Thursday, February 27, 2014

Baby Bullet vs Magic Bullet

Salam dan hai.



Dulu masa Zara start solid food, berangan nak Baby Bullet. Comel kang, mahu mak2 ibu2 tak tergoda. Mintak juga hubby belikan, tapi dia tak melayan. Buat donno je. Kesian kat ibu zara kan? Suami cakap, fikir itu kehendak atau keperluan? Iyer banyak pada kehendak, napsu semata, hoho. Tengok orang beli itu ini, kita pun macam nak jugak, normal kan??


Boleh je takda Baby Bullet pun, pakai blend biasa pun bolehh. Sebab harga baby bullet mahal la jugak bagi aku. At last suami belikan Magic Bullet je. Sebagai ganti Baby Bullet. Boleh la dari tak dapat langsung.




Tu diaa..murah pun murah. Below rm100 je. Rm90 atau rm99 tak silap aku. Beli kat Cowboy, Kuantan. Suka sebab banyak bekas, boleh asingkan bekas untuk blend bawang, makanan Zara dll. Magic Bullet ni jugak aku pakai buat kek. Kekeke.


Review tentang penggunaan :
- mudah nak handle
- mudah nak guna pakai sebab bekas banyak
- mudah nak basuh
- bunyi? macam blender lain jugak
- jimat ruang


Eh tu je kot :p. Ok, tata!



Ok, tata!

posted from Bloggeroid

5 comments:

- AZIE - said...

azie dulu pakai hand blender ja..sng nak travel hehehe

nurul husna said...

husna pakai mini blender philips...ada 2 dry blender dlm tu...ringan n murah...below 100

Hana Soffelia said...

Siyes magic bullet tu under rm100? kat cowboy? nak pi carilah blender mcm tu. hana guna blender panasonic seketul tu je. haha

Cik Puan Tqah said...

same..tqah punye trio.. redeem point company..so free... mmg best..bleh wat smoothie lagi.. hehehe

Kenari Putih said...

Baby bullet best. Tapi lps sy guna 5 bulan blade dia patah. Geram.