Tuesday, September 3, 2013

Dapur Puan Mila : Kek Pisang Kukus (mudah & simple)


Salam dan Hai.
Pagi tadi buka peti ais, tengok ada 4 ketul pisang montel yang dah lebam, tapi tak buruk.
Ermm sayang pula kat pisang ni, terdetik kat hati aku.
Pisang tu Zara punya act, beli last week segar bugar lagi. Jumaat, kami laki bini balik kampung, lupa nak bawak balik. Balik rumah tengok pisang dah bertukar rupa.
Dan pagi tadi lecek la pisang tu, cadangnya nak buat cekodok pisang je. Tapi macam jemu dah asyik cekodok je. Zass terus terdetik nak wat kek pisang.
Godek bahan cukup ke idak.
Bahan lain semua ada, cuma telur ada 2biji je (resepi asal nak 4biji).
Maka aku try n error jela.
Tak sedap xpe sebab aku je yang makan, suami bolayan sangat kek2 ni.

Resepi daku :

Pisang montel - 4 biji (lecek)
Tepung gandum - 2 cawan
Telur - 2 biji (resepi asal 4 biji)
Serbuk soda bikarbonat - 1 sudu camca teh
Baking powder - 1 sudu camca teh
Gula - 1/2 cawan (resepi asal 3/4 cawan) - korang try rasa manis ke idok time buat adunan tu
Minyak masak - 3/4 cawan
Esen pisang (aku tak letak)


Aku lecek pisang, kemudiaan masukkan gandum, serbuk soda, baking powder. Aku kacau sampai sebati kemudian masukkan telur, gula, minyak masak. Kacau lagi sampai betul sebati.
Kalau nak mudah dan cepat pakai la mixer atau blender. Aku xda mixer dan malas pulak nak on blender tadi. Pagi-pagi kerah tenaga sikit. Dah sebati, jirus dalam loyang dan kukus selama 40-45minit.
Siap!!
1st time aku buat, menjadi!!
Gebu gebass giteww, walaupun tak cukup telur, bahaha


Resepi asal sini

13 comments:

mOoN said...

uhuk...sedapnyaa...

D Yatie said...

Kek pisang makan panas2 fuhhhh sedap! Dulu ms zmn skol sllu tlg mak wat utk jual. Eheehe..

izfanora said...

pergh.. senang je upanya.. apa2 jenis pisang boleh ke? hahahaha..

~ NANA ~ said...

hantar sini sikit!

Chekgu Azrine said...

suka kek pisang..sedap!!

comell said...

salam...
nk try resepi ni. first tngk banner blog tersenyum...coz kita sama family triple H. kebetulan.

Anonymous said...

ejen pisang? esen pisang ke..huhuhu.. patut mcm pelik baca ejen pisang
btw..thanks 4 the recipe..really helpful.. :)

Nor Baizura said...

Layan request my son mlm2 buat kek pisang kukus..guna resepi sis tq ya..

Nor Baizura said...

Layan request my son mlm2 buat kek pisang kukus..guna resepi sis tq ya..

Nor Baizura said...

Layan request my son mlm2 buat kek pisang kukus..guna resepi sis tq ya..

ila said...

kenapa saya buat..warna dia pucat je..tak warna coklat spt dlm gambar..?

zainah mohamad said...

sedap

Krim Ajaib | Herbal Blend

Jadwal KRL Agustus 2015 said...

sedap kali keliatannya :)