Monday, September 2, 2013

Baru anak sorang, dah haru...


Zara dan makin banyak akal. Dah start nak membuas, lagi-lagi bila dah pandai guling-guling, heret dada (mengensot). Satu rumah nak dijajahnya. Itu belum merangkak, dan berjalan.
Ibu dah badan sekeping, makin tinggal tulang la nanti, lol
Sekarang suami dan pesan awal-awal, rumah mesti sentiasa clean&clear.
Tiada bendasing, sampah sarap atas lantai.
Rumah memang hari-hari aku sapu, penat pun penat la.
 
Last week, Zara tercekik getah, ala getah untuk mngikat tu.
Time tu aku bersiap nak keluar, Zara dah aku siap-siapkan awal then letakkan dia depan ruang nonton tv.
Tetiba dengar zara bunyi tercekik. Arghh dah lain macam ni. Hubby time tu baru lepas mandi. Cepat-cepat aku dan hubby dapatkan Zara.
Hubby tepuk-tepuk belakang dan korek mulut Zara.
Nah tersembul benda warna biru, GETAHH!!
Time tu aku mula la salahkan suami, abang la ni makan itu ini semalam tinggal getah bla..bla..bla..
Suami pulak tak tahu menahu getah tu, pun salahkan aku jugak..bla..bla..bla..
Ok, sekarang tak tahu dari mana getah tu muncul..adess!
Lega, Zara dah xda apa time tu, cuma muntah je sikit.
Haru kami laki bini..

Pengajaran untuk kami laki bini.
 
Sekarang, sebelum letak anak kat bawah, aku akan pastikan tiada bendasing atau benda bahaya disekelilingnya.
Benda bahaya nak jadi kita tak tahu, ye dak?

Dan sekarang, Zara dah pandai wat peel. Tak leh ditinggalkan sorang-sorang, walhal aku ke dapur.
Nak masak lagi la, berperang aku. Kadang naik malas, aku suruh je hubby tapau. 
Lagipun nak makan berdua macam tak berbaloi nak masak sikit-sikit. Dasar malas kennn.
 
Kadang-kadang, aku selalu merungut kat suami. 
Abang, susah la nak buat kerja rumah, masak, bla..bla..bla..kerja pun banyak bertangguh.
Zara takleh nak tinggalkan langsung.
Suami marah kalau aku merungut camtu.
Dia cakap baru anak sorang. bla..bla..bla..
Terus aku insapp dan istifar laju-laju sambil pandang sayu muka anak.
 
Maafkan Ibu nak!!

5 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

hehee.. baru anak sorang ayat tu selalu saya cakap kat kakak ipar yang asyik mengadu tu mengadu ni. tak lama lagi dia cakap kat saya balik kot

mOoN said...

sama lah sis...kadang tak larat nak masak...huhuhu...

Aeen said...

anak tgh melasak kan...adoii...ain ni pun anak tgh melasak...x larat...dengan membuyung lg...adoyaiii..

Siti Nursyamimi said...

sama peel je anak kita..kene ada kesabaran n keimanan yg tebal ni klu ada anak.. hehe..

Aisy Nasiha said...

Mana gamba zara membuas? Haha... Pengalaman berharga ni mila.. Kena lebih alert dan lebih pantau... Seronok main dengan anak di usia macam ni..