Tuesday, July 30, 2013

Mee lidi kuah putih + Ketupat sotong


Dua hari lepas balik kampung, rumah parents aku kat KT.
Heaven oii dapat balik berpuasa dan berbuka dengan family sendiri walaupun hanya dua tiga hari.
Masa yang ada dimanfaatkan sebaik2nya. Mintak mak masak yang kaw2.
Puas hati dapat makan masakan mak even lauk nya simple. Ye idok?
Sempatla berbuka dua kali kat rumah parents. Takpe weekend ni balik lagi, hubs anto balik awal ke kampung. oyeahh!

Sepanjang 2kali berbuka kat rumah mak, hari 1st aku mintak mak masak mee lidi kuah putih, 2nd day ketupat sotong.  blurghh puas hati dapat makan. 
Takler mengigau nak makan kat sini. Ikutkan boleh je masak sendiri tapi nak juga mak yang buatkan, ngadakan?

mee lidi kuah putih

 Sedap oii mee lidi kuah putih ni. Biasa orang pakai laksa putih tu, tapi family aku kalau buat laksa kuah putih ni mesti pakai mee lidi. Memang betul-betul sedap! Arghh kecur liur pulak, nak buat lagi laa.


ketupat sotong
  See, makanan yang aku mintak kat mak semua yang bersantan. Faveret ni, tak kisah bukan selalu pun makan kann.
 Senang sangat nak wat tupat sotong ni. (gaya orang terengganu bercakap)
Tanak pulut, pastu sumbat dalam sotong mentah. Depend la, ada yang letak pulut mentah dulu dalam sotong then baru masak sampai masak. Aku tak suka gitu sebab risau pulut tak masak elok.
Letak santan, bawang merah, halia, halba dan perasakan. Kacau2 bagi mengelegak then siap.
Mudah sangat!

Tetiba cerita pasal menu, ampunn.
Kot2 la korang rasa nak masak benda ni wat berbuka karang, tehehe
Hepi fasting!!


*notaaku : gambar menu tu ihsan google je, aku takde snap pic time nak berbuka ritu, tehehe

5 comments:

MimahAjil said...

1st time akak dengar boleh pakai mi lidi makan laksa lemak ni...huhu.mak akak kadang2 pakai spegeti.fuyoooh....ketupat sotong tu yg wat terliur sgt2...adoyai ketupat sotong.bakpe mung sedak ngat??

Mila Ahmad said...

Ketupat sotong ? menarik tu.

IbuNoey said...

memang kalau makan di rumah parents,nikmatnya tak terkata...kena lagi kalau mak yang masak..

azizah :) said...

kalau mak yg masak mmg sedap2..

ketupat sotong n mee lidi tu xpernah tengok n makan..hee

Hana Soffelia said...

betul mila, masakan mak terbaik. walaupun mak kasi resepi sama tp rasa tetap lain tau. ish, iolls tak makan sangat ketupat sotong. makan laksa je.