Saturday, February 1, 2014

Terapi diri dengan memasak..

Salam dan hai.

Aku kalau serabut kepala, serabut perut mesti akan masak. Ehh stress la maknanya, kekeke. Bila dah siap masak, mesti rasa arghh puas!! Tapi habit terbaru aku, kalau terasa nak makan satu benda aku akan cuba buat. Itu kalau cukup bahan-bahan la. Kalau takde bahan terbantut jugak hasrat tu.


Macam last week. Eh cerita last week tau. Kemain lama peram kan, kah3. Dang2 hari tu jugak terasa nak makan marble kek. Esoknya choc moist cake. Asal cukup bahan terus jadi. Hehe. Seb baik metabolisme aku tinggi so makan ler apa pun badan tang tu jugak. Tak naik sangat. Eh memang tak naik kot since after bersalin ni. Menurun dari mak aku. Untung badan. Berat 45kg. Abang aku panggil dah tahap keding. Di tanya, laki mu tak bagi makan kah? Lol. Laki ku sama kecik kot. Padan laa, kekeke.



Rabu last week punya marble kek. Buruk rupa sebab xda warna. Aku bedal buat sebab terasa nak makan sangat. Sedap la tekak aku telan.



Sehari lepas tu buat choc moist cake pulak. Yang ni cukup bahan. Sampai dah banjirr sangat coklat.


Semua ni aku kukus je. No baking. Xda oven. Oven dah masuk wishlist tahun ni. Tetiba minat nak baking. Lepas ni xpayah nak beli kek kat kedai dah. Buat dan baking sendiri lebih puas makannya.


Alamak, tetiba tekak rasa nak makan kek lagi. Haishh

Ok, tata!

posted from Bloggeroid

6 comments:

Aisy Nasiha said...

Bagus juga ubati stress dgn memasak ni.. puas hati lepas dapat hasil yg baik...

NoraKerel Aira said...

beshnya,,,, suka memasak perut kenyang..hati pun senang bila dh kenyang kan..

Didie Kamila said...

Bestnyer bila mkn byk mana pun tak naik..ni dah la suka mkn..lepas tu bdn bgai di pam pam..oh tidak..huhuhu..

Nurul Izayani said...

RAJINNYA MILA..

ieza ashaari said...

Meleleh air liur oiiiii..

Rizziela said...

rajinnyer buat kek..sya asyik nak buat tapi x buat2 sampai sekarang ni