Wednesday, October 24, 2012

Akhirnya, Keputusan telah dibuat..




Salam readers.

Ingat lagi entri aku pasal konvokesyen. Akhirnya keputusan sebulat suara telah dibuat.
Terima kasih pada kengkawan blogger yang ramai support suruh aku pergi. (ayat skema je)
Tapi keputusannya aku takkan pergi.
Sedih memang ya.

Tapi banyak sebab musabab lain membuatkan aku tak pergi.
Dalam entri lepas (ini) sebab utama kerana aku pregnant.
Sekarang, sebab yang paling kukuh aku rasa kerana family aku.
Sebenarnya ayah aku baru keluar hospital last week, so kesihatan tak mengizinkan sangat.
Nak berjalan jauh memang tak dapat ler.
Dalam masa yang sama akak aku pulak baru bersalin satu minggu so masih berpantang.
Berpantang kat rumah parents aku, automatik mak aku yang jaga semuanya.
Anak akak aku dah dua orang tapi masih kecil, sorang 3tahun sorang lagi 1tahun lebih then dapat pula adik.
Mak aku tak sampai hati nak tinggalkan akak aku sorang-sorang untuk take over semuanya.
Mana nak tinggalkan ayah aku lagi kan. Haish memang tak sanggup. Mak dan ayah aku mana pernah berpisah g mana-mana.
Jadi family aku memang takda la yang dapat pergi.


Kalau family in laws aku lagi la tak dapat.
Mertua aku dua2 dah pergi tunaikan rukun Islam ke5 dua minggu lepas.
Secara tak langsung, tinggal la aku berdua dengan hubby kalau nak pergi.
Jadi keputusan hubby tak payah pergi. Aku mengiakan je.
Memang tak happening langsung kalau aku berdua dengan hubby je yang pergi. ye dak??
Pasrah.


Sekarang aku dah tak kisah. Yang penting sekarang hanya untuk family aku.
Hopefully ayah aku cepat sembuh dari sakitnya, mertua aku selamat disana dan selamat pulang ke Malaysia.

5 comments:

Mrs Lurve said...

xpe mila, kalo itu keputusan yg terbaik..pe2 pun yg kita lakukan, utamakan family dulukan..

Mila Ahmad said...

buatlah apa yang terbaik ye mila
hope ayah mila cepat sembuh !

ciksusu said...

hope semuanya ok je ye ;)
xpe, nti g attend konvo tadika anak ek..hehe

::Aja:: said...

tp kan..hehe..nnt jd cam husben bff aja..die konvo tp xpegi / xamik gmbr studio ..skang menyesal.masa my bff konvo die pkai la jubah kitrg..tp u lain dah..xbest..xde kenangan utk bawk ke hari tua..aja rsa better mila pegi.sekali seumur hidup kot..lps2 ni xde dh knvo.

yatt said...

tak pe la janji dah grad kan.. :)