Tuesday, September 24, 2013

Ohh pinggan!

Salam dan hai.
Aku kan baru lagi pindah rumah sekarang, dalam sebulan lebih gitu. Masih baru la kan. Jiran pun baru kenal dua orang, kiri dan kanan rumah, hehe. Sorang tu nama k.ida, sorang lagi aku lupa daa, bahaha. Aku ni xdala mesra alam sangat tapi kalau jiran ada duk luar rumah aku akan tegur. Tak sombong pun aku, tak kemana kalau menyombong diri, ye dak? Tapi suami aku sangat la mesra alam, dia marah kalau aku duk berkurung je dalam rumah. Petang2 suami suruh aku bawak anak jalan-jalan kawasan rumah dan haaa dari situ leh bertegur sapa dengan jiran lain. Giteww. Baik abang, ada betul kata abang tu. Tapi kalau ada sesiapa menyombong dulu dengan laki aku, mampuss laki aku xkan tegur lagi pastu. Yang aku perasan camtula laki aku. Hehe


Dan tiga minggu lepas, aku ada bagi kek pisang pada salah sorang jiran aku ni. Sorang je aku bagi sebab kek tu tak banyak. Tehehe. Hampunn akak yang sorang lagi, len kali aku buat benda lain aku bagi dedua. Adil dan saksama. Aku bagi la kek tu pakai pinggan hadiah makcik suami. Arcopal tuu. Nak bagi dalam bekas macam xpadan dengan bekas, nampak sikit. Maka aku bagi la pakai pinggan tu, time bagi tu aku dan siap pesan kat akak tu pinggan pulangkan kemudian pun xpe kak. Tapi sampai sekarang xdapet kembali pinggan tu, tsk.


Aku bukan apa, risau kot2 pecah ke hape. Dah lah pinggan tu 6set semuanya, sekarang ada 5 je. Kosong 1 kat tempat letak pinggan tu. Hari-hari aku duk pandang situ, sayu je hati, cewahhh. Bila la pinggan tu nak kembali, menyesal pulak kasi pakai pinggan tu, sobs. Dan akak tu tak reti nak pulangkan balik ke?? Aku tak mengharapkan balasan kuih muih, lauk pauk dari dia pun, cuma nak pinggan tu je, huwaaa. Pulang lahh hakak!


Semata-mata nak bagi salam rumah akak tu, dan mintak pinggan tu, segan aihh aku. Bukan dah lama kenal pun. Baru kenal dan tak rapat mana pun. Suami aku lom tahu ketiadaan pinggan tu, kalau dia tahu mesti dimarahnya aku, huuu. Mintak-mintak suami tak baca la entri aku yang ni -_- . Ok, satu je cara camne nak mintak kembali pinggan tu, aku kena bagi/hantar makanan lain dan time tu boleh laa aku buat-buat tanya.."kak, mana pinggan putih yang hari tu ye??"..hope adala lagi pinggan tu.



ohh, kek pisang!


Pasal pinggan pun nak stori kaa? Belog aku, apakedehal! Ok, taaa!

posted from Bloggeroid

6 comments:

erin said...

aaa pi mintak balik..pulangkan kakk..pulangkan!! hahaha

cinta03 said...

hihi.nak mintak balik mmg egan kan..hihihiih

QueeN TerataI said...

hehehe next time kalo nk sedekah ape2 kat jiran2 bglah dlm bekas plastik jernih tu haaa... hehehe

Munnafendy said...

hahaha...mil pun kalo kasi kat org bg dlm bks plastic putih je..beli kt giant :p

Faidza Mokhtar said...

kadang...jiran nie dia nak balas balik pinggan kite tu... tp tak berkesempatan (beranggapan baik)..

moral of the story :

balik kg nanti, spare aka borong bebanyak bekas rm2 yea... takde la sayang sgt kalo bagi kat org..kire sedekahkan pon dakpe..hehe

Chekgu Azrine said...

kalau akk g mntk je..hahaha..
len kali bg dalam bekas plastik je sis..ahaha..