Saturday, June 29, 2013

Memilih tema baju raya 2013


Hari cuti maka harus lah bersenang lenang kat rumah. Tapi aku manjang je cuti, nama pun suri rumah. Suami kerja maka tak dapat la nak outing, esok maybe sebab nak mencari baju raya Zara. Harus lah sekarang, lambat cari kelam kabut pula nanti.

Aku tengah fikir tema hari raya kami nanti. Suami decide nak pakai baju melayu raya yang tahun lepas je. Erkk maka berhijau lagi la kami untuk raya pertama.
Kenapa sekarang baru aku fikir tema??
Sebabnya aku akan beli baju yang readymade je.
Suami pun begitu.

Tapi..tapi aku nak tema lain untuk raya tahun ni.
Kan dah ada sikecil, mestilah semua nak nampak lain,hehe
Aku berkenan tema yellow mustard.
Arrghh tetiba fall in love this color.
(hari-hari duk mengadap color tu, color ala-ala poopoo zara, kahkah)
Kenapa color tu jugak kau berkenan mila oit?
Eh lawa apa color tu.
Cer ko tanya sapa yang tak nampak color tu lawa.




Amacam?
Aku tak kisah orang duk kata tema 2013 warna itu ini.
Yang penting cantik kat mata aku.
Tapi suami setuju ke untuk tema ni?? huu
Yang tu kena tanya dan bincang elok2.
Hopefully ada la yang readymade punya untuk color camni.
Kalau xda readymade berkenan dihati maka pasrah la untuk pilih tema lain,huuu


Eh, tema raya uolls warna apa?

Wednesday, June 26, 2013

WW#17 : Ceria atau tak saya?


Hai, selang sehari je buat entri.
Dah tak tahu nak up entri apa, boleh?haha




Ceria tak saya?
Ibu nak taruhkan gambar saya ni join contest baby ceria.
Agak-agak ok tak?
Ibu saya mengada nak join contest tu.
Tapi xpe, kot-kot la ada rezeki untuk saya menang,hehe
Good luck Ibu!!

Ok,tata!

Monday, June 24, 2013

First intro solid food for Zara



Hai, for few days tak bersiaran, balik kampung katanya.
Malas nak stori pasal kat kampung, xda xtvt best pun.
Yang seronok balik kampung dapat jumpa parents, lepas rindu.

Ok, zara dah start solid foodnya. First intro puree pir today.
Memula makan buat muka jugak, alaa aku tak sempat snap picnya.
Lepas dua suap tengok muka macam dah boleh terima.
Zara makan tak banyak, empat lima suap je, itupun aku cedok hujung2 sudunya puree tu. Xpe memulakan. Normal kot? Betul x mommies?

Act Zara almost 6 months, usia dia 5m2w.
Memang saja aku intro awal, start dengan makan soft2 gituu.
Aku try puree pir untuk 4hari ni, tengok camne respon zara. Alergik? Poopoo? dll
Hopefully ok. After puree pir cadangnya puree epal pulak.
Seronok pula main buat-buat puree ni,hehe


Rupa puree pir + SI.
Aku tak blend tapi lecek je. Lecek pakai tools Basilic.
Ala aku xda snap pic 1/1 guna Basilic tu. Takda kerajinan pulak tadi.
Tengok la esok2 kot rajin tu datang, hehe

Panduan nak buat puree aku refer buku Nutritionists' Choice Cookbook vol. 1
Aku beli online je buku tu RM18.

Eh itu je entri hari ni, esok-esok aku up entri lain pula ye, hehe
Mood kelaut nih.
Ok, nak tidokan Zara,tata!

Wednesday, June 19, 2013

Kesian Zara..maafkan Ibu sayang..


Anak jatuh buai..camne mommies rasa?? 
Semalam zara jatuh buai, Ya Allah luluhnya hati aku.
Time tu jugak aku menangis, rasa nak sepak terajang buai tu.
Dasyatkan aku??

Semalam tengahari, time aku duk ralik ayunkan zara tiba-tiba gedebuk.
Ya Allah buai jatuh! Tali putus!
Cepat-cepat aku angkat dakap zara, tiup-tiup dan usap kepala muka.
Time tu zara dah selok menangis sambil aku tenangkan dia.
Ko bayangkan??
Zara jatuh atas simen yang tak beralas dan spring buai pulak jatuh atas muka dan badannya.
Haish aku tak boleh nak ingat, tetiba sebak aku rasa teringat benda yang terjadi kat zara. Maafkan ibu nak. Cuai dalam menjaga kamu.
Ibu janji insyaAllah benda ni tak akan berulang lagi.

So far sehingga hari ni zara xda muntah ke apa selepas kejadian semalam. Minum susu pun elok. Zara pun elok je ceria semalam.
Hopefully dalaman zara ok.
Cuma semalam after kejadian,  dahi zara bengkak sikit tapi dah surut bengkak after aku sapu minyak ubat.


Dan semalam juga suami aku gantikan tali putus tu. Tak pakai tali dah, terus gantikan dengan rantai besi. Hope kukuh dan ok.
Tak nak dah benda camni berulang.
Dan bawah buai pun aku dah alaskan dengan toto.

Betapa cuainya aku. Rasa berdosa sangat kat anak.
Lagi sekali, ibu minta maaf sayang.


Tuesday, June 18, 2013

Kereta kesayangan suami..

 
 
Entri khas untuk suami. Haa gedik nak juga buat entri untuk suami.
Kalau siapa pernah baca entri ini, mesti tahu kenapa wujudnya entri macam hari ni.
Tak pernah pun aku terfikir nak buat entri pasal kereta,haha

Kereta kesayangan suami giteww.
Kereta Mazda Lantis enjin turbo. Haa detail kau aku tulis.
Suami penggemar enjin turbo. Kalau bawak kereta nak laju je kerjanya.
Tak larinya tempat tu abang oi!!
 
Dari sebelum kahwin, tak sah kalau tak bawak laju.
Dan selepas kahwin pernah la suami cakap ada anak nanti xdala nak bawak laju gini.
Tapi hampehh..
Pernah ketika preggy dulu, laki ku bawak 200km. Dah la enjin turbo. Ko bayang??
Time tu kat highway nak balik raya ke KT, at last aku buat tidur.
Tak kuasa melayan.

Banyak sumbangan kereta ni pada suami dan aku. Kereta pertama buat suami.
Suami beli yang second, sejak kami bercouple.
Kereta ni la yang bawak kami berdating, berhoneymoon, balik kampung dan bagai.
 
Tapi sekarang dah tinggal kenangan.
Tiada lagi turbo buat kami.
(Tak tahu la kalau lepas ni kereta turbo jugak yang suamiku cari)
Suami dah jual kereta itu, maka dalam kenangan jela.
Suami jual bersebab, juga untuk kebaikan kami bersama. 
Kereta ni membingitkan telinga ooo, namapun turbo.
Maka suami jual untuk keselesaan Zara dan bakal adik-adik Zara. Eh???
 
Mungkin kami nak mencari kereta yang lebih besar, mewah, elegan dll.
BMW, Mercedes, Audi, Wolkswogen maybe??
Fuhh..verangan,haha

Ini la kereta kenangan kami aka kereta kesayangan suami.




 
 Dan sekarang kereta cenonet kat bawah ni juga yang kami pakai.
Walaupun kecil, banyak berguna pada kami.
So far cukup untuk keluarga kecil kami.
Minyak pun jimat..bahahaha.
 
 
 
Viva ini juga kesayangan kami!!


 
 
p/s : abang, cepat laa baca entri ni!

Monday, June 17, 2013

Hobi baru



Eh hai..kejap-kejap je dapat bersiaran. Zara dah pandai meragam sekarang, nak berkepit je dengan ibunya. Ampunn.
Bercerita pasal hobi baru aku. Sejak duduk menyewa sendiri dan memiliki freeze sendiri maka fridge magnet dah menjadi koleksi aku. Tengah mengumpul dan mengumpul sebabnya koleksi yang ada separuh pintu freeze pun tak cecah.
Mana-mana kawan atau rakan blogger yang nak pergi travel obersea zass aku kirim, hehe
Nak harapkan sendiri travel obersea entah bila, travel dalam Malaysia pun kekadang je.
Dan kalau ada giveaway fm pun aku join. Pernah la juga lucky dapat fm.
Kalau ada contest/giveaway fm jangan lupa invite aku, hehe
Dah gian mengumpul ni. Sekarang kat mana-mana ada jual fm aku akan beli.



Haa ni la antara koleksi aku. Tak meriah kan?
Kalau ada yang bermurah hati nak kasi fm pun voleyy,hehe

------------------------------------------------------------------

Oh ye, dah berzaman dapat fm ni tapi hari ini baru nak kecoh.


Gojes tak fm ni?? Super gojes kan.
Ok, terima kasih untuk group Gojes mommies kerana berjaya merealisasikan fridge magnet & car sticker untuk kami-kami yang join group itu.
Untuk designer Nadia kot dan postgirl, Leeenda yang bersusah payah mengepost untuk kami.
Thanks gojes mommies!!

 Lepas ni bikin T-shirt ye!! Gempak giteww.


p/s : Nana, fm dari Korea u simpan lagi x?? Pleasee reserved untuk i ye. One day i akan ambil juga. M2U i problem, xdapat nak transfer duit postage, tsk..

Wednesday, June 12, 2013

5months : Perkembangan Hasya Nurzahra


Zara turns on 5months. Eh tapi hari dah 5m5d.
Late 5day je, tapi haritu Ibu dah wish kat Instagram kan.
 
So far, perkembangan Hasya Nurzahra..
 
 
Pantang di panggil..cepat je bagi respon..bulat bebenor mata tu!
 
Sikit-sikit dah pandai buat muka..buat bunyi buu..buuu..

Dah pandai bermain dengan lasaknya..see playgym tu, di sepak terajangnya..ishh!

Suka bebenor gigit dan hisap jari kaki...
 Kalau sebelum ni, ketika meniarap tetiba menangis sebab tak reti nak lentangkan badan semula.
Tapi sekarang bukan main laju dia melentang, gud girl sayang!

Semoga Hasya Nurzahra membesar dengan sihat dan bijak.
Badan kecil xpe, mungkin genetik ibu dan abah, hehe
Dan semoga menjadi anak yang solehah kelak..aaminn.

Tuesday, June 11, 2013

Apabila suami stalk blog isteri...



Sebelum ni suami dah tahu aku ada blog, tapi tak pernah pun dia amek port pasal setiap entri aku. Memang dia tak berminat laa.
Dan semalam agak lambat dia tidur dan aku tengok dia duk leka dengan tab.
Ku intai-intai laa rupanya duk leka baca blog aku, haha
Stalk my blog eh suami??

Entah entri mana yang dia baca aku pun xtau.
Dah tunjuk minat kat blog isteri letteww.
Eh suami sendiri yang stalk xpe,hehe
Aku rasa suami berminat nak tengok blog aku sebab header baru kot.
Sebab ada nama anaknya kat situ, anak aku jugak, eh?
Anak kami..Hasya Nurzahra.

Dan semalam time nak tidur suami cakap,
"ooo..dalam blog macam2 duk cerita, tapi pasal kereta kesayangan abang tak cerita pun kan?"
Eh, apa kaitan?? haha
Aku ingat suami ada nak tegur tentang penulisan aku ke hape, rupa di suruh wat entri pasal kereta kesayangan dia, haha
Sebelum ni tak terpikir pulak aku nak wat entri pasal tu.
Hehe, baik abang! Next time entri pasal kereta tu akan menyusul.
Sabor eh.

Ok, tata!

Monday, June 10, 2013

Bad Mom&Baby Expo



First time pergi Mom&Baby expo. Tak best langsung. huh!
Expo sini ye.
Bad expo bagi aku. Maka aku dan hubs pergi sekejap je Sabtu malam tu.
Lepas ke baby expo terus panjang langkah ke Jom Heboh, Kuantan.
Booth kat expo takda la banyak sangat, yang banyak booth pakaian baby je.
Pakaian pula sama harga dengan pakaian luar. Takda brand like Pureen, Pigeon dll. Maka langsung aku tak pandang. Kecewa mak nok!
Pampers booth pula ada drypers je. Momypoko yang diharapkan nan hado.

Tapi dalam antara booth yang ada, aku berminat kat booth basilic je.
Sebab aim aku nak cari cooking tools untuk Zara.
Maka dapat la beli dengan harga rm36.70.
Yang lain aku beli dua helai bib rm10.
Dan hubs belikan carrier untuk anak kawannya.
Tak excited langsung nak membeli.
Sebab harga takda murah pun. sobs!




Maka xda gambar yang aku ambil kat expo.
Dah kata tak excited kan..

Tapi..tapi..sekali lagi aku kecewa. Kecewa sebab cooking tools kat Anakku lagi murah dari Basilic.
rm29.90 je..Huwaaa..

Anakku punya baby cooking tools sebijik macam basilic ni.


Padan muka kan? Tak penyabar sangat. Tsk..



Nuffnang : BE paling lama on going dah metered..



Sori readers, jangan bosan ye. Sometime aku perlu juga up entri pasal Nuffnang, baru la dorang tak lokek nak kasi BE, ye dak?? hehe
Ok, CPUV TM Mencari Ramli 2 dah metered. BE yang paling lama bertapa kat account Nuffnang aku. Empat hari lepas kot metered dan sekarang 3 BE masih tengah running. Hopefully lama la BE tu duk bertapa kat situ.

Walaupun nampak je BE aku banyak tapi amount tak meriah pun. sobs!
Dapat kumpul sikit-sikit je. Tapi xpe sikit-sikit kumpul lama-lama berlambak la kan,hehe
Alhamdulillah rezeki, dapat la jugak merasa duit Nuffnang hasil berblogging yang tak seberapa.



Mekasih Nuffnang!
Hope lepas ni bertambah la BE lagi.
Alhamdulillah!!

Friday, June 7, 2013

Blog bertukar rupa..


Hai peep!
Blog dah bertukar rupa. Header, background semua aku tukar. Act, dah bosan rupa yang lama. Setahun lebih jugak aku pakai header dan template lama tu memang patot tukar la kan. Plus background lama semua nak pink je, nampak macam kebudakan pun ye. Nah sekarang plain putih je, header pun nampak cam family bahagia giteww, aminn. Haa ni rupa blog lama aku.

Act, header baru ni aku buat sendiri je, nak tempah kat orang boleh je tapi dah ada bakat sikit2 maka guna la sebaik mungkin bakat yang ada, ecehh. Ala setakat basic adobe photoshop, photoscape, gimp tahu la sikit-sikit. Itupun belajar sendiri kot google.

Oh ye, camne nak centerkan header tu ek? Yang tu aku masih blur, dah try ikut tutorial tapi tetap tak jadi. Maybe tak kena kat template. Siapa boleh bantu?? Tsk!

Update by bloggeroid-please help me!!




Second time aku testing pakai bloggeroid. Iye memang mudah dan cepat. Yang pakai fon ada android better update pakai ni, senang!

Tapi...tapi..yang aku tak pandai kalau pakai bloggeroid ni camne nak centerkan gambar dan centerkan apa yang kita tulis. Serius weh dari dulu duk buat tapi tak jadi-jadi. Stress aku. Aku kalau wat entri suka guna yang center, kalau tak center blog aku nampak cam tak kemas. Ecehhh bajet blog kau cantik?? Bahahaha.

Anyone?? Boleh tolong camne nak centerkan tulisan atau image??

Review : Diapers Momypoko




Pepagi dah mengedate pasal diapers, pe hal??haha. Aku demam, batuk dan selsema. Lengkap sepakej. Sekarang masih duk berguling golek dengan Zara, malas weh nak bangun, kekeke. Alasan!
Zara pulak dua tiga malam ni dah pandai bangun sejam sekali mintak susu, rabak mata aku, hoho. Plus pulak aku tak pandai bagi susu time baring, ish!

So far, Zara since newborn sampai sekarang hanya pengguna tegar Momypoko.
Dia pun selesa xda berlaku ruam kalau terlajak pakai lama.
Best sangat guna momypoo ni, tak cepat leakage.
Aku maknya pun turut rasa keselesaan itu, cewahh.
Tapi aku hanya recommended momypoko ywarna biru tu. Kalau warna kuning yang momypoko pants tak recommended sangat sebab cepat sangat leakage kalau Zara poopoo. 
Selalu sangat bocor kat bahagian tepi walau Zara tak poopoo banyak.
Harga diapers biru dan kuning lebih kurang je tapi apa yang aku tengok momypoko kuning nipis sikit berbanding biru.


sangat recommended!!
tak recommend sangat!

Yang best aku suka tengok momypoko ni ada design pooh yang berbeza pada setiap diapers. Lebih dari 5 kot kalau tak silap. Itupun nak dikisah, haha
Pepun aku recommend sangat momypoko yang plastik warna biru tu, selesa tengok Zara pakai. Pepagi dah mengedate pasal diapers, pe kekdah?? haha


Wednesday, June 5, 2013

Cerita seorang surirumah..




Cerita lauk semalam, hehe..layankan aje, tak sudi baca boleh blahh, opps!
Aku ni bukannya jenis rajin masak sangat, sebelum kahwin memang jenis malas duk dapur wes, mak & ahli keluarga aku je tahu tahap kemalasan memasak aku dulu-dulu.
Tapi sekarang since dah kahwin semua berubah 100%. Nak bermalasan tak dapat ler, kang dah ada laki. Nak pikat suami kena la jaga tang perutnya, ye dak??

Sekarang malas camne pun memang wajib masak untuk suami walhal lauk simple-simple.
Suami aku bab makan memang cerewet, kalau sangat tak sedap terus dia tak makan.
So far yang aku masak semua dia makan tak pernah lagi dia tolak.
Tapi yang tak best, walau sesedap mana pun aku masak dia tak akan puji, sedih wooo.
Memang tak romantik langsung! tsk
Tapi xpe asal tengok dia menambah nasi time makan maka sedap la tu bagi aku, hehe

Dalam banyak lauk pauk yang aku suka masak ialah "ikan singgang".




Sangat simple, mudah dan cepat.
Suami aku pun suka, kalau makan dengan budu dan ulam, perghh tak pandang orang dah makan. Lauk yang femes kat Terengganu.
Tapi walaupun simple xdala hari-hari aku duk masak lauk tu. Naik jemu jugak nanti.
Segala jenis ikan dalam kuah tu aku sorang je makan, suami tak makan. Dia suka kuah je. Pelik2 padahal ikan dalam tu yang sedap, lagi2 kalau ikan tongkol atau selayang.

Kalau memasak dan kemas rumah, aku lebih suka kemas rumah.
Aku ni jenis xleh rumah bersepah like suami aku juga.
Kalau menyapu memang wajib hari-hari, kaki tak sedap pijak.
 Rumah sewa kami memang tak berhias tapi asal rumah tu nampak kemas dan selesa di pijak sudaa, hehe
Sebab aku bukan jenis pandai mendeko sangat, one day insyaAllah.

Ok, entri merapu ni. tetiba tangan aku laju nak taip itu ini, layankan aje.
tata~

Tuesday, June 4, 2013

Zara and her preparation solid food




Memandangkan Zara almost 5mon patut tak aku mula intro solid food pada dia?
Act, aku yang over excited nak bagi Zara makan, tak sabar nak tengok reaksi makan dia.
Lagi pun Zara macam dah tunjuk sign yang dia nak makan.
Aku pernah acah-acah sua makanan kat mulutnya then di bukanya mulut nak makan.
Tu salah satu sign baby nak makan kan?


Sampai meleleh air liur Zara tengok ikan merah, hehe

Aku kalau boleh tak nak intro makan yang heavy, kan tak pasal lain pulak jadi perutnya nanti. Kang aku jugak yang susah.
Aku nak try bagi puree like epal, kentang, pisang, pear and buah yang seangkatan.
Tak sabar oi!

So far aku masih banyak perlu membaca dan  menambah ilmu tentang solid food baby.
Masih zero. Apa yang boleh dan tak boleh baby makan mengikut usianya dan so on.
Aku jugak refer pada momies2 yang dah berpengalaman memberi makan pada anaknya.
Tengok kerajinan uolls, i pulak semangat nak variety kan makan untuk Zara.
InsyaAllah mudah-mudahan aku di beri kekuatan untuk melakukan semua itu, demi Zara.

Last week dah request blender kat asben. Nak blender special for Zara.
Asben geleng kepala layan kerenah aku.
Entah hubs proceed atau tak, wuuuu
I know u hubs! U akan bagi cuma lambat dan cepat je.
Tapi selalunya dapat lambat laa,uwaa.

Tapi xpe, aku tak kisah dapat blender atau tak.
 Sebab aku dah in love pada Basilic Baby Food Cooking Tools.




Aku dapat tahu pasal basilic ni pun dari blogger Hana.
Semalam tengok tetiba dah berkenan,haha
Nampak macam best kalau guna, blender dapat kedian pun xpe,hehe

Lagipun basilic ni ada 7pieces tools like Hood, Colander&Strainer, Grater, Squeezer, Pounder cup, Baby spoonnand pounder.
Basilic ni pun kecil mudah nak bawak travel atau balik kampung.

Hubby basilic cooking tools please!!
Weekend ni ada expo baby kat Kuantan, hope ada la booth yang jual benda ni.

Ok tu je nak cerita, tata!

Monday, June 3, 2013

Al-Fatihah buat anak sahabat suami..




Kemalangan yang tak di duga menimpa arwah. Anak sahabat suami. Sahabat yang dikira agak rapat. Di tempat kerja selalu berdua dengan suami. Walhal semua  tentang arwah si anaknya itu dicerita kat suami.  Tapi sayang aku tak sempat nak mengenali arwah sebab sebelum ni arwah tinggal di Kuala Lumpur bersama ibunya. Arwah pergi secara mengejut dan tiba-tiba. Sungguh tak disangka sekelip mata berlaku.

Arwah meninggal Jumaat malam, 3hari lepas akibat kepala tersepit sunroof kereta. Usia arwah 3 tahun. Ya Allah besar ujianMu terhadap sahabat suami.
Kemalangan yang sangat tak di duga.

Apa yang diceritakan dari sahabat suami kepada suami aku sendiri,

Malam kejadian, arwah bermain di dalam kereta miliknya. Sementara sahabat suami angkut dan masukkan beg baju kedalam bonet kereta. Di mana Sabtu pagi keluarga sahabat suami sepatutnya berkonvoi dengan kami ke Sunway Lagoon untuk family day. Usai masukkan beg terakhir kedalam bonet kereta, tetiba si ayah tengok si anak dah terkulai tersepit sunroof. Ya Allah!
Ketika itu arwah masih bernyawa tapi kritikal. Si ayah bawa anaknya ke unit kecemasan di klinik Paka tapi terpaksa dihantar by ambulans ke Hospital Besar KT.

Arwah meninggal di ICU, Hospital Besar Kuala Terengganu kira-kira jam 2am.

Apa yang diceritakan oleh suami dari sahabatnya, arwah mungkin tertekan sendiri suis on/off sunroof keretanya itu.  Ajal adik Ayu dah tertulis di situ. Sebak aku ketika suami kejutkan jam 2am untuk khabarkan berita sedih ini.

Semoga arwah tenang di sana.
Takziah buat sahabat suami & keluarga.
Al-Fatihah..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers