Monday, August 11, 2014

Minuman Coklat 1 Nation's Choice pengganti Milo

Salam dan hai.

Aku seboleh-bolehnya nak boikot produk yang menyumbang kepada Israel. Walaupun tidak 100%, tapi aku akan cuba boikot selagi boleh. Semoga terus istiqomah. Boikot dengan ilmu ye, bukan dengan emosi. 






















Ini yang aku dapat dari group whatsApp. Moga mereka semua pun istiqomah, bukan bermusim, InsyaAllah. Aku pun dah slow-slow boikot produk Nestle. Produk Nestle banyak tau! Salah satunya Milo. Minuman kegemaran aku. Nangis tak berlagu nak lupakan Milo. Dari zaman kecik kot minum. sobssss!!! Dan hampir seminggu aku tak minum Milo kebetulan stok pun dah habis. Suami pun cakap stop lah minum milo. Maka hari-hari aku minum teh, teh O..teh, teh O.

Maka aku usaha mencari minuman coklat seakan milo. Vico? Dah pernah cuba..rasa tak sama, manis!. Coklat Dutch Lady? Pun sedapp tapi agak milky, nak minum kerap muakk kot. Kang bole gemuk!

Balik kampung ritu, kat rumah mak pernah la cuba minuman coklat ni. Rasa hampir sama dengan milo dan boleh tahan sedapp. Tanya la adik aku air apa ni? Dia cakap air cap Mydin. Hampehhh. Aku serius dia main2 pulak. Adik aku cakap milo mahal + kena boikot so kita tukar minum air ni. Brilliant idea!!! Kebetulan adik aku kerja kat Mydin s9o dia yang suggestkan air ni.

Tapi memang cap Mydin pun. Kalau tak silap aku hanya kat mydin ada jual benda ni. Harga pun lebih murah dari milo. Haa apalagi uolls yang addicted milo sangat jom bertukar. InsyaAllah sedappp! Tapi kalau uolls suka vico, dutch lady dan minuman coklat lain boleh jee proceed. Iolls dah suka yang ni!! kehkehkeh.
Harga untuk 2kg RM19.90. Murah laa dari milo kann??

















3 comments:

Suria said...

suria masih minum milo sbb stok masih ada..hehe

vico tu terasa sgt koko dia kan. ovaltine dah lupa rasa camne..hihi

boleh try ni minuman terbaru ;)

Norhazrina Abdul Hamid said...

sknrg ni rina beli horlick choc tu. tp still xsama mcm milo. rs rugi beli tp dah beli sekilo so kena abeskan gak. psni nak try yg ni la plak. mmg sbjik rs milo ke?

Julia Johari said...

Sedap gak vico...lebih koko dari biasa....mila tak tau lg nak balik kuantan bila...hehhehe