Sunday, March 31, 2013

Jadual cucuk untuk anak lepas lahir..




Salam pembuka bicara,




Since dah ada anak, banyak duk mengoogle bacaan pasal baby je. Then tetiba jumpa jadual ni. Serius wess, aku xtahu. Sebelum ni mind set aku cucuk anak lepas lahir sebulan 1 kali (mean tiap2 bulan) sampai umur anak tu setahun. Kelakar ok! haha
Mahu lunyai peha gebu anak aku kalau tetiap bulan.
Nampak sangat x ambil port di situ.

Ok sekarang dah tahu, so mudah la nak plan g jenjalan ke hape.
Yang pasti awal bulan 5 ada vacation bersama suami. Of cos Zara akan ikut sama.
Time tu Zara dah 4 bulan, so xda injection untuk dia, yeahh!
Nervous! 1st time nak g travel jauh membawa Zara.
Hope dipermudahkan nanti..aaminn!

Wednesday, March 27, 2013

WW #16 : Katil baru!





Hampir sebulan duk rumah sewa baru dan kelengkapan rumah dah hampir complete, Alhamdulillah.
Dan hari ni katil baru dah sampai, last year order. yeahh malam ni dah boleh start tido berkatil. Takda dah tido bawah.
Feeling 1st nite giteww..boleh? haha..zara nak letak mana?




Tadi dah masukkan sarung tilam, tetiba sarung xmuat, lol.
Baru perasan tilam ni sedikit tinggi dari tilam biasa, haish kena beli set comforter baru la gamaknya. 
Aduhh duit lagi, tapi xpe duit suami, hehe

Tuesday, March 26, 2013

Mood ber'photobook'




Mood up entri dah suam-suam kuku. Blank nak up entri apa. Selalu je camtu, tak suka!
Tapi sekarang tengah rajin buat photobook untuk Zara.
Terjebak dengan mommies blogger yang duk war2 photobook ni.
Dah berhari-hari duk buat tak siap-siap.




Semangat berkobar nak siapkan cepat. Malas nak tangguh2. Nak submit and order cepat2.

Kenapa tetiba rajin buat photobook ni?
Sebab ada photobook promo only rm10&15..murah sungguh!

Promo ni until end of April 2013.
Sempat lagi kalau uolls nak buat.
Next entri laa aku stori promo ni  kat mana. Zara dah nangis mau tidur.

Atau ada yang dah tahu??
Selamat akuu..hehe


Friday, March 22, 2013

Para Ibu, jangan malas susukan anak..




Salam Jumaat.
 
 
Wahai para ibu..janganlah engkau enggan menyusukan anak semata-mata ingin pasang badan atau malas...susu ibu itu adalah hak anak-anak kita..

 


 
 WANITA YANG ENGGAN MENYUSUKAN ANAK-ANAKNYA TANPA UZUR


 Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ إِذْ أَتَانِي رَجُلَانِ، فَأَخَذَا بِضَبْعَيَّ، فَأَتَيَا بِي جَبَلًا وَعْرًا... ثُمَّ انْطَلَقَ بِي، فَإِذَا أَنَا بِنِسَاءٍ تَنْهَشُ ثُدِيَّهُنَّ الْحَيَّاتُ، قُلْتُ: مَا بَالُ هَؤُلَاءِ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ يَمْنَعْنَ أَوْلَادَهُنَّ أَلْبَانَهُنَّ

“Ketika aku sedang tidur, dua orang lelaki mendatangiku dan memegang kedua lenganku, lalu keduanya membawa aku ke gunung yang keras lagi kasar… kemudian aku diperjalankan, tiba-tiba aku di hadapkan kepada para wanita yang payudara mereka di patuk oleh ular-ular. Aku bertanya, “Kenapa dengan mereka itu?” Dia menjawab, ‘Mereka adalah para wanita yang menahan susu-susu mereka terhadap anak-anaknya.”

(Shahih Ibnu Khuzaimah, no. 1986. Shahih Ibnu Hibban, no. 7491)


  



Credit : Mommiesmate

Thursday, March 21, 2013

Sudah 2m++ menjadi Ibu..




Salam pembuka bicara.

Since dah jadi ibu terasa diri sangat-sangat matang, cewaahh
Iye automatically perasaan tu akan datang sendiri. Seronok!
Kalau sebelum ni, kerja rumah ikut suka hati nak buat time bila, tapi sekarang sejak ada komitmen dengan anak fuhh sangat mencabar okeh!. Kerja rumah, masak dan bagai boleh di buat apabila anak duk tidur je.
Mesti pandai bahagi masa!
Lain anak lain peel.
Macam anak aku, dia takleh di tinggalkan sorang-sorang dan xsuka duk kat bawah lelama.
Kalau aku duk dapur, Zara duk kat ruang tamu then selang beberapa second mula la bunyi signal dia.
Kalau duk dalam rocker pun camtu, xleh duk lelama.
Tapi bila aku ambik dan kendong tahu diam pulak. Alahai anak..
Lagi-lagi Zara sukar tidur siang. Dah bagi buai pun tidur nya  beberapa minit kemudian berjaga.
Dah banyak kali aku terpaksa stop solat kerana Zara melalak. huhu
Kalau setakat menangis sikit aku teruskan je solat tapi kalau dah tahap melalak haishh bahaya. Boleh haru biru anak. Sekarang dah jadi kebiasaan dengan perkara camtu, hehe
Tapi Alhamdulillah, Zara sangat mudah untuk tidur malam.
So far so good!

Semua kerja rumah aku buat seperti lipas kudung. Adoi penat sungguh ibu.
Kalau peel Zara elok, aku angkut rockernya sekali kat dapur.
Time dia xbuat perangai boleh la buat kerja dengan aman.

Bab masak aku akan masak malam je. Tunggu asben balik tengokkan Zara so baru lah boleh masak dengan tenang.
Aku xleh masak cepat2 nanti masakan ada je yang xkena, huhu
Nak masak mesti ada feel. ye dak??

Itu kalau bab kat rumah.
Kalau bab outing lagi la mencabar. Haish macam gerun je dengar, haha
Dah ada anak kecil ni, muntah susu (jeluak) anak memang xdapat dipisahkan.
Kau melaram cantik camne pun kalau dah nak kena  kat baju/kain nasib badan laa.
Dah anak kau sendiri kang. Xkan nak buat erkkk?
Aku sendiri dah banyak kali kena kot. Bau masam tu dah biasa.
Kalau nak pilih baju pun mesti pikir untuk mudah direct feed (df) Zara.
Mostly kalau outing aku banyak pakai kemeja, senang nak bukak.

Nursing in public (NIP) pun dah acap kali. Suami aku yang banyak tolong dan cover time nak df.
Support dari suami penting kalau nak fully bf.
Sangat mencabar!
Pernah aku NIP dalam hypermarket, sampai terpaksa duduk atas lantai, dah xda bangku, kesian kan?
Dah anak melalak, tak haru kau? Xkan nak berlari pergi kat parking nun jauh, haish
At last ada sorang akak SA bagi bangku macam kotak gitu untuk aku duduk, kesian tengok aku kot.
Mujur ada asben yang cover.

Kes terbaru berlaku kat Giant, Kuantan.
Aku dan mil pergi borong barang dapur, Zara aku biarkan dalam stroller bersama suami.
Kami beriringan tak jauh. Kalau Zara duk merengek semacam jek aku dah tahu itu signal nak susu.
Tapi suami time tu duk  gayut fon, Zara merengek dia xcakap kat aku. Aku pula duk syok ambil barang dapur. Tetiba dengar budak melalak. Rupanya anak aku, bengang kat suami tahap maximun dah.
Terkocoh-kocoh aku berlari pergi surau nak bagi susu. Nak bagi direct kat situ memang xla sebab crowded sangat dengan orang. Mata yang duk pandang aku memang ramai, haish malu-malu.
Ngeri bila diingat. Lepas ni nak outing memang kena plan dan pilih tempat yang betul2 strategik.

Itu la serba sedikit pengalaman aku menjadi ibu selama 2bulan ++. Baru 2bulan lebih okeh dah terasa mencabar. Hopefully Allah permudahkan aku dan suami untuk menjaga Zara dan bakal adik-adik Zara kelak. Eh??
Masih jauh dan panjang perjalanan anak ku. Moga Hasya Nurzahra menjadi anak yang solehah.

Dan juga Tuhan permudahkan niat aku untuk fully BF kan Zara. Aaminn..

Wednesday, March 20, 2013

WW #15 : Para Isteri jangan tau masak je!




Salam pembuka bicara.

Tajuk kasi gempak jek, hehe


Haa para isteri jangan tau masak je, sambil masak tu periksa tong gas rumah korang.
Untuk keselamatan bersama.
Ayuh!!

Tuesday, March 19, 2013

Murah rezeki Zara..




Salam pembuka bicara.

Tangan kiri kendong directfeed kan Zara, tangan kanan duk typing. Wahh hebat ibu zaman kini.
Housewife kalau tak bersosial di laman sesawang hidup memang bosan, haha, ye dak?
Melainkan seseorang tu buta IT, hehe
 Eh melalut pula.

Nak cerita rezeki Zara. Ibu jeles sungguh.
Dah sepakat dengan asben nak carikan baby carrier untuk Zara. Last2 kawan asben dah hadiahkan.
Macam tahu je I need it!!
Last time dah dapat stroller. Stroller mahal pulak tu.
Alhamdulillah. Selamat duit abah,hehe

Tapi melepas impian ibu yang nak request SNUGGbaby dari abah, haish




Zara dapat baby carrier brand SweetCherry.. Xpe asalkan ada.
Boleh kendong Zara time bercuti nanti. Eh tak sabar!! I need vacation!!
Bulan 5 insyaAllah and for 1st time nak bawa Zara jalan jauh. Eh dalam Malaysia je, lol

Friday, March 15, 2013

Air masak untuk baby..




Salam readers.




No..No..No.. jangan sesekali bagi untuk anak kecil anda.
Air masak tak berfungsi apa-apa untuk bayi kecil.


*Tapi mak aku cakap, dolu-dolu time aku baby mak aku kasi jek then sihat molek je aku. No komen.
Wallahualam..

Thursday, March 14, 2013

Zara dan Stroller




Salam.

Mood up entri dah datang. Update lelaju sementara anak duk tidur.
Zara dah ada stroller, tapi yang tak best hanya stroller pinjam, hehe
Brand Combi, dan tak sure pulak Combi apa.
Aku taram je pakai dah orang nak kasi pinjam.
Merasa jugak pakai stoller mahal. haha
Yang bestnya stroller ni ringan je time duk angkut. Around 5kg kot.

Tuan stroller beli 5tahun lepas rege hampir 2k.
Sekarang entoh lerr rege berapa, xsurvey lak aku.
Tuan stroller tu kawan baik mil aku, baik bebenor.
Untung Zara..ibu dulu tak merasa nak duk dalam stroller, hehe

Abah Zara nak beli jugak stroller untuk Zara dan adik2nya nanti, adik2?? 
tapi tunggu bonus katanya, wait n see laa apa brand yang abahnya nak beli, hehe

Nah tepek gambar ibu dan Zara ^_^




Wednesday, March 13, 2013

Review : Breastpump manual Unimom Mezzo




Salam readers.

Dah beberapa kali aku guna pump ni, so far sangat best!
Aku fully housewife, time Zara nak susu aku direct feed je. Lagipun Zara refuse puting botol. Dah cuba train Zara ttp xmo..aiyokk!
Beli pump ni in case kalau emergency je. Kot2 la tetiba aku dapat kerja. heh.
Pulak tu pump ni sangat la murah, berbaloi dengan harga.
Beli online, rm100 include postage. murah la kan..



Aku pilih bp ni after dah survey dari a few rakan blogger.
Mostly cakap best!
After aku guna pun mmg best..


-Suction tak sakit, mimik macam baby
-Bunyi tak bising,memang xkan ganggu baby n laki uolls yg duk tidur
-Part mudah dibuka dan pasang

okeh, tu jela aku nak review, hehe
Mommies yang save buget boleh laa try bp ni, berbaloi sangat!!

Monday, March 4, 2013

Pertama kali tinggal berdua dengan Zara..




Salam readers.

Sekarang hidup dah back to asal. Dah kembali ke Kuantan. Dan bermula hari ni dah mula tinggal berdua with Zara. Meaning waktu siang jela malam asben aku ada. Sebelum ni dalam pantang tinggal bersama tok, toki, wan dan aki Zara. So kalau aku nak makan, mandi, atau buat kerja lain ada yang boleh bantu jaga kan Zara untuk sekejap.

Tapi hari ni aku dah mula jaga sorang-sorang. Kelam kabut aku, haha
Tadi pagi aku mandi angkut sekali Zara then letak depan bilik air sambil pintu terbuka.
Zara xleh duk sorang-sorang, nanti merengek la dia. Zara nak selalu berteman tak kira sesiapa. Alahai anak..

Nak jemur baju kat luar pun aku angkut sekali 'fisher rocker' letak depan pintu rumah. Itu pun dia merengek jugak minta diangkat, xsuka duk lelama dalam tu. Tidur siang Zara kejap-kejap je. Zara akan tido siang lama kalau berbantal kan lengan aku. Naik kebas tangan aku. Demi anak ku tahan jua, haha


Sekarang xsempat nak masak lauk lagi, tadi sempat masak nasi je tetiba Zara dah bangun.
Tidurnya beberapa minit je. Alahai Zara..
Kesian kat abah nanti dapat makan nasi kosong je, hehe
Haish xsampai hati nak bagi makan camtu kat laki.. ^_^

Okeh, nak join Zara tido, hehe
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers