Friday, August 8, 2014

Baju Raya Baju Gaya oii!


Salam dan hai,

Fuhh!..fuhh!!..tiup habuk dan sawang. Memang bersawang betul la blog aku *nangis*. Tak tahu kenapa, mood kelaut dah nak update. Nak delete, nak stop blogging sayangg pulakk. Duit Nuffnang pun lom cashout lagi oii, ahahaha.

Ok, nak cerita baju raya. Tengok, raya dah nak habis baru terhegeh2 nak update. Orang lain dah cerita part lain mila oii. Saborr. Slow and steady je, kah2.

Baju raya tak gempak punn. Orang lain duk pungpang teaser bagai, aku pun nakk. Biar tak gempak punn janji baju raya baju gaya, giteww. Tahun ketiga beraya bersama suami. 1st Syawal tahun ni turn rumah mertua. Gilir dan terus bergilir tetiap tahun. Macam biasa kalau turn rumah mertua memang bersutera pada 1st Syawal. Dah macam menjadi kemestian. Family belah suami aku memang pemakai tegar sutera. Aku taklah tegar tapi dalam setahun mesti ada sepasang sutera suami aku beli, itupun untuk raya jela.

Tahun ni kami bertema pink. Nah suami terpaksa ikut bini dia memakai pink,kah2. Padan muka!1st time suami pakai pink. Elok je laki aku pakai pink, xda buruk pun. *puji suami sendiri*

Nah baju kami anak-beranak..

1st Syawal


Baju aku,beli kain pasang kat Pasar Siti Khadijah, Kelantan. Baju suami, beli kat Jakel Kuantan (ada tragik pasal baju ni, nanti cerita). Baju Zara, lebihan kain sutera aku mak mertua jahitkan untuk dia.

2nd Syawal


Konon nak baju macam jubah premium Bellaammara, kah2. Aku beli kain dan upah jahit. Tapi xla flowy macam jubah Bellaammara.

3rd Syawal

Padilah datang beraya rumah aku kat Ganu
Ni pun konon nak macam Lacey Ara Jubah Calaqisya, kah2. Pun beli kain dan hantar tailor. Lace aku tampal sendiri. Sebelum raya lagi baju ni, tapi jarang pakai, consider baju raya laa, hehe

4th Syawal


Haa ni baju 5 tahun lepas. Baju kurung Pahang. Asal muat, asal cantik pada mata aku. Orang bukan tahu pun bukan baju raya kann. Haha

5 Syawal dah berseluar pergi bercuti 2d1n kat Angullia Resort, Marang Terengganu. Yang tu nanti cerita, itu kalau kerajinan aku ada, hehe


Ok, sebelum tu belum terlambat kot aku nak ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. 0-0 ye. Andai terkasar, tercarut, tertulis benda tak elok sepanjang aku wat entri dan terguris hati sesiapa yang membaca blog aku. *shake hand, laga pipi* muahh!!

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"


**banyak gambor dengan adik bongsu aku jee..suami kelautt (dipaksa baru nak bergambor) haishh..adik aku ni hantu selfie..macam citer zizan tuu, kah2

2 comments:

cplud miera said...

selamat hari ry mila. cantek2 bju ry :)

Aeen said...

baju raya pertama sama kaler la kite..pink...heheh