Tuesday, November 29, 2011

Paper Flower Tutorial

Assalamualaikum&Hai peeps!


nak sharing something..tengok tajuk en3 mesti udah tau bukan..

mau citer pasal paper flower..


cantik x?


meh tengok simple tutorial:


1st draw lingkaran pada kertas ala2 ubat nyamuk fumakila :P



kemudian gunting ikut lingkaran itu (macam kat bawah)



dan start gulung kertas tu dari awal lingkaran..faham bukan?



gulung...dan gulung lagik biar menjadi seciput seperti di bawah.



then..tadaa! done!



deco la ikut citarasa korang!








simple bukan??


sumber dozidesign

DIY bunga tisu

Assalamualaikum&Hai peeps!

tajuk entri cam menarik je kan..hehe
eh2! ni bukan tutorial pasal bunga tisu..just nak citer minat saya pada bunga tisu..hehe
ramai b2b suda tahu bukan?
bunga tuh cam simple jek nak buat, tapi saya tak pernah try buat pun lagik..betol ke simple dhira? hehe..dhira penah DIY bunga tisu ini untuk E-Day dia..

seriously saya suka tengok orang2 yang DIY bunga tisu
cantik!
superb!
semua ada..
simple but nice!

berangan sangat2 nak DIY bunga tisu itu..
tapi masa seperti tak mengizinkan.. two and half month to go my wedding..sempat ke?
lama tak buat benda alah tu? huhu
nak buat n deco juz untuk doorgift kawan2 n tetamu tertentu..
insyaAllah akan diusahakan :)


cantik kan bunga tisu telur nih..

seyes cantik! mau2!!






amek masa tak buat benda alah nih? ^_^

Monday, November 28, 2011

Perasaan Kuciwa + Gumbira...!

Assalamualaikum&Hai peeps!


Lama blog tak berupdate..ala 4hari je pun..hehe

Alhamdulillah selamat sampai kat umah sewa setelah menempuh perjalanan jauh dari Terengganu ke Batu Pahat..Jauh ke? Fuhh penat la jugak drive kereta..sakit pinggang nih..sape leh tolong urutkan? huk..


Saya balik kampung of cos nak settle sal nikah kawen..aduh selagi xselesai macam2 kena pikir.

balik kampung nak buat ujian saringan HIV tapi aleh2 tak dapat buat.. semalam of cos la tutup sebab cuti umum..pergi pagi tadi tapi tak dapat buat..ujian tu hanya boleh buat pada waktu petang setiap hari..

nak tunggu petang tak sempat sebab kul 10pagi dah nak gerak balik Batu Pahat..

aduh..kuciwa sangat2!!

Buat kat BP la jawab nye..sob2..


tapi sedikit kelegaan sebab borang nikah dah siap isi, tunggu masa nak submit kat tok kadi jek..

hooray! Dapat Kawen!! hehe gatal




Ya Allah, permudahkan lah segala urusan hamba Mu ini.

Kuatkan lah aku untuk menempuh segala dugaan yg mendatang.

Amin..

Friday, November 25, 2011

Tolong vote..please :)

Assalamualaikum&Hai peeps!
Selamat Petang!

mintak tolong silent readers boley?
if tak keberatan la..tiada paksaan & keikhlasan diutamakan :)

nak suruh korang2 vote my contest pic
this pic..



how to vote?

1- 'like' page AMOI Studio | Photo Video Design n Printing (klik sini)


2- 'like' pic (klik sini)


3- Done!



Kerjasama & keikhlasan kalian saya ucapkan Terima Kasih (wahh begitu skema ayat) haha


Thanks guys!





p/s: contest menarik by Amira Studio

Thursday, November 24, 2011

Persiapan kawen : Theme wedding

Assalamualaikum&Hai peeps!

bercakap bercerita tentang theme wedding



untuk nikah saya akan menggunakan white theme
tak kan ada mini pelamin bagai sebab nya nikah mungkin bertempat di masjid
mudahan2 berjalan seperti yang dirancang :)

for bride theme I choose
pink+purple
biarpun dah ramai bride choose this theme, saya tak kisah
janji berkenan di hati..ye dak?

for groom theme

white+grey

tema ni dipilih oleh family my fiance..agak2 cun x?

majlis bertandang saya akan pakai songket
agak2 cun tak saya pakai songket? ceh perasan..haha



will be continue~

Wednesday, November 23, 2011

Persediaan kawen : Design Rubber Stamp

Assalamualaikum&hai peeps!

malam ni update lagi..
mahu citer pasal cop mohor or rubber stamp
tau enggak? ala mesti semua dah tahu kan.
lagi2 dah ramai b2b dan ex-b2b yang buat benda alah ni.
saya pun salah sorang b2b yang berkenan benda alah nih.
sebab nya malas nak print out or tempah tag terima kasih so saya decide buat benda alah ni jek
senang cop kat doorgift dan mana2 tempat yang suka..sampul kad kawen pun boley..suke2!! gedik!

saya ada buat 3 design rubber stamp tuh.
jom nengok!

1st

2nd


3rd


eh2 art kat tepi saya tak design sendiri tau tapi got from The Free SVG Blog
pastu saya godek2 guna adobe photoshop
godek2 hasilnya jadi la camtuh..hehe






korang agak2 ok tak?



Contest My Top Referral by Amira Studio

Assalamualaikum&Hai peeps!


hari ni join contest lagik..sebelom nih tak penah luck pun..sobb2~~

tapi tak salah mencuba lagi..ye dok?


contest cukup simple dah mudah


Cara nak join:

1- Follow blog ini (picit)

2- Like fan page Amira Studio

3- Copy and paste banner dibawah pada sidebar atau entry post korang, linkkan banner di bawah dengan link contest ini. (Penting untuk buat!)


picit banner


4- Kalau nak buat entry pon boleh, tak buat pun boleh.


5- Klik Button Share


6- Done!


Tarikh Tutup:
31 Disember 2011


Hadiah Utama:
-RM100 Cash
-FootDetox(RM20 Each)


mudah kan? -_-


Wordless Wednesday #3 : B2B!

Assalamualaikum&happy wednesday peeps!








Thanks wanie :)

Tuesday, November 22, 2011

Persiapan Kawen: Baju nikah.

Assalamualaikum&Hai peeps!

lagi 74hari..tak lama tuh.
baju nikah dah tempah, anto kat mak sedara fiance.
tak dak hantar kat butik juz low preparation..
mahu jimat sejimatnye..heheh

saya tak guna kain lace..kenapa??
tak lawa la kan baju nikah xdak kain lace..
sebabnya saya nak baju tu boleh diguna pakai after nikah.
pergi kenduri ka, majlis ka dan bagai...

saya juz guna kain opel untuk baju dan kain satin tuk kain
uolls agak2 cantik tak ye?

design baju juz kurung moden+crumble style (manik2 lebat kat leher dan lengan)
kain pulak samaada kain duyung atau kain ropol2

kain duyong lebih kurang camni..



kain ropol2..eh betol ke ropol2..hentam ajek :P

yang mana sesuai?
saya tak suka baju nikah yang terlalu over dan bling2..
saya mahu 'simple but nice'

korang pikir cantik tak baju nikah saya..ermm -_-

Doa Pengantin..

Assalamualaikum&Hai peeps!

malam nih saya nak share something iaitu doa pengantin
mungkin berguna untuk bakal2 pengantin especially nak letak pada kad kawen

moh tengok!

Doa 1

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Doa 2

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.

Doa 3

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “

Doa 4


“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinyaFatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

Doa 5

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan
rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat katan ini.

Doa 6

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

Doa 7

" Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

Doa 8

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua

keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan
dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya
pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik
dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Doa 9

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri
Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat
Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat
Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa 10

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji
menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara
kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau
tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan
tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~





Okeh, moga berguna untuk bakal2 pengantin -_-
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers