Wednesday, October 31, 2012

Ubi kayu ketika hujan..




Salam readers.
 

ubi kayu..

Kecuq air liur tak korang tengok ubi kayu nih? Kalau tak. memang tak berperasaan la tu, hehe
Heaven! nya weh makan ubi kayu cicah gula time hujan-hujan gini.
Kalau yang suka cicah nyiur lagi sedap.
Aku baru je lepas melantak untuk kali kedua tadi.
Kali pertama untuk brekfes pagi tadi. Pagi-pagi dah melantak ubi kayu. haha
Sedap sesangat!
Karang perut kembung masuk angin padan muka! Ubi kan makanan berangin.

Tapi ubi kayu bukannya setiap masa nak ada. ye dak?
Time musim hujan dan tanah lembap gitu baru la ubi ni nak wujud.
Aku beli kat kampung time balik raya beberapa hari lepas.
Last week lagi teringin nak makan, teringin je bukan mengidam sangat pun.
Then balik kampung tak teringat pun nak beli, tetiba time keluar pergi bandar KT ternampak gerai jual ubi kayu nih. Ajak la suami singgah beli tapi di abainya.Mulut dah moncong time ni. sobs..
Time tu on the way nak singgah rumah akak aku jugak. Balik dari rumah akak aku, suami patah semula kat gerai tadi. Tarik balik moncong tadi. hehe

Maka dapat la aku makan ubi kayu nih. Beli 2kilo lebih dengan harga  rm5. Ok la kan.
Aku pun tak tahu mahal or murah. Selagi tak cecah rm10++ murah la bagi aku, hehe
Rupanya suami pun nak makan sama patot la beria g beli. Bukan main pelahap dia makan time kat rumah aku tempoh hari. 

Terengganu sekarang dah nak musim tengkujuh, sebab tu la dah ada gerai jual segala ubi-ubi nih.
Yeaahh balik kampung next month boleh makan lagi.
Makan puas-puas sebelom baby nak deliver, hehe

WW : Isteri & Suami




Salam readers.




p/s : UAI bakal masuk tv dalam astro Oasis. Sebelum ni tak pernah kan?

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha 1433H




Salam Jumaat.
 
 Sungguh barakah apabila Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari Jumaat.


Daripada mila, suami dan baby in tummy ^_^

Ada yang tak balik kampung ke?
Esok baru aku balik rumah parents. sobs~
Arini beraya kat Kuantan dengan keluarga suami.
 
Selamat menjalani ibadah korban!

Thursday, October 25, 2012

Celebrate besday yang tak rasmi..




Salam readers.

Besday aku 22/10 tapi semalam baru nak celebrate. After dua hari takda hal la kan. 
Celebrate pun secara tak rasmi dengan muka sememeh tak mekap, baju tshirt burok entah apa-apa, huhu
Eh! akan ada celebrate besday yang rasmi ke? Tak mungkin kot..
Acara potong kek yang tak dirancang, namapun suprise kan.
Tapi suprise bukan di buat dek laki aku tapi adik ipar aku. 
See! Kang dah cakap laki aku tak romantik dan tak reti nak wat suprise. haha
Ampun ye abang! hehe

Semalam adik ipar aku datang rumah, tengok2 datang bawak kek.
Nah kek untuk kak mila katanya.
Mekasih adik ipar!
Tunggu laki aku balik kerja then malam nya acara potong kek berlaku.

Layankan gambar jela..
 

wif luvly asben..



ni la adik ipar aku..ouhh mukaku kusam!
 
Kek ni adik ipar aku buatkan. Dia memang rajin masak-masak, buat dessert, kek, cupcake dll.
So sometimes dapat la aku makan kek free.
Anyway thanks Lisa (promote blog adik ipar) for the cake!


Testing blogger-droid




Salam readers.
Hiks, dah malam tapi gatal jugak nak mencuba. Suami dah membuta kat sebelah. Bahana betul isteri, haha. Aku lom mengantuk la. Ok, aku baru je install blogger droid kat tab, ni tengah duk explore. Macam seronok dan cepat je nak up entri pakai blogger droid nih. Baru la semangat pasni. Korang yang pakai android or smartphone boleh la try. G kat market dan search je blogger droid then install. Best!! Selamat men'try'!!
Ok, nak tido daa, kesian kat laki aku tak kena peluk, hiks..nite!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 24, 2012

Akhirnya, Keputusan telah dibuat..




Salam readers.

Ingat lagi entri aku pasal konvokesyen. Akhirnya keputusan sebulat suara telah dibuat.
Terima kasih pada kengkawan blogger yang ramai support suruh aku pergi. (ayat skema je)
Tapi keputusannya aku takkan pergi.
Sedih memang ya.

Tapi banyak sebab musabab lain membuatkan aku tak pergi.
Dalam entri lepas (ini) sebab utama kerana aku pregnant.
Sekarang, sebab yang paling kukuh aku rasa kerana family aku.
Sebenarnya ayah aku baru keluar hospital last week, so kesihatan tak mengizinkan sangat.
Nak berjalan jauh memang tak dapat ler.
Dalam masa yang sama akak aku pulak baru bersalin satu minggu so masih berpantang.
Berpantang kat rumah parents aku, automatik mak aku yang jaga semuanya.
Anak akak aku dah dua orang tapi masih kecil, sorang 3tahun sorang lagi 1tahun lebih then dapat pula adik.
Mak aku tak sampai hati nak tinggalkan akak aku sorang-sorang untuk take over semuanya.
Mana nak tinggalkan ayah aku lagi kan. Haish memang tak sanggup. Mak dan ayah aku mana pernah berpisah g mana-mana.
Jadi family aku memang takda la yang dapat pergi.


Kalau family in laws aku lagi la tak dapat.
Mertua aku dua2 dah pergi tunaikan rukun Islam ke5 dua minggu lepas.
Secara tak langsung, tinggal la aku berdua dengan hubby kalau nak pergi.
Jadi keputusan hubby tak payah pergi. Aku mengiakan je.
Memang tak happening langsung kalau aku berdua dengan hubby je yang pergi. ye dak??
Pasrah.


Sekarang aku dah tak kisah. Yang penting sekarang hanya untuk family aku.
Hopefully ayah aku cepat sembuh dari sakitnya, mertua aku selamat disana dan selamat pulang ke Malaysia.

Tuesday, October 23, 2012

1st BE dari Nuffnang..DiGi Samsung Galaxy Note




Salam readers.

Petang tadi saja jela bukak akaun Nuffnang aku. 
Bukak tengok ada satu BE DiGi Samsung Galaxy Note. Alhamdulillah, 1st time Nuffnang bagi kat aku tau. Mimpi apatah Nuffnang ni.
Sebelum ni bukan main susah nak dapat.
 
 
 
 
Aku ingat something wrong yang berlaku cam haritu tapi tengok BE tu masih on going.
So sah la BE tu, hehe
 
Pasni kena rajin-rajin la up entri. huu
 
 
Thanks Nuffnang!!



Monday, October 22, 2012

Welcome 3rd trimester & Hepi Besday!!




Salam readers.

Tak suka, asal weekend je blog tak berupdate. Ampun ye pengikut setia i. hiks!
Ingat ko retis ke Puan Mila oit..haha
Ok abaikan.

Hai peeps! Today is Monday and today is My Birthday. Uolls tak nak wish ke?
Huk..Sampai hati u..Ok joke!
Alhamdulillah syukur masih di panjangkan usia sehingga ke saat ini.
Ce teka umur aku??

Jam 12.05am semalam, hubby orang pertama yang ucap kat aku.
11.30pm aku dah lentok kat katil, tak tido tapi buat-buat nak tido sebab penat.
Hubby time ni duk nengok tv, aku malas nak join.
Sampai la kul 12am hubby masih lom masuk bilik, dalam hati cakap ermm mesti tak ingat besday bini dia.
Sedihh da time ni tapi abai je perasaan tu.
Dua belas lebih sikit hubby masuk bilik, aku statik dah time tu dan pura-pura tido.
Sambil dengar hubby cakap, eh..dah tido rupanya.
Hubby naik katil, tarik selimut dan buat-buat lupa lagi. Ok fine!
 
Last-last, dia bisik kat telinga aku sambil nyanyi..
'Hepi besday to you...hepi besday to you sayang..bla..bla..'
Lupa lak aku sebab panjang sangat, hehe
Pas tu sedikit adegan romantik yang tak patut dicerita, haha
Time ni terus segar bugar mata aku, nak nangis pun ada.
Seriusly, ingatkan suami aku lupa.
Thanks abang!!
Tapi belum ada suprise hadiah from him. But aku xkisahpun dapat hadiah ke tak. Bagi aku, cukup dia menghargai aku sebagai isterinya. Itu dah cukup memadai.
Lagi pun aku bukan jenis meminta since couple dulu2.
Dan..dan..suami aku bukan seorang yang romantik.
Ada certain2 part je dia akan menjadi seorang yang sangat romantik.
Bab-bab suprise suami memang failed, hehe
 

Oh ye, aku dah masuk 3rd trimester for pregnant.
Means 11weeks to go untuk deliver.


Result checkup last Friday:

Tekanan darah OK (120/64)
Berat naik 2kg (47.9kg)
Air ketuban OK
Kedudukan kepala baby dah kat bawah.
Berat baby 1.5kg (oh dah berat anak ibu)
Double confirmation gender, ce teka?? Hopefully betul ^_^
Injection kancing gigi (tak sakit tapi kesannya sampai hari ni belum hilang, ase sengal dan lenguh2, huhu)
 
Excited! Tak sabar nak jumpa my little ibu. Can't wait and nervous! huu
 
 
Alhamdulillah syukur.
Thanks Allah dengan anugerah dari Mu.

Thursday, October 18, 2012

Mencari nama-nama Islam..




Salam readers.

Haish asal nak buat post jek otak blank. Tak tahu nak mengarang apa. Tapi mesti perah otak paksa mengarang jugak kalau tak blank la entri nih maka tak berupdate la jawabnya.
 Korang pernah camni? hiks
Ok stop merapu bagai.

Mommies to be dah mencari nama untuk ur baby?
Eh takmo la last minit baru nak cari. Meh get ready awal-awal kot la terberanak awal kan. Nauzubillah mintak jauh. haish.

Aku dah ada sikit-sikit koleksi nama baby. Itu pun menggeledah kat uncle google, web PaMa dll sumber.
Hajat dihati nak guna hanya dua word untuk nama baby nanti. Takmo panjang2.
Sekarang hanya nak cantumkan mana yang bersesuaian dan kena dengan maksud nama tu je.
Nama aku dah 1 word, nama suami 1 word so 1+1=2 (eh ape kaitan menda nih)
Ok2 abaikan.

Menurut sumber dari sorang kawan aku, Nama Anak Panjang = Berat...?
Maksudnya bukan  nama anak korang Panjang tau! Ada ke mommies nak kasi nama baby mereka as a Panjang..Ok sila gelak!
Nak tahu lebih jelas baca SINI..Wallahualam. aku just kongsikan aje.

Kalau mommies nak mencari nama-nama Islam yang sedap disebut, sedap didengar boleh pergi kat page Nama-nama Islam.

Kalau nama dah sedap elok dan kena dengan maksudnya insyaAllah akhlak dan perilakupun elok seperti namanya. Mudah-mudahan. Aamiinn.

Tuesday, October 16, 2012

Kenapa makan tak pernah nak rasa kenyang?




Salam readers.

Sejak nak habis second trimester ni macam-macam hal pulak perut nih. Kerja nak makan jek 24jam.
 Makan pulak tak pernah nak rasa betul-betul kenyang. Kejap nak makan ini, kejap nak makan itu.
Macam pagi tadi dah makan dua ketul roti bun, tapi itupun rasa belum memadai. Tambah pulak makan biskut kejap ada kejap xda (chipsmore laaa).

Pastu pukul 11 lebih makan nasi, nasi dengan lauk lebihan semalam jadi panaskan aje.
Lepas makan nasi selang pulak makan buah-buah.
Aleh-aleh pukul dua perut mintak diisi lagik, kemudian makan lagi nasi. Lepas tu, minum pulak air jambu batu. Licin aku bedal tapi still  perut rasa kosong jek macam tak makan apa-apa.
 Lafaz Bismillah dah di baca sebelum makan. Adui.

Huwaa..nafsu makan apakah ini??
Normal ek?
Tahu la makan untuk berdua. 
Anak ibu tak kenyang eh?? sobs~
Korang yang preggy macam aku x?


Tapi yang pelik nya aku makan banyak mana pun badan still maintain sama.
Hari-hari duk nengok cermin tak tahu berubah dan naik tang mana.
Tang perut ada la naik sebab membesar seusia dengan kandungan. Padan la kan?

Aku belek muka xda nampak temban pun. Suka!
Aku belek lengan kot2 la naik muscle seketul cam labu air tu pun xda naik jugak. Suka!
Belek peha kot2 dah jadi cam drumstick pun tak jugak. Suka!
Checkup monthly berat badan naik jek
Haish..Naik heran aku badan sama macam sebelum preggy.
Heheh..suka pun ada sebab tak banyak yang berubahnya.
Tapi kecewa pun ada sebab aku nak nengok rupa aku apabila gain weight time preggy ni.
Hancuss harapan aku. huhu

Minggu ni berakhir la 2nd trimester, yeaaah! Alhamdulillah.
Welcome 3rd trimester!
Ohh 2 months to go untuk lahirkan my little baby.
 Persiapan baby belum siap sepenuhnya. Haruslah dipercepatkan.
Perasaan tak sabar, excited, takut, gementar bercampur aduk.

Moga dipermudahkan olehNya..aamiinn.

Monday, October 15, 2012

Suami cakap tak payah pergi majlis konvokesyen --__--




Salam readers.

Punya la panjang tajuk entri. Tapi camtu la kisahnya. Sedih sangat.
Sekarang musim konvokesyen kan? Aku punya majlis konvo 3 dan 4 November depan.
Tapi awal-awal lagi suami dah cakap, sayang takyah g la majlis konvo ek.
Aku diam, tak tahu nak membalas apa.

Suami tak kasi pergi kerana bersebab.
Sebab utama aku pregnant.
Sebab kedua jauh nun Batu Pahat, Johor sana.
Aku graduasi UTHM. Antara Universiti yang femes tak femes tuh, hehe
Sebenarnya xdala jauh mana pun, tapi condition jalan nak ke sana tak mengizinkan.
Siapa yang pernah way ke sana mungkin tahu condition jalan nak ke sana.
Condition jalan nak ke sana takda straight cam highway nak ke KL.
Kalau jalannya seperti nak ke KL memang suami aku dah izinkan pergi katanya.

Lagipun time majlis konvo tu nanti kandungan aku dah 7 bulan lebih.
Sekarang nak berdiri lelama pun memang tak berapa nak larat. Kejap2 peningnya datang. Kejap2 nak duduk. Acaner tu nak berdiri lelama time konvo nanti?
Kecewa pun ada sebab xdapat nak pergi.

Tapi suami cakap, xpela, kan majlis konvokesyen untuk diploma dah pernah pergi.
Gambar pun masih tersimpan elokkan.
Serupa je majlis konvonya cuma berbeza waktu dan tempatnya.
Yela abang..ayat nak sedapkan hati kita letteww..
Pasrah dan Redha.

Dateline untuk confirmation hadir or tak hadir 22 Oktober minggu depan.
Tak kasi jawapannya lagi.
Kot2 la suami berubah hati kasi pergi saat-saat akhir. hiks!

Pendapat korang camne?
 Pergi atau tak?? -_-


Ketika konvokesyen Diploma..

Lemaunya muka aku..huks!

Sunday, October 14, 2012

1st time join Blin.gd




Salam readers.

Korang pernah dengar blin.gd? Aku 1st time join. Syok jugak. Tak tahu pergi SINI
Ala macam Says jugak.
Setiap kali uolls daftar akan dapat reward tertentu.
Free je siapa tak mau kan.
Bukan kita yang keluar duit tapi dorang pulak yang bagi kat kita.

Nak daftar atau join Blin.gd, klik INI
Nak daftar Says, klik INI



p/s : weekend pun lepak kat rumah..alaa bosan..sobs!

Friday, October 12, 2012

Entri ringkas tapi berguna!! InsyaAllah..




Salam Jumaat.
Doa Nabi Yunus, sangat mudah untuk dihafal dan diamalkan.
 



Sesuai diamalkan ketika dalam keresahan, tak tenang, kesusahan dll..
Aku selalu amalkan since preggy, baca 7kali selepas solat fardu sambil gosok perut.
Hanya berusaha, berdoa dan bertawakal padaNya.InsyaAllah.Aamiinn

Thursday, October 11, 2012

Stokin..




Salam readers.


comel tak stokin aku? hehe


Korang ingat Fatin Liyana je ada entri pasal stokin, aku pun ada tau.
 Tetiba lak wat entri pasal stokin, haha
Bukan apa tengok stokin FL tetiba teringat stokin aku.
Sebenarnya stokin ni dah lama, masa zaman study dolu-dolu..
Stokin beli kat Giant ala yang 99sen tu.

Sekarang takda daa nak pakai kasut2 berstokin cam zaman study dulu, dah nak jadi mak ok..
Marah dek laki aku kalau g jenjalan berkasut ala2 sport tuh.
Macam budak okeh..kata my hubby la..heh

Jadi sekarang stokin ni dah di recycle ke waktu malam means aku pakai wat tido malam, hehe
cute tak?
Kalau tido malam aku wajib berstokin, sebab dah terbiasa kot.
Zaman study dulu pun tido malam aku berstokin sampai la bawak ke berlaki.
Bukan apa aku ni badan cepat sejuk dan mengigil tengah2 malam time tido jadi kalau pakai stokin nih kurang la sikit sejuk tuh. 
Lagipun kalau selimut teralih dari kaki tak terasa sangat kalau pakai stokin, kalau tak pakai stokin mula la aku terjaga time tengah tido..haishh terganggu tido.
Tu la kisahnya kenapa aku berstokin kalau tido malam.
Suami pun dah tak tengok pelik ngan isterinya..kadang2 siap sarung kan stokin kat kaki isterinya ni..hehe

Korang yang tak biasa berstokin waktu tido mesti rasa pelikkan??
Mommies to be yang tak biasa boleh praktik dari sekarang, nanti berpantang mesti wajib pakai stokin.

Eh stokin apa ye yang berkualiti di pakai ketika pantang?
Yang boleh tahan sejuk tahap maksimun.
Aku memang jenis tak tahan sejuk..huuu



Wednesday, October 10, 2012

Sesekali makan lauk simple..sedap!!




Salam readers.

Untuk makan malam nanti, suami request daging goreng kunyit. Haish xkan satu lauk je kami nak makan macam xbest pula satu lauk semata-mata. Suami xkisah satu lauk tapi aku lak yang kisah.
Jadi aku tambah satu lagi lauk.
Goreng telur, asingkan then tumis bawang dan cili padi taruk kicap, sos tiram sesuka hati, garam secukup rasa then after siap jirus atas telur tadi.
Siap!!
 

Telor goreng masak kicap..simple!!

Daging goreng kunyit..

Cukup simple for dinner tonite!!
Makan dengan nasi panas-panas..nyummyeh!!


p/s : menunggu suami pulang..lambatnyaa..



Bisa sungguh kata-kata UAI..




Salam readers.




Nak gelak pun ada..
Tapi kata-kata UAI sungguh mendalam.
Setuju??
.
.
.
.
.
.
Yess!!

Tuesday, October 9, 2012

Weekend & Interview..




Salam readers.

Weekend lalu yang sangat sibuk. Sampaikan nak update post pun tak menyempat.
Weekend lalu balik Paka dan KT. Mana nak hantar mertua naik flight, ayah aku masuk hospital..fuhh sempukk..Khamis petang lepas asben kerja terus pecut balik ke Paka.
Jumaat esoknya selepas Zohor, rumah family asben buat sedikit majlis doa selamat untuk mertua berangkat ke Tanah Suci Mekah.
Selepas majlis doa selamat, terus konvoi pecut ke airport KT  hantar mertua nak naik flight ke KL malam tu juga. Penat tapi seronok. Sampai airport pukul 5pm, flight pukul 9pm. Naik kebas dan kematu bontot aku duk lelama atas bangku lam airport tu. Naseb ramai rombongan kami so takde la rasa lama dan bosan. Tapi dalam seronok ada tangisnya juga sebab air mata merembes laju time salam peluk cium nak lepaskan mertua pergi. sedihh woo..
Teresak-esak aku nangis..maluu huu.
 

ni sebelum nangis laa..


Parents in law sebelum naik flight..
 
Selepas tunggu fligt mertua berlepas dalam pukul 915pm, kami laki bini terus blah p cari makan. lapar giler, kesian kat baby aku time tuh..sobs2. lepas makan balik rumah parents aku then fikir nak tido jek. time tu masih awal pukul 11pm tapi badan penat sangat-sangat. Ibu mengandung katakan :p

Esoknya misi melawat ayah aku kat Hospital. Lepas masak tengari untuk asben n adek2  tanpa lengah terus p hospital. Dah 3 hari ayah masuk hospital, tapi Sabtu baru menyempat aku dan asben g tengok. Ayah demam dan muntah2, Alhamdulillah time aku g tengok dia dah segar bugar siap berselera makan lagi. Lega aku tengok.
Bila dah makin bertambah usia macam2 pula sakitnya. 
Moga ayah aku sentiasa dilindungiNYA..aamiinn.

Lepak kat hospital sampai lewat petang, disebabkan hujan lebat kat luar so misi-misi xda nak halau ke ape.
Lepas mahgrib jugak keluar dari hospital, kemudian g makan-makan isi perut.
Nak balik rumah sempat singgah kedai baby, rembat baju baby selai dua.
Haishh barang baby banyak lagi tak terbeli nih..
Malas nak cerita panjang, nanti pening kepala aku..huu

Ahad esoknya, balik Paka rumah asben..tak bermalam pun sebab Isnin pagi aku ada interview.
Kesian adik-adik ipar terpaksa kami tinggalakan. Naseb dorang dah besar2 dan pandai nak survive makan minum pakai sendiri..hehe

Semalam aku g interview KEMAS. Punya la lama dari pukul 730am sampai ke petang.
Yang lamanya sebab ada ujian kecergasan. Kena lari-lari complete 2.4km. fuhhh..
Nasib baik aku dan preggy2 lain dikecualikan..hehe
haishh kalau lari mahu terberanak kami..nauzubillah.
So kami-kami yang special khas datang untuk interview jek, tapi interview pun ikut turn sebab tu kena menunggu sampai after zohor.
Ni interview aku untuk kali yang ke3 selepas kahwin..hopefully adala rezeki untuk baby yang bakal lahir.
Tak mau mengharap tapi kalau rezeki dah Allah nak bagi..InsyaAllah tak ke mana..aaminn.

Thursday, October 4, 2012

Baby's Day Out..




Salam pembaca.

Semalam mila post la status kat fb "Baby's day out..comel!!"..
tetiba ada kawan-kawan komen kemudian wish,
"tahniah akak!"..
"tahniah sahabat!"..
apakah maknanya? haha..

 
mila duk gelak je baca komen dorang. 
rupa-rupanya dorang fikir mila dah selamat bersalin.
amboi cepat bebenor..baru 6bulan lebih kot..haishh

yang jadi nak tulis status tu sebab duk layan cerita tu la semalam.
siapa tengok cerita tu?
mila pun start tengok time dah nak habis separuh.
ala kisah culik baby bink tu..best! dah la comel baby tuh.
cakap kat asben, kalau la anak kita nanti secomel, sebijak dan secerdik baby ni..aaminn.




comel kan??

Wednesday, October 3, 2012

Suami belum pulang..i'm alone..




Suami masih kat tempat kerja, gigih betul suamiku bekerja.
Takpe mencari rezeki demi isteri dan anak yang bakal lahir..
Abangg cepat la pulang..bosan nihh.. macam la asben duk baca kan..
Malam ni asben minta masakkan bihun goreng je, so lepas maghrib dah masak siap-siap.
Sekarang bihun tu dah kembali sejuk..laparr..tak syok makan sorang-sorang.
Kesian anak ibu..sabar ye sayang kita tunggu abah balik..
Kan tadi anak ibu dah makan nasi goreng..lapar lagi eh?? hehe

Dah tak tahu nak buat apa, solat Isyak dah..nak layan tv xda cerita best..
kejap-kejap duk usap perut, layan baby menendang..
asal malam jek my baby mesti aktif..kalau tido malam boleh terjaga dibuatnya.
anak ibu..don notti ye! ingat pesan abah!

dah xda nak buat apa, so aku on laptop..
apa lagi blogwalking jela..ada ke yang online malam2 nih? shhh...

Mengidam tiramisu buatan sendiri..




Salam readers.

Mila tersangat la mengidam tiramisu buatan sendiri..tak tahu kenapa nak jugak buat sendiri.
Tiramisu nak buatnya mudah je kan? Takde nak bakar, kukus ke apa just letak dalam freeze then makan sejuk-sejuk..nyummeh!
Ecely tak pernah buat pun, ni kalau jadi buat my first time la.
Nak buat sendiri sebab tergoda dengan tiramisu buatan Kak Ana.
Serius nampak sedap!!


nampak sedappp...   
 
Sis Ana buat mila rasa mengidam sangat2..Boleh je nak beli kat secret recipe, tapi takmo nak jugak buat sendiri. Nak ajak asben g beli bahan-bahannya tapi asben bizi manjang.
Tunggu asben free je then tak sabar nak buat.
Alang-alang duk rumah makcik then ada pulak mixer so dapat la buat nanti.
Hopefully menjadi la buatnya, hehe

Suka terjah blog Kak Ana sebab dia suka masak so banyak resepi leh dapat.
Masakannya pun nampak maveles sangat!!

Tuesday, October 2, 2012

Dapat BE..betul ke Nuffnang ni?




Salam readers.

Tak pernah-pernah dapat BE dari Nuffnang, tiba-tiba muncul satu BE.
 


Tengok start date tu Nov 2009..haish tak logik.
Ada yang xkena dengan Nuffnang nih.
Cuba cek yang korang punya??

Monday, October 1, 2012

Perut gatal merenyam...




Salam readers.

Usia kandungan makin bertambah so perut makin membesar. Alhamdulillah baby kicking dengan kencang sekali. Ibu suka sayang. Aktif anak ibu!
 

My little bump..time ni almost 6months..

Perut makin hari makin membesar. Makin membesar makin tegang perut nih. Maka makin merenyam gatal la perut nih. huhu
Tak tahan bila gatal, nak-nak kalau time badan berpeluh. Ya Allah rasa nak garu-garu je perut nih.sob2..
Tapi mak pesan jangan garu. Nanti tinggal kesan parut kat perut after bersalin.
Sekarang memang xnampak sebab perut ngah tegang, tunggu perut dah kendur tahu la camne rupanya.
erkk ngerinya bila dengor..
baik mak..ingat pesan mak!
 
Tapi kan 3 malam lepas sebelum tidur, perut gatal sangat2..sapu bio oil tak jadi, sapu losyen tak jadi..tak tahan, mila garu dengan sikat.
Maaf mak ingkar pesan mak..tak tahan sangat..uwaa.
pastu naik bintik-bintik merah sekitar pusat..biarkan je kemudian tidur cam biasa..esok pagi bangun nengok dah hilang bintik-bintik tu..lega.

Tengahari sikit telefon mak, btau semalam perut gatal-gatal so garu dengan sikat. Pastu naik bintik-bintik merah. Boleh kan mak?
Mak marah..ish, kalau gatal gosok-gosok je la, jangan garu xkira dengan benda apa pun sekalipun.
Ermm kalau naik bintik camtu tengok la pas bersalin nanti, kalau ada kesan nasib la ko..
uwaaa..menyesal tak guna.

Jadi tunggu la lepas bersalin, kalau ada kesan padan muka ko mila. sobs2..
xpe..nanti taruk ubat parut banyak-banyak..ayat sedapkan hati.
Lepas ni sumpah dah takkan garu.
Suruh asben gosok-gosokkan..tangan lelaki kan cam kasar giteww..boleh?? ^-^

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers