Thursday, March 21, 2013

Sudah 2m++ menjadi Ibu..




Salam pembuka bicara.

Since dah jadi ibu terasa diri sangat-sangat matang, cewaahh
Iye automatically perasaan tu akan datang sendiri. Seronok!
Kalau sebelum ni, kerja rumah ikut suka hati nak buat time bila, tapi sekarang sejak ada komitmen dengan anak fuhh sangat mencabar okeh!. Kerja rumah, masak dan bagai boleh di buat apabila anak duk tidur je.
Mesti pandai bahagi masa!
Lain anak lain peel.
Macam anak aku, dia takleh di tinggalkan sorang-sorang dan xsuka duk kat bawah lelama.
Kalau aku duk dapur, Zara duk kat ruang tamu then selang beberapa second mula la bunyi signal dia.
Kalau duk dalam rocker pun camtu, xleh duk lelama.
Tapi bila aku ambik dan kendong tahu diam pulak. Alahai anak..
Lagi-lagi Zara sukar tidur siang. Dah bagi buai pun tidur nya  beberapa minit kemudian berjaga.
Dah banyak kali aku terpaksa stop solat kerana Zara melalak. huhu
Kalau setakat menangis sikit aku teruskan je solat tapi kalau dah tahap melalak haishh bahaya. Boleh haru biru anak. Sekarang dah jadi kebiasaan dengan perkara camtu, hehe
Tapi Alhamdulillah, Zara sangat mudah untuk tidur malam.
So far so good!

Semua kerja rumah aku buat seperti lipas kudung. Adoi penat sungguh ibu.
Kalau peel Zara elok, aku angkut rockernya sekali kat dapur.
Time dia xbuat perangai boleh la buat kerja dengan aman.

Bab masak aku akan masak malam je. Tunggu asben balik tengokkan Zara so baru lah boleh masak dengan tenang.
Aku xleh masak cepat2 nanti masakan ada je yang xkena, huhu
Nak masak mesti ada feel. ye dak??

Itu kalau bab kat rumah.
Kalau bab outing lagi la mencabar. Haish macam gerun je dengar, haha
Dah ada anak kecil ni, muntah susu (jeluak) anak memang xdapat dipisahkan.
Kau melaram cantik camne pun kalau dah nak kena  kat baju/kain nasib badan laa.
Dah anak kau sendiri kang. Xkan nak buat erkkk?
Aku sendiri dah banyak kali kena kot. Bau masam tu dah biasa.
Kalau nak pilih baju pun mesti pikir untuk mudah direct feed (df) Zara.
Mostly kalau outing aku banyak pakai kemeja, senang nak bukak.

Nursing in public (NIP) pun dah acap kali. Suami aku yang banyak tolong dan cover time nak df.
Support dari suami penting kalau nak fully bf.
Sangat mencabar!
Pernah aku NIP dalam hypermarket, sampai terpaksa duduk atas lantai, dah xda bangku, kesian kan?
Dah anak melalak, tak haru kau? Xkan nak berlari pergi kat parking nun jauh, haish
At last ada sorang akak SA bagi bangku macam kotak gitu untuk aku duduk, kesian tengok aku kot.
Mujur ada asben yang cover.

Kes terbaru berlaku kat Giant, Kuantan.
Aku dan mil pergi borong barang dapur, Zara aku biarkan dalam stroller bersama suami.
Kami beriringan tak jauh. Kalau Zara duk merengek semacam jek aku dah tahu itu signal nak susu.
Tapi suami time tu duk  gayut fon, Zara merengek dia xcakap kat aku. Aku pula duk syok ambil barang dapur. Tetiba dengar budak melalak. Rupanya anak aku, bengang kat suami tahap maximun dah.
Terkocoh-kocoh aku berlari pergi surau nak bagi susu. Nak bagi direct kat situ memang xla sebab crowded sangat dengan orang. Mata yang duk pandang aku memang ramai, haish malu-malu.
Ngeri bila diingat. Lepas ni nak outing memang kena plan dan pilih tempat yang betul2 strategik.

Itu la serba sedikit pengalaman aku menjadi ibu selama 2bulan ++. Baru 2bulan lebih okeh dah terasa mencabar. Hopefully Allah permudahkan aku dan suami untuk menjaga Zara dan bakal adik-adik Zara kelak. Eh??
Masih jauh dan panjang perjalanan anak ku. Moga Hasya Nurzahra menjadi anak yang solehah.

Dan juga Tuhan permudahkan niat aku untuk fully BF kan Zara. Aaminn..

10 comments:

cik chinta said...

bc je pon da rs cabrnnye

ayunidati said...

happy moment... walaupun mencabar...

Ratu Hatiku said...

seronoknya dpt bby.. :D
Amin...bagus kalau dpt BF ank lama2

Cik Puan Tqah said...

wa..dgr pengalaman.. sgt mencabar..huhu

- AZIE - said...

wpun agak mencabar baca cite mila nie, tp rasa seronok pulak..excited

ctmah said...

mencabar tp mmg seronok..hopefully impian u tuk fully BF tu termakbul =)

Unknown said...

betul2..nak jd ibu ni bukan senang..maria dulu pun mcm tu la..sampaikn saat nk mndi sgup angkt rocker ank bwk dpn toilet..hahhaa..

dhiera zainudin said...

tergelak kite baca,.. nice experience kan mila!

Elya Roza said...

pengorbanan seorang ibu...ehhee

MAY said...

Sori lme x jenguk.x de tenet.dok bli intenet dua hengget sehari je..

mencabar jd mama kan.awl dl stress gile.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers