Tuesday, November 22, 2011

Doa Pengantin..

Assalamualaikum&Hai peeps!

malam nih saya nak share something iaitu doa pengantin
mungkin berguna untuk bakal2 pengantin especially nak letak pada kad kawen

moh tengok!

Doa 1

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya,
bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya
dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan
belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21


Doa 2

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
" Datanglah menunaikan jemputan apabila kamu dijemput kepadanya "
- Daripada Abdullah Ibni Umar r.a.

Doa 3

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :

" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai “

Doa 4


“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinyaFatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

Doa 5

Ya Allah, berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan
rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin).
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat katan ini.

Doa 6

"Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku, satukan hatinya dengan hatiku, titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi. Dan Tuhanku Yang Maha Pengasih, seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki."
~ Amin Ya Rabbal 'Alamin ~

Doa 7

" Ya Allah, Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu berdua kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat “

Doa 8

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua

keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan
dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya
pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik
dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -

Doa 9

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada (pengantin) Suami Isteri
Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat
Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Dengan Mendapat Zuriat
Yang Soleh Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW.
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~

Doa 10

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu dengan kasih sayangMu,
bertemu di atas ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan dakwahMu dan berjanji
menegakkan AgamaMu... Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara
kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau
tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan
tempat kami memohon pertolongan “
~ Amin Ya Rabbal Alamin ~





Okeh, moga berguna untuk bakal2 pengantin -_-

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers