Monday, April 16, 2012

Dapur Puan Mila : Ayam Masak Lemak Kuning Cili Api




Hai cantik dan kacak!

Arini masak apa?

Saya sometime buntu nak masak apa untuk suami. 
Selalu tanya kawan, ada cadangan nak masak lauk ape tak?
Arini eimy cadangkan masak asam pedas, kak wani pula ayam masak tomato.
Tapi semua tu tak jadi sebab tak cukup bahan.
Akhirnya jadi la ini..


mabeles!!

cukup simple..hanya 15minit dah boleh masak.

Bahan-bahan:

Ayam (saya guna 8ketul)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia (optional)
Kunyit hidup (sebesar ibu jari)
Serai - 1batang (ketuk)
Asam keping - 1keping
Cili api - 3biji (ikut suka, nak lebih pedas boleh tambah)
1/2 cawan santan
Garam

Mula masak dengan bismillah..

1) Kisar bawang besar, bawang putih, cili api, kunyit hidup dan halia
2) Satukan ayam, santan dan bahan kisar dalam periuk.
3) Masak hingga ayam empuk dan kacau untuk elakkan santan berketul
4) Masukkan serai dan asam keping. Garam sesedap rasa dan biar mendidih 2, 3 kali.
5) Siap!!


"Selamat Mencuba"

8 comments:

Ezza Z said...

Seronoknya leh masak untuk hasben.
Saya ni masuk dapur pon tak boleh.
Da lama tak masak tuk suami,hari2 mkn umah mak.
Sedih.

(^-^) ieYoe (^-^) said...

bestnyer bleh masak2.. kite dop leh masak lagi untuk suaami....huuuu

Nurul Husna said...

mila : sedapnya...pandai mila masak...pasni mesti husband berisi..hehe

bunga_rose said...

wah boleh cuba ni...

puan.mila said...

ezza : sabar ye dear..dh abis alah nti boleh la msuk dapur..

puan.mila said...

e : nape xleh msk? alahan truk ea?

puan.mila said...

nurul : xde la pndai sgt..skit2 boleh la tu pun bljr dgn mak..aah hubby dh cubby skit..hehe

puan.mila said...

bunga : cuba la..sangat mudah :D