Banyak pantang larang bagi ibu yang dalam berpantang. Cuma nak atau taknak buat je pantang larang tu.
Tapi seeloknya buat sebab berpantang selepas bersalin sangat laa besar kesannya kalau tak diikut.
Boleh bentan, tertetas kesan jahit, gila meroyan dan bagai.
1. Ibu jari kaki tidak boleh terantuk
Elakkan ibu jari dari terantuk kerana boleh menyebabkan seseorang ibu itu pitam atau bentan jika dia seorang yang lemah. Bahagian luka jahit bagi yang beranak normal juga kebarangkalian boleh terbuka semula. Macam aku complete pakai stokin dan selipar, hehe
2. Dilarang tidur tak berbantal
Ibu-ibu mungkin akan mengalami sakit kepala, darah kotor sukar untuk keluar dan angin mudah naik ke kepala yang mana boleh menyebabkan angin meroyan bagi ibu yang masih lemah.
3. Memakai stokin
Untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Penting untuk kesihatan, jika tidak pakai dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan ketika berpantang.
4. Jangan duduk mencangkung
Dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan rahim/peranakan yang masih lemah boleh terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.
5. Mandi duduk dibangku
Seeloknya duduk dibangku. Kerana ibu selepas bersalin mempunyai badan yang sangat lemah.
6. Jangan terlalu aktif
Ibu selepas bersalin hendaklah berehat dan duduk diam di tempat tidur selama tempoh seminggu, ianya elok untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa melahirkan. Berjalan biar la perlahan-lahan langkahnya untuk menjaga luka bersalin agar cepat sembuh.
7. Rapatkan kaki ketika tidur
Boleh membantu peranakan sembuh dengan cepat. Aku acap kali tidur terkangkang, tidur mati punya pasal, mak aku yang banyak tolong betulkan kaki ketika tidur, hehe
8. Jangan tidur di waktu matahari naik
Tidak dibenarkan tidur ketika waktu ini kerana boleh menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.
Kadang-kadang aku terlajak tidur juga, hehe
9. Jangan tidur waktu senja
Dilarang tidur di waktu senja kerana dimasa ini syaitan banyak berkeliaran dan mungkin ibu mudah diganggu dan boleh menyebabkan gila/meroyan
10. Jangan membaca dan menjahit
Fizikal yang lemahboleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. Tapi zaman sekarang dalam berpantang pun boleh duk mengadap laptop/tab, termasuk aku, hehe
6 comments:
kalau bab mencangkung tu, nak buang air besar camne ye? ada jamban cangkung je
semua ikut except mandi berbangku..mandi mcm biasa je..hee
@yana : mak mila ajr duk cangkung kepit2 gitu, jgn cangkung besar n jgn terang time mmbuang :)
@kina : sama la kita..sometime je duk mandi ats bangku :)
Pantang larang nie ada baiknya untuk kita sebenarnya..tp org2 muda sekarang jarang dah nak ikut...
alamk. tym pantang xle hadap laptop. tidakkk
bila agaknya dapat merasa berpantang nih...huhu
Post a Comment