Tuesday, April 30, 2013

Diskaun 15% di Tudung2u!




** Sticky post, scroll bawah untuk entri baru.


Sekarang, kalau nak beli tudung hanya dihujung jari.
Pilih, klik order dan done payment. Then tunggu parcel sampai. Mudah kan?

Bagi pembeli tudung tegar, mesti uolls suka beli thru online. Betul x?
Tak payah buang tenaga jengah satu kedai ke satu kedai. Jimat masa pun ye.

Kalau uolls nak pilihan tudung yang banyak ayuh ke Tudung2u
Bawal, Half moon, Shawl dan banyak lagi.

Oh ye, untuk pembaca blog aku ada special diskaun 15%. 
Harga dah murah, dapat pulak diskaun. 
Siapa taknak kan?

 Sebelum tu meh tengok koleksi di Tudung2u,

 Selendang Panjang Tribal
RM18


 Selendang Panjang Tribal
RM18


 Selendang Panjang Stripes
RM15


 Selendang Panjang Corak Batik 
RM18

 Selendang Half Moon
RM38


Selendang Panjang Corak Batik
RM15


Ok itu antara tudung di Tudung2u. Banyak lagi koleksi yang cantik, menarik deboom!
Bukan sahaja tudung, brooch pun ada.
Cepat pergi terjah!!

Bagi pembaca dan pengikut blog ini/aku, kalau korang nak beli letak juga kod baucer,


DMG2013


 confirm dapat diskaun 15%!!

(Sah laku sehingga 30 April 2013 sahaja!!) 

cepat grab!!

kat mana??
 
jom beli borong! hepi shopping!!!

Baby room decor




Aku teringin sangat nak ada bilik sendiri untuk anak aku, Zara. Tak kisah la bilik untuk tidur mahupun bermain. Tapi apakan daya sekarang duk menyewa, bilik pun agak terhad. sobs
Suka kalau tengok ramai mommies duk decor bilik anak dorang. Aku mampu tengok jauh jela.
Tunggu tinggal di rumah sendiri atau Zara besar atau next baby mungkin.
In Shaa Allah..












Monday, April 29, 2013

Haley Chiffon Blouse from Poplook




Semalam baru je register Maybank2U. Then hari ni dah mula lagi membeli online. Aduhh parah.
Sebelum ni kalau wat payment suami aku tolong buatkan.
Jadi kalau nak membeli ada limitnya. Kalau tak suami bising selalu je duk transfer duit kat penjual.
Sebelum ni transfer kot atm je.
Laki binik dua-dua jakun dengan M2U, haha

Since dah ada M2U tangan laju jek duk klik order. Hailaa..Jakun kot sebab 1st time buat payment via online, haha
Nafsu..nafsu.
Sabar mila oit!

Ok2, lepas ni kena beware, xleh ikut nafsu semata-mata.
Maunya kering kontang maybank aku, huuu
Tapi adat la perempuan kan, pantang tengok yang cantik-cantik terus nak membeli, huhu

Kerana jakun dengan M2U juga, aku dah sambar 1 blouse dari Poplook.


Haley Chiifon Blouse


Mau tak meroyan wehh, yang penting boleh bf anak.
Sekarang nak cari baju duk fikir asal boleh bf je.

Ok, done payment then tunggu parcel sampai je. hehe

Poplook baru je launch 4 more colors jam 11am tadi. Aku berkenan mint color tapi dah out of stock.
 Jadi aku sambar merah je.
 
Okeh, Korang p la terjah!

Sunday, April 28, 2013

Dapat handbag..yeaahh!




Baru sekarang sempat nak update blog. Kesian blog hampir bersawang seminggu xupdate.
Seminggu di kampung xda makna nak skodeng blog. Kalau di kampung alahai macam-macam xtvtnya. ampunn.

Tapi ini entri agak menggedik mungkin. Dapat handbag baru pun nak kecoh, lol
Blog i, ada i kesah -_-




Thanks suami!! 
Handbag bertukar setelah setahun lebih melasak dengan hdbag hantaran kahwin.
Habis lunyai hdbag hantaran itu, sobs!
Hanya Bonia, x se'gah' LV. LV xmampu suami mak nok.
Dapat Bonia pun dah hepi sangat.
Design simple, i like it!

Memang berkenan jenis besar. Dah jadi mak-mak ni xda feel dah nak pakai hdbag kecik.
Beli besar segala mak nenek boleh sumbat, haha




Sunday, April 21, 2013

Blogger bila dah jadi mak-mak..




Aku dah xdapat nak up entri sekencang dulu. Dah jadi mak ni, alahai sesangat terikat dengan komitmen. Walaupun aku masih belum bekerja xbermakna aku boleh relaks goyang kaki kat rumah. Tapi boleh la sedikit rehat berbanding working mother. I salute working moms!!

Memasak, menyapu, membasuh, melipat, menjemur, menyiang, menjaga anak dll itu kerja seorang isteri. Memang xdapat nak dielak, rutin itu berulang setiap hari selagi hidup.
Jangan merungut!
Besar pahala menjadi seorang isteri dan ibu.
Tetiba teringat jasa mak sendiri..sobs.

Dah jadi mak ni xdapat nak mengadap laptop setiap masa.
Blog pun 3,4 hari baru update. Kalau tengok entri aku kerap update itu adalah schedule post. Kadang-kadang terpaksa up entri 2,3 dan buat schedule supaya nampak title entri bertukar setiap hari, gitewww.
Kental tak aku?hehu

Kalau hari-hari nak mengadap alamak terbiar la anak aku.
Aku pun dah malas nak buka laptop, sekarang banyak entri update pakai tab. Mudah kerja.
Berjasa tab ni untuk aku, hadiah hantaran dari suami setahun yang lalu.

Blogwalking pun xsehebat dulu. 
Jangan cakap aku sombong tau. Dulu lain.
Sekarang nak bw, tetiba anak dah merengek.
Komen2 pun aku dah jarang balas..ampunn.

Ituler bila blogger dah jadi mak-mak.
Betul x??

Mostly pembaca blog aku pun memang mak2. kan...kan..kan??

Saturday, April 20, 2013

Sayang suami tinggal-tinggalkan..eh?




Sayang suami tinggal-tinggalkan, boleh cenggitu? hehe
Kesian suami sorang-sorang kat Kuantan, aku dan Zara cabut lari balik kampung, eh macam jahat je bunyi nya.

Aku balik seminggu jek, xda la cabut lari, dah mintak izin pun.
Balik sebab tok dan toki Zara dah rindu sesangat cucunya. Hampir dua bulan kot aku xbalik KT selepas balik dari pantang ritu. Mau xlama, aku sendiri pun dah rindu kat parents.
Sekarang masih kat rumah in laws, esok pagi in laws akan hantar kami ke KT.
Eh xsabarnya!

Tok, toki..Zara dah besar tau, dah boleh meniarap pun tapi xleh meniarap lelama lagi.
Consider boleh la kan, hehe

Progress zara..










Thursday, April 18, 2013

Eh dah 100 hari!




Eh tetiba teringat dah 100 hari rupanya. 100 hari habis berpantang, hehu!
Kejap je masa berlalu, dah 100 hari usia Hasya Nurzahra dan ibu bebas dari berpantang makan makanan sejuk. yeahh!

Tapi macam risau bebenor nak mula makan makanan sejuk. Risau sakit badan, sakit urat.
Kalau boleh nak berpantang extra day lagi, mampukah? haha
InsyaAllah i'll try.

Tapikan, aku dah mengidam ice cream mcflurry oreo mc'D. camno nih?? huhu
Ice cream feberet tuh!
Kalau setakat ais memang aku boleh tahan tahap mengidam tuh. 2, 3 tahun pun xpe, hehe
Serius, aku bukan peminum ais tegar, kalau dahaga sesangat aku akan minum 2, 3 teguk je.
Air panas lagi heaven bagi aku.
Jaga badan kata ko. hiks!

Tapi since breast feeding ni, banyak bebenor air perlu ditopup dalam badan.
Over 2liter okeh. Rutin ke toilet jadi seperti time preggy. Jenuh mak!
Dan perut dah jadi boncit air, sobs!
Buncit pun buncit laa, demi mu anak.
Kalau bf memang cepat dahaga, before and after mesti minum air.
Dan nak membantu produce susu pun ye.

Eh panjang pulak berceloteh, nak habaq aku dah bebas 100 hari je, hehu!

Okeh, tempek gambar Zara tengah mamai tido, dah pandai tido sendiri dan feberet baru Zara, hisap ibu jari tangan. Ikut ibunya time kecil. Ampunn anak.



Nuffnang lagi..




Dah lama tak cerita tentang Nuffnang. Bila dah dapat BE haruslah say thanks pada Nuffnang.
Semalam sesaja buka akaun Nuffnang. 
Pertama kali buka ada satu BE baru bertenggek.
Dua kali buka ada dua BE, tiga kali buka ada tiga BE. 

Ehh kemain ko eh, terus bukak mata besar-besar time tuh. Kot2 salah tengok.
Dua, tiga kali tengok betul daa..Alhamdulillah.




See, tiga BE yang masih still on going. Aku malu dengan jumlah amount sangat2 cenonet sebab itu aku blank kan -_-

Tapi yang aku pelik tang dua kempen Libresse dan Project Breeze.
Start date dah lama, tapi baru semalam duk muncul kat akaun Nuffnang aku.
Sebelum ni aku cek xda pulak.

Apa masalah eh? Anyone can explain?

Berblog hanya sekadar suka-suka, terima kasih kepada pembaca setia blog aku.
Ehh, ada pembaca setia ke?


Terima Kasih Nuffang!!

Tuesday, April 16, 2013

Perkembangan Hasya Nurzahra




Ibu mana yang tak hepi tengok perkembangan anaknya.
Seronok  apabila anak membesar depan mata sendiri.
24 jam berkepit dengan anak je. Percaya?

Perkembangan Zara untuk 3bulan ++.
Berat : 5.66kg
Panjang : 62cm

Tiga hari lepas Zara dah tunjuk tanda-tanda nak meniarap. Mengiringnya over sangat tapi meniarap xjugak.
Aku dan hubs kemain seronok.
Yela satu improvement untuk anak kami

 Dan semalam tengahari, aku dan Zara je kat rumah. Hubs kerja.
Aku kat dapur dan tetiba Zara menangis.
Berlari aku dapatkan dia, rupanya menangis sebab meniarap.
Tangan tersepit bawah dadanya sendiri. Tergelak aku.
Seronok pun ye sebab Zara dah pandai meniarap pada usia 3bulan 9hari.




Then tetiba hubs mesej tanya anak buat apa.
Bagitau laa Zara dah pandai meniarap sendiri. Hubs pesan pantau anak jangan biarkan Zara meniarap sorang2 risau lemas nanti. Baik boss!!
Risau bebenor laki aku.


Dan hari ini, Ibu dah mula monitor if Zara nak meniarap. Masih baru risau dia xdaya nak angkat kepala sendiri. Gud girl sayang!


Zara pun dah pandai berceloteh. Celoteh seorang bayi, memang xda yang akan faham, lol
Dia juga dah kenal aku dan babahnya.
Kalau tok atau wan dia datang sini, uwaaaa menangis sakan laa dia bila dipegang.
Bila pass kat aku je terus diam, haishh anak ibu.
Jangan manja-manja tau. Ibu nak Zara mesra dengan semua orang espcially keluarga terdekat.
Tapi normal la baby camtu kan? hehe

Monday, April 15, 2013

Gambaran bersalin normal





Bukan nak takutkan bakal-bakal ibu tapi ini realiti yang perlu ditempuh bagi ibu yang bersalin normal.
Sakit memang sakit. Semua kaum ibu akan merasainya cuma mungkin pengalaman bersalin itu yang berbeza.




Bagi bakal ibu aku suggest pergi la kelas antenatal. Tak rugi.
Belajar teknik pernafasan semasa hendak bersalin, teknik teran dsb.
Aku dulu tak berpeluang nak pergi sebab suami sibuk kerja. sob
Padahal kelas tu foc anjuran klinik Al-farabi, Kuantan yang mana tempat aku checkup monthly. Rugi-rugi.

Akibat xda ilmu perihal bersalin, time bersalin aku dimarahi doktor sebab xpandai teran.
Hehe, pengalaman indah lahirkan Hasya Nurzahra.
Nasib baik la anak aku xlemas.

Tengok gambar kat atas, tetiba rasa ngilu, eh!

Thursday, April 11, 2013

Nursing Wear




Alahai sekarang kalau nak outing dah mesti pilih baju. Mula laa pakai baju yang sama setiap kali outing, bahaha kesian. 
Kalau ada yang terserempak buat donno ye, jangan tegur malu i :p

Pilihan baju untuk outing mestilah memenuhi syarat utama iaitu mudah untuk direct feed.
Haa kan dah ada anak, xdanya ko berhias semata-mata untuk diri sendiri.
Anak aku masih refuse botol, so df laa jawabnya. Nasib aku belom bekerja.
Tapi mesti train jugak, kot2 la aku demam atau sakit..tapi mintak jauh dari semua tu.

Dan sekarang aku gigih mencari dan menambah koleksi baju menyusu yang sedia ada.
Segala nursing wear bapak laa mahal.
Kadang2 aku tengok baju cam kanak2 riang, colorful bagai lengan kiri kanan.
It's not my taste la, aku xsuka baju cenggitu, xpadan harga.

Last aku decide beli baju ala kemeja je, macam kat bawah.


aku beli dari blogger wawa * eh xleh nak link sebab online pakai tab.
Kemeja dah selamat sampai.


Dan dress button ini aku beli dari kak Norzi,



tengah tunggu parcel sampai je, xsabar nak pakai!



Haa lepas ni xpayah susah2 nak fikir baju apa. Koleksi dah bertambah.
Harga baju kat atas sangat la berbaloi, berpadanan dengan baju.
Berbaloi bagi orang yang tak kerja macam aku. hehe

Wednesday, April 10, 2013

Perkara yang berubah apabila menjadi IBU




Secara tidak langsung banyak benda yang akan berubah apabila menjadi seorang IBU.
Ini antara yang aku sendiri alami.
Mungkin sama dengan ibu-ibu di luar sana.
Lain anak lain pengalamannya. ye dak?

Apabila menjadi seorang IBU......

  • Mendapat kekuatan dalaman tanpa kita sedari.
  • Akan kembali rindu saat 9 bulan kehamilan.
  • Akan lebih menghormati dan mengasihi ibu bapa kita.
  • Jika anak sakit, kita sendiri yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding anak.
  • Perasaan lebih mudah tersentuh apabila melihat bayi dibuang, didera dan sebagai.
  • Tidak lagi jijik dengan najis bayi.
  • Akan lebih menghargai diri kita sebagai seorang IBU.
  • Pembahagian masa menjadi lebih sistematik apabila adanya anak.
  • Tidak lagi memerlukan jam untuk bangun pagi, tangisan bayi bertindak sebagai 'alarm'.

Zara sedang tidur. Aku ambil peluang update blog.
Dah berhari kot tak up entri, huuu
Sekarang blog terpaksa tolak tepi, family first..hehe
 

Friday, April 5, 2013

Pantang Larang ketika Berpantang




Banyak pantang larang bagi ibu yang dalam berpantang. Cuma nak atau taknak buat je pantang larang tu.
Tapi seeloknya buat sebab berpantang selepas bersalin sangat laa besar kesannya kalau tak diikut.
Boleh bentan, tertetas kesan jahit, gila meroyan dan bagai.



1. Ibu jari kaki tidak boleh terantuk
 Elakkan ibu jari dari terantuk kerana boleh menyebabkan seseorang ibu itu pitam atau bentan jika dia seorang yang lemah. Bahagian luka jahit bagi yang beranak normal juga kebarangkalian boleh terbuka semula. Macam aku complete pakai stokin dan selipar, hehe

2. Dilarang tidur tak berbantal
Ibu-ibu mungkin akan mengalami sakit kepala, darah kotor sukar untuk keluar dan angin mudah naik ke kepala yang mana boleh menyebabkan angin meroyan bagi ibu yang masih lemah.

3. Memakai stokin
Untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Penting untuk kesihatan, jika tidak pakai dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan ketika berpantang.

4. Jangan duduk mencangkung
Dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan rahim/peranakan yang masih lemah boleh terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

5. Mandi duduk dibangku
Seeloknya duduk dibangku. Kerana ibu selepas bersalin mempunyai badan yang sangat lemah.

6. Jangan terlalu aktif
Ibu selepas bersalin hendaklah berehat dan duduk diam di tempat tidur selama tempoh seminggu, ianya elok untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa melahirkan. Berjalan biar la perlahan-lahan langkahnya untuk menjaga luka bersalin agar cepat sembuh.

7. Rapatkan kaki ketika tidur
Boleh membantu peranakan sembuh dengan cepat. Aku acap kali tidur terkangkang, tidur mati punya pasal, mak aku yang banyak tolong betulkan kaki ketika tidur, hehe

8. Jangan tidur di waktu matahari naik
Tidak dibenarkan tidur ketika waktu ini kerana boleh menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.
Kadang-kadang aku terlajak tidur juga, hehe

9. Jangan tidur waktu senja
Dilarang tidur di waktu senja kerana dimasa ini syaitan banyak berkeliaran dan mungkin ibu mudah diganggu dan boleh menyebabkan gila/meroyan

10. Jangan membaca dan menjahit
Fizikal yang lemahboleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. Tapi zaman sekarang dalam  berpantang pun boleh duk mengadap laptop/tab, termasuk aku, hehe

Thursday, April 4, 2013

Yang penting bagi aku ketika berpantang..




Rindu pula saat berpantang hampir 3 bulan lepas.Kalau nak berpantang lagi wajib lah mengandung dan beranak lagi.
Masih baru kot, tunggu Zara 2tahun baru leh dapat adik baru, ehh? Ok, melalut.


Aku berpantang ikut cara mak aku, drpd mak menurun kat anak2nya.
Lain orang, lain negeri memang lain pantang dan caranya.


1. Mandi air daun serum - Dari 1st day berpantang sampai hari ke-7 aku mandi pagi dan petang air rebusan ni. Mak aku  yang rebuskan air ni. Air rebusan daun sireh, daun jambu, serai wangi dll. Best! memang wangi dan terasa segar! Ada orang xbuat kot.

2. Bertungku - wajib! Kalau tak mak aku bising. Bertungku mesti 1 badan. Memang terasa malas tapi bila selalu duk buat rasa seronok. Yang seronoknya rasa sakit pinggang boleh hilang kesan bertungku. Kesan dari menyusu baby yg agak lama. Dan lagi, bertungku membantu kecutkan peranakan.

3. Berbengkung - Ini pun wajib! jangan malas nanti perut menggeleber dan boncit. Aku pakai bengkung moden, memang leceh nak pakai dengan 2 tali panjang tu, tapi aku amek alternatif dengan pakai 1 tali je. cepat dan mudah! Sebelum berbengkung, tang perut aku sapu minyak herbanika dan krim herbanika barut Nona Roguy. Best sangat!

4. Berurut - wajib! selepas bersalin. Yang ni upah mak bidan. start hari ke-5 hingga ke-7. Tiga hari berturut. Time berurut ni la boleh tahu peranakan kita jenis apa. Ada 3 jenis kalau xsilap jenis batu, tudung periuk dan kain buruk. Yang paling elok jenis batu. Dan aku jenis batu, hehe

5. Makan suppliment/ubat - yang ni pun penting bagi aku. Ubat-ubatan membantu baiki sistem dalam tubuh kita selepas bersalin. Tak kisah ubat tradisional atau moden. Macam mak aku dia suka rebusan akar kayu. Tapi budak sekarang mana nak minum, termasuk aku, hehe. Aku just amek Shaklee. Beli yang set trial untuk berpantang memang ngam tuk 44hari. Kalau nak beli pakai botol2 tu mahal.

6. Makan berpantang -  Dua minggu pertama memang aku berpantang makan. Hanya makan nasi beserta ikan panggang. Time ni pemanggang ajaib sangat laa berguna. Thanks hubby sebab belikan! Nasi dan ikan mesti mau panas2 kalau dah sejuk tak lalu nak makan. Selepas dua minggu baru la aku makan lauk pauk sikit2. Biskut dan roti makanan asas ketika berpantang. Pagi, petang, malam aku bantai biskut dan roti je so stok memang continue je.

7. Memakai stokin - 44hari berpantang memang aku tak tinggal stokin. Bukak pun time nak mandi atau sapu minyak panas. Penting bagi aku sebab xnak bagi angin masuk badan dan nak elak dari sejuk.


Haa..yang kat atas memang aku tak tinggal ketika pantang. Wajib bagi aku. Nasihat aku berpantang laa betul2, hanya 44hari je. So bertahan lah. Aku pun ikut nasihat orang-orang tua. Badan kita nak pakai lama bukan nak pakai kejap, bak kata makcik aku.
Yeahh sampai ke hari ini, 87 hari aku masih bertahan tak minum ais, makan aiskrim dan makanan2 sejuk.
cukup 100hari dah boleh makan kang?? hehe
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers