Friday, September 27, 2013

Dengan modal serendah RM40..jom cuba!

Assalamualaikum..dengan lafaz bismillah..

MAHU DUIT LEBIH UTK TAMPUNG FAMILY YG SEMAKIN BERTAMBAH TAPI.....

• TAK ADA BANYAK MODAL
• TAK ADA MASA UTK ONLINE 24JAM
• TAK SUKA JUMPA2 ORG MEETING SANA SINI
• TAK PANDAI NAK CARI ORG (MENAJA)
• TAK PANDAI SANGAT TENTANG IT (INTERNET)
• TAK MAHU KERJA YG RUMIT
• TAK MAHU SAMPAI ABAIKAN KERJA TETAP

KINI.......DAH ADA PROGRAM JANA PENDAPATAN YG SANGAT2 SESUAI DAN MEMENUHI SEMUA KRITERIA YG ANDA MAHU...

• MODAL HANYA SERENDAH RM40
• MODAL SEKALI SEUMUR HIDUP
• TAK PERLU ONLINE 24JAM SEHARI (TETAPKAN MASA KERJA SENDIRI)
• TAK PERLU JUAL2 BARANG (TAPI BOLEH IKLAN BRG SENDIRI JIKA ADA BIZ)
• TAK PERLU KELUAR DARI RUMAH LANGSUNG
• TAK MENAJA (CARI AHLI) PUN MASIH LAYAK TERIMA BONUS DARI COMPANY
• TAK PANDAI BAB IT PUN TAK APA..KAMI AKAN AJAR
• KERJA YG SANGAT2 SENANG DAN MUDAH
• BOLEH BUAT SECARA PARTIME/FULLTIME....ANDA TENTUKAN SENDIRI

Tak rugi mencuba...!!! Sangat2 berbaloi...... BERMINAT...??? ADD/PM saye di facebook atau email saya untuk keterangan lanjut..

Fb : Damiel Hola atau add dengan menggunakan email girls22miel@yahoo.com

Email : damielgirls@gmail.com

posted from Bloggeroid

Thursday, September 26, 2013

BE ke 23 dan 24 tahun 2013..

Salam dan hai..
Tetiap pagi cam gini mesti aku bukak acc Nuff, nak tengok jumlah amount, dasar mata duitan kennn, bahahaha. Act, memang selalu aku bukak sebab nak tengok ada BE baru tak. Alhamdulillah memang ada. Dua BE yang baru masuk, tapi tarikh BE yang kelmarin dulu dan semalam. Tak faham aku, BE baru aku mesti dapat detect lewat 1@2 hari dari tarikh BE. Semalam cek xdapun. Takpela lewat 1, 2 hari pun asal BE tak segan silu muncul dan terus muncul dalam akaun Nuff aku.




BE Rhb cepat la metered oi, tak sabar nak cashout ni. Hehe. Mekasih Nuffnang!

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 25, 2013

Alhamdulillah, masih fully..

Salam dan hai.




Alhamdulillah, masih fully breastfeeding sampai sekarang. Zara sekarang dah 8bulan lebih dan masih setia dengan susu ibunya. Thanks Allah kerana memberi kenikmatan ini pada aku dan Zara. Niat aku nak fully bf selama yang mungkin, sebolehnya hingga Zara berusia 2tahun. Zara memang tak dapat nak lepas nenen ibunya. Aku kan masih tak kerja, maka Zara hanya df semata-mata. Risau gak aku, kot2 la tetiba rezeki aku dapat kerja, camne la Zara. Haruu. Aku dah cuba train pelan-pelan tapi dia xmo, nak jgk df. Sekarang aku train minum air masak pakai botol lak, di hisapnya elok dan lelama dia akan main-main pulak dengan puting botol tu. Xpela asalkan Zara familiar dengan puting botol dan kenal botol susunya.


Aku dah jarang sangat pam susu. Tak menyempat nak pam, tetiba Zara dah nak nenen. Suami dah bising-bising beria beli breastpump tapi tak guna, sobs! Nasib baik manual pam, tak rasa rugi sangat membelinya. Nak letgo sayang aih. Macam tak berbaloi, simpan la untuk 2nd, 3rd anak dan blalala..eh bila tu?? Tunggu laa rakan-rakan seangkatan lain preggy sama, kita preggy berjemaah ye..bak kata geng GBSB! Bahahaha..

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 24, 2013

Ohh pinggan!

Salam dan hai.
Aku kan baru lagi pindah rumah sekarang, dalam sebulan lebih gitu. Masih baru la kan. Jiran pun baru kenal dua orang, kiri dan kanan rumah, hehe. Sorang tu nama k.ida, sorang lagi aku lupa daa, bahaha. Aku ni xdala mesra alam sangat tapi kalau jiran ada duk luar rumah aku akan tegur. Tak sombong pun aku, tak kemana kalau menyombong diri, ye dak? Tapi suami aku sangat la mesra alam, dia marah kalau aku duk berkurung je dalam rumah. Petang2 suami suruh aku bawak anak jalan-jalan kawasan rumah dan haaa dari situ leh bertegur sapa dengan jiran lain. Giteww. Baik abang, ada betul kata abang tu. Tapi kalau ada sesiapa menyombong dulu dengan laki aku, mampuss laki aku xkan tegur lagi pastu. Yang aku perasan camtula laki aku. Hehe


Dan tiga minggu lepas, aku ada bagi kek pisang pada salah sorang jiran aku ni. Sorang je aku bagi sebab kek tu tak banyak. Tehehe. Hampunn akak yang sorang lagi, len kali aku buat benda lain aku bagi dedua. Adil dan saksama. Aku bagi la kek tu pakai pinggan hadiah makcik suami. Arcopal tuu. Nak bagi dalam bekas macam xpadan dengan bekas, nampak sikit. Maka aku bagi la pakai pinggan tu, time bagi tu aku dan siap pesan kat akak tu pinggan pulangkan kemudian pun xpe kak. Tapi sampai sekarang xdapet kembali pinggan tu, tsk.


Aku bukan apa, risau kot2 pecah ke hape. Dah lah pinggan tu 6set semuanya, sekarang ada 5 je. Kosong 1 kat tempat letak pinggan tu. Hari-hari aku duk pandang situ, sayu je hati, cewahhh. Bila la pinggan tu nak kembali, menyesal pulak kasi pakai pinggan tu, sobs. Dan akak tu tak reti nak pulangkan balik ke?? Aku tak mengharapkan balasan kuih muih, lauk pauk dari dia pun, cuma nak pinggan tu je, huwaaa. Pulang lahh hakak!


Semata-mata nak bagi salam rumah akak tu, dan mintak pinggan tu, segan aihh aku. Bukan dah lama kenal pun. Baru kenal dan tak rapat mana pun. Suami aku lom tahu ketiadaan pinggan tu, kalau dia tahu mesti dimarahnya aku, huuu. Mintak-mintak suami tak baca la entri aku yang ni -_- . Ok, satu je cara camne nak mintak kembali pinggan tu, aku kena bagi/hantar makanan lain dan time tu boleh laa aku buat-buat tanya.."kak, mana pinggan putih yang hari tu ye??"..hope adala lagi pinggan tu.



ohh, kek pisang!


Pasal pinggan pun nak stori kaa? Belog aku, apakedehal! Ok, taaa!

posted from Bloggeroid

Monday, September 23, 2013

Rindu zaman blogging dulu-dulu :(

Salam dan hai.
Rindu zaman blogging sebelum kahwin dan sebelum ada anak. Hari-hari aku aku update. Sekarang kekangan masa tak dapat ler tetiap hari nak gitu. Hanya rinduuu, tapi aku suka dengan keadaan sekarang, masa di luangkan hanya untuk sikecil. Dah tak kisah blog walaupun seminggu tak ada entri baru -_- muahehe. Tapi aku sedaya upaya akan cuba up entri baru dalam tempoh seminggu. Sayang wess nak tinggal dunia blog. Terlalu banyak moment!
Buat follower aku, korang jangan jemu eh baca entri blog aku. Eh ada ke? Tapi takpe aku bukan mengharap follower baca pun, sebab aku tahu entri aku merapu meraban, ikut sedap tangan nak tulis apa, bahahaha..ada ke yang sanggup baca? Mekasihhh aku nak ucap pada readers yang masih sudi baca setiap entri aku.


Maaf pada rerakan blogger lain. Aku tak sempat nak blogwalking cam dulu dan nak tinggal komen pun kadang tak nyempat. Kadang-kadang aku ada baca entri-entri baru korang tapi nak tinggal komen selalu bermasalah. Tab aku problem nak tinggal jejak, xdapat nak sign in. Aishhh. Bila nak sign in je keluar gini..




Sedih mak nokk. Jangan cakap aku sombong ye! Sobs! Nak online kat laptop xdapat derr. Sikecil tu dengki kalau aku on laptop. Terus dia nak konker.




Ko tengok?? Ok la semek tu dah bangun, nak mandikan dia pulak, taaa

posted from Bloggeroid

Saturday, September 14, 2013

Bersiaran dari kampung..

Salam dan hai.
Sekarang aku kat kampung. Internet slow sangat-sangat. Nak update blog, fb, intasgram semuanya bermasalah. Refresh banyak kali baru lepas satu post..At last give up aku nak update bagai, biar je cenggitu..Haishh!




Zara teruja tengok toknya bagi makan ayam. Sampaikan jerit2 macam nak nangis, aku ingatkan dia takut rupanya jerit terlampau teruja. Maklum la kat bando nan hado ayam kampung, yang ada ayam kat pasor.






Kemain happy kalau balik kampung, suka la ramai yang melayan dia. Tengok, siap landing atas perut tok dia. Kalau kat Kuantan berdua dengan ibu, silap-silap kena marah pulak dek ibu, bahahaha. Yang kesian kat toki dia (ayah aku), Zara xmo pergi langsung, ayah aku nak datang dekat nak ambil terus dia nangis. Dengan tok (mak aku) dia elok je nak. Kesian ayah aku, hehe. Manja la puas-puas nak, isnin ni nak balik Kuantan dah.

posted from Bloggeroid

Friday, September 6, 2013

Zara dan walker

Salam dan Hai.

Esok Zara genap 8 bulan. Agak lambat aku intro kan walker kat dia. Beli lambat sebab masalah kewangan. Kan baru lepas raya, before raya ritu dah banyak pakai duit, maka kami laki bini hold sekejap pembelian walker untuk Zara. Dan dua hari lepas Zara dah dapat walkernya.




Zara teruja? Mestilaa, dia teruja dengan toys pada walker tu. Aku dan suami memang saje pilih walker yang crowded dengan toys. Nak kasi dia leka time aku wat kerja. Tunggu dan lihat sampai bila Zara bertahan dengan walker ni. Sebab sebelum ni Zara cepat bosan dengan toysnya, sebab tu ibu berkira nak beli toys kat dia, haha











Suami yang pilih walker ni act. Harga bagi aku agak pricey la. Aku nak yang murah je tapi dimarah manjanya kat aku. Katanya mahal sikit xpe asalkan berkualiti. Bagi aku okla walker ni, kat bawahnya ada non-skid friction strips for child safety. Lagi pulak walk-behind feature, elok sangat untuk baby yang baru belajar berjalan. Certain walker macam circle gitu, tapi walker ni petak. Comel bagi aku.




Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Wednesday, September 4, 2013

Kemain lama Buffered Earning RHB melekat..

Salam dan hai.
Naik hairan aku kemain lama be RHB melekat kat akaun Nuffnang. Selalunya paling lama pun sebulan, pastu jadi credited. Be ni dah hampir 4bulan, amount xdala meriah mana. Tak caya ko tengok amount be lain kan ciput2 je. Amount be rhb tu je meriah dari yang lain, padan la hampir 4bulan kot bertapa dalam akaun Nuff aku.




Ok, kita tengok berapa lama be ni nak duk dalam akaun Nuff aku. Tak sabar nak cashout sebenarnya. Maklum 1st time nak cashout, hehe.

posted from Bloggeroid

Hasya Nurzahra almost 8months..

Salam dan hai.
Dah lama benor aku tak update pasal Zara kan. Kejap je dah makin besar anak ibu. Tak puas peluk, cium, gomol lagi..ishh







Kemain suka bila abah letak dalam bakul shopping. Seronok la dia bila aku agah cam nak kejar dia. 24 jam aku hadap Zara, xpernah bosan. Tapi kadang-kadang ada juga aku nak bertukar jadi hulk kalau Zara wat peel sangat. Itu dah kebiasaan la kan, jangan dipukul anak sudahh.


**sebenarnya, aku testing update blog pakai bloggeroid..harap-harap jadi :-)

posted from Bloggeroid

Tuesday, September 3, 2013

Dapur Puan Mila : Kek Pisang Kukus (mudah & simple)


Salam dan Hai.
Pagi tadi buka peti ais, tengok ada 4 ketul pisang montel yang dah lebam, tapi tak buruk.
Ermm sayang pula kat pisang ni, terdetik kat hati aku.
Pisang tu Zara punya act, beli last week segar bugar lagi. Jumaat, kami laki bini balik kampung, lupa nak bawak balik. Balik rumah tengok pisang dah bertukar rupa.
Dan pagi tadi lecek la pisang tu, cadangnya nak buat cekodok pisang je. Tapi macam jemu dah asyik cekodok je. Zass terus terdetik nak wat kek pisang.
Godek bahan cukup ke idak.
Bahan lain semua ada, cuma telur ada 2biji je (resepi asal nak 4biji).
Maka aku try n error jela.
Tak sedap xpe sebab aku je yang makan, suami bolayan sangat kek2 ni.

Resepi daku :

Pisang montel - 4 biji (lecek)
Tepung gandum - 2 cawan
Telur - 2 biji (resepi asal 4 biji)
Serbuk soda bikarbonat - 1 sudu camca teh
Baking powder - 1 sudu camca teh
Gula - 1/2 cawan (resepi asal 3/4 cawan) - korang try rasa manis ke idok time buat adunan tu
Minyak masak - 3/4 cawan
Esen pisang (aku tak letak)


Aku lecek pisang, kemudiaan masukkan gandum, serbuk soda, baking powder. Aku kacau sampai sebati kemudian masukkan telur, gula, minyak masak. Kacau lagi sampai betul sebati.
Kalau nak mudah dan cepat pakai la mixer atau blender. Aku xda mixer dan malas pulak nak on blender tadi. Pagi-pagi kerah tenaga sikit. Dah sebati, jirus dalam loyang dan kukus selama 40-45minit.
Siap!!
1st time aku buat, menjadi!!
Gebu gebass giteww, walaupun tak cukup telur, bahaha


Resepi asal sini

Monday, September 2, 2013

Baru anak sorang, dah haru...


Zara dan makin banyak akal. Dah start nak membuas, lagi-lagi bila dah pandai guling-guling, heret dada (mengensot). Satu rumah nak dijajahnya. Itu belum merangkak, dan berjalan.
Ibu dah badan sekeping, makin tinggal tulang la nanti, lol
Sekarang suami dan pesan awal-awal, rumah mesti sentiasa clean&clear.
Tiada bendasing, sampah sarap atas lantai.
Rumah memang hari-hari aku sapu, penat pun penat la.
 
Last week, Zara tercekik getah, ala getah untuk mngikat tu.
Time tu aku bersiap nak keluar, Zara dah aku siap-siapkan awal then letakkan dia depan ruang nonton tv.
Tetiba dengar zara bunyi tercekik. Arghh dah lain macam ni. Hubby time tu baru lepas mandi. Cepat-cepat aku dan hubby dapatkan Zara.
Hubby tepuk-tepuk belakang dan korek mulut Zara.
Nah tersembul benda warna biru, GETAHH!!
Time tu aku mula la salahkan suami, abang la ni makan itu ini semalam tinggal getah bla..bla..bla..
Suami pulak tak tahu menahu getah tu, pun salahkan aku jugak..bla..bla..bla..
Ok, sekarang tak tahu dari mana getah tu muncul..adess!
Lega, Zara dah xda apa time tu, cuma muntah je sikit.
Haru kami laki bini..

Pengajaran untuk kami laki bini.
 
Sekarang, sebelum letak anak kat bawah, aku akan pastikan tiada bendasing atau benda bahaya disekelilingnya.
Benda bahaya nak jadi kita tak tahu, ye dak?

Dan sekarang, Zara dah pandai wat peel. Tak leh ditinggalkan sorang-sorang, walhal aku ke dapur.
Nak masak lagi la, berperang aku. Kadang naik malas, aku suruh je hubby tapau. 
Lagipun nak makan berdua macam tak berbaloi nak masak sikit-sikit. Dasar malas kennn.
 
Kadang-kadang, aku selalu merungut kat suami. 
Abang, susah la nak buat kerja rumah, masak, bla..bla..bla..kerja pun banyak bertangguh.
Zara takleh nak tinggalkan langsung.
Suami marah kalau aku merungut camtu.
Dia cakap baru anak sorang. bla..bla..bla..
Terus aku insapp dan istifar laju-laju sambil pandang sayu muka anak.
 
Maafkan Ibu nak!!
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers