Monday, August 18, 2014

Zara takut masuk kolam (De Rhu Beach Resort, Kuantan)

Salam dan hai.

Ini cerita sebulan yang lepas, sebelum puasa lagi. Kemain lama peram. Alkisahnya rumah kami dekat sangat dengan De Rhu Resort, Kuantan. 5minit naik motor/kereta/lori/bas dan seangkatannya pun dah sampai. Kalau jalan kaki mau mengah la jugak, kekeke.

Walaupun rumah dekat sekangkang kera, idok lerr sokmo pergi. Laki ku kalau takde geng atau family means reramai, idok laa dia nak pergi bawa kami. Ini pun pergi berpakat dengan makcik dia. 1st time Zara datang mandi kat sini. Reaksi dia sebelum masuk kolam? Mesti lahh menangis..akutt..akutt kata dia. (means takut)

Memula masuk kolam abah terpaksa jinakkan dengan air dulu. Main-main air dipersisiran kolam (kolam pun ada pesisir?). Ko tengok gambar, kemain meraung takutt nak masuk kolam.





Ok babak nangis dah takde. Dah masuk kolam dia pulak excited. Tengok?? Kemain suka!






Babak nangis taknak keluar kolam pun ada. haha. Tapi gambar pulak takde, aku dah malas nak snap. Yang pasti zara suka datang sini. Next time boleh laa bawak pergi lagi. 

So far harga sangat laa berpatutan. RM10 bagi dewasa, RM7 bagi kanak-kanak 4tahun dan keatas. Itu kalau nak mandi atau masuk kolam. Kalau taknak mandi/masuk kolam takde bayaran punn. So duk dediam kat tepi kolam. Bayaran bukan di kira per entry pun. Ko mandi ko bayar, taknak mandi takyah bayar, haa gituu. Korang mandi laa puas2 sampai kecut air, kekeke.



Belakang sana pulak pantai. Nampak kat dalam gambar tu?? Tempat memang best. Recommended sangat bagi yang suka suasana pantai. Boleh bawak anak-anak jalan sini. Dah puas mandi sini korang bawak la anak mandi pantai pulak. De Rhu tak jauh pun dari bandar Kuantan, kira-kira 8-10km je. 

Ok, tata!

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

permulaan kan

Aty_Fared said...

teringat anak kite gak.. ada satu masa tu dalam setahun lebih..tak nak masuk kolam macam ni.. tak tau lah napa.. kemahen takut.. tapi sekarang dah 2 tahun baru ok...huhu

dhiera said...

iols ni bila lah nak jejak kaki ke kuantan. baru smpi gambang je. hukhuk

tp serius la mila. murah sgt kot