Friday, December 28, 2012

Jumaat terakhir 2012




Salam jumaat.

Lagi bersiaran dari kampung. Macam biasa belum terberanak lagi. Tanda-tanda pun belum ada. Minta dipermudahkanNya. Aamiin.

Jumaat terakhir untuk 2012. Sedih.
Kejap je masa berlalu. Terasa baru je naik pelamin awal tahun ritu tup2 dah akhir tahun dengan perut yang memboyot. Eh, betul ke aku dah nak jadi ibu? hehe

Sebenarnya aku dah blur nak buat entri apa.
Dalam kepala macam banyak benda nak share tapi entoh ler benda tu macam dah kelaut.huk
Mungkin lemau sebab musim banjir kot. Eh, xda kaitan pun.

Rutin harian aku kat kampung, hari-hari duk berjalan dalam rumah, haha.
Nak berjalan atau ronda2 kat luar suami tak kasi aku drive. Kat umah parents, aku dan ayah je tahu bawak kereta, manual pulak tu.  Nak heret ayah g ronda2 tak sampai hati, kesian.

Kalau berjalan pulak lagak seperti orang tak mengandung. Serius walaupun sarat dah sampai masa. Sampaikan mak aku cakap berjalan macam orang tak bawak perut.
Perut aku kecik wess. Last checkup ritu berat baby dah 2.5kg++. Ok la kan, padan la dengan aku yang kecik cenonet ni. hihi
Berat badan tak banyak naik pun sepanjang preggy. Nak merasa berat cecah 60kg tapi tak kesampaian. Yang dapat pun 50kg++ je. 

Haila, makan dah banyak tapi berat tetap takmo naik banyak. Ramai yang tanya apa tips aku badan maintain kurus walaupun preggy? takda tips pun. badan aku memang jenis camni. tapi xpe aku dan baby alhamdulillah sihat walafiat :)

Eh, tatau nak wat entri apa sebenarnya sebab tu merapu meraban camni.
Tapi nak share 1 bad news. Rumah abang aku kat Kemaman, Terengganu teruk kena banjir, dah 3hari banjir, air beransur surut tapi surutnya pelan-pelan.
Mostly semua benda tak sempat nak diselamatkan.
1st time bencana besar camni berlaku kat dalam family aku. Ujian dari Allah.
Tak jangka pun banjir area situ jadi sebesar tu.Abang aku panik so tak sempat nak selamatkan apa-apa. 

Kereta dia separuh tenggelam sempat ditunda lari, kalau tak tatau laa.
Last2 abang aku bawak anak bini dia balik umah parents aku.
Tak sanggup nak bersesak dengan 3000 org di pusat pemindahan.




Gambar yang dipost kat fb aku. Area kawasan rumah abang aku.
so sadd..ada hikmah disebalik ujian ni.

7 comments:

BERT said...

awal tahun kawen.. dah nak deliver dah ye.. smoga selamat smuanya..

teruknya banjir kan.. betul ada hikmahnya nanti tu..

Kerry Mirza said...

ya-Allah teruknyee.semoga family abg awk tabah menghadapi ujian ni..

Munnafendy said...

alahai...syg nya kereta tu..belum lg brg2 letrik dlm rumah...aduss...tp xpelah yg pnting abg n family semua ok n selamat

4feet8 said...

dia nak jadi baby new year tu.. hehe

Hana Soffelia said...

Masih teringat saat menanti kelahiran kat kg. Jenuh tunggu tanda2 nk bersalin. last2 overdue. hehe semoga selamat ye semuanya.

Zurae said...

zura pun belum ada tanda2 nak bersalin...
nak tunggu tahun 2013 jugak kot hihi..

Betol la Mila, kat kemaman banjir teruk... 3 ari lepas balik lalu ikut sana, risau redah banjir... takut kereta hanyut sekali.... huhu

Mrs Lurve said...

itu baru kete, mcm mana pulak dgn brg2 dlm umah...