Thursday, July 12, 2012

Dapur Puan Mila : Resepi Kek Kukus Coklat Lembap




Salam dearest.

Nak share 1 resepi yang dah lapuk.
Kek Kukus Coklat Lembap.
Mila x suka baked, leceh..so kukus best. Tak hado kejadian kek hangus ke hape.
Resepi yang cukup simple dan mudah.

KEK COKLAT LEMBAP

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
100gm serbuk koko

Bahan (a)
200ml minyak jagung
150ml susu pekat manis
400ml susu cair
200gm gula kastor

B
ahan ayak bersama:
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:
1) Masakkan bahan (a) ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula hancur dengan api perlahan. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2) Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
3) Kemudian masukkan adunan telur ke dlm adunan (a) yang telah disejukkan. Kacau rata.
4) Masukkan serbuk koko dan bahan ayak bersama. Gaul dan kacau rata.
5) Kemudian masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

Hasilnya....

Dari entry  sini.


Resepi copy dari majalah SAJI tahun 2008

Selamat Mencuba!!!

3 comments:

CikPuan Ira said...

tq resepi..nampk menarik kek nie...nyami2

ciksusu said...

sedapnye!! dah lama tak buat sejak;)
adik2 suka ni ;)

Liya Laa said...

Liya pun suke buat kek coklat moist yg kukus..sedap :)

Btw, Liya xde date kawen lagi. InsyaAllah dlm perancangan :)