan.

Menurut sumber dari sorang kawan aku, Nama Anak Panjang = Berat...?
Maksudnya bukan  nama anak korang Panjang tau! Ada ke mommies nak kasi nama baby mereka as a Panjang..Ok sila gelak!
Nak tahu lebih jelas baca SINI..Wallahualam. aku just kongsikan aje.

Kalau mommies nak mencari nama-nama Islam yang sedap disebut, sedap didengar boleh pergi kat page Nama-nama Islam.

Kalau nama dah sedap elok dan kena dengan maksudnya insyaAllah akhlak dan perilakupun elok seperti namanya. Mudah-mudahan. Aamiinn.

11 comments:

Aisy Nasiha said...

sokong...kalau nama panjang tp panggilnya pendek aje kan? jd lagi elok kalau namanya pendek.. akak pun letak nama anak-anak pendek je , Naim dan Nazif... senang cikgu nk tulis nama dlm register

Ryn said...

ryn da de name utk bby...hehehehe..x pendek..c pjg...2 words je..:)

Anonymous said...

baby boy ke girl mila?

♥ Vna ♥ said...

teringat masa cari nama anak² dulu..excited! :)

- AZIE - said...

ok..mak azie bg idea..letaklah nama anak simple je mcm Melor, Cempaka hahahahaha tradisional btl ibu ku

Syu, Syuhada said...

kte pun nti nk letak nama ringkas2 je..
pastu tak nak advance sgt, cian dorg nti dh tua..nama tak seiring usia..haha

Aei said...

letak nama panjang2 pon panggil nye secoet je...
jadi cari name yg senang kita nak panggil nanti..lengkap, maksud pon terpelihara..boleh gitu?..
boy or girl?..or suprise??..hehe

Waney Zainuddin said...

trend parents suker gabung2 nama :)

Erna Nordiana Zamri said...

dulukan, erna awal-awal dah panggil baby dalam perut dengan panggilan iman. masa tu x tau pun lagi baby boy or gurl.memang panggil iman..

alhamdulillah sekarang pun still panggil iman. Muhammad Iman Zikir.
act nak Muhammad Iman je. tapi mertua nak letak zikir. nasib baik ibuayah erna x nak letak apa-apa nama. Kalau x,panjanglah nama anak erna.

jaga kandungan elok-elok ye :)

dhiera zainudin said...

apa antara nama baby mila? mila, happy birthday!

Syu, Syuhada said...

mila, jgn lupe bg alamat ye ;) nk pos kad ni..hehe

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers