Saturday, November 17, 2012

Dah kalau rezeki..




Salam readers.

Alhamdulillah, dah kalau Tuhan nak bagi rezeki kat situ maka dapat lah kang.
Tak expect pun akan dapat Grand Prize itu, hehe

Ni kisah semalam..aku, suami dan mak saudara suami attend wedding kawan adik ipar aku.
Majlis berlangsung kat De Rhu Beach Resort, Kuantan.
Adik ipar aku request reserve kan tempat lebih untuk kitaorg so dapat la join.
Yang excited nak pergi sebab pengantin lelaki abang kepada pelakon Lisdawati.
Bermakna ada la Lisdawati dan Fauzi Nawawi kang.
Maka dapat la kami jumpa mereka.

Kurus giler Lisdawati, bak kata orang kurus cekeding.
Tapi comel! dan tak sombong.
Dia laki bini pulak yang hulur tangan salam ngan kitaorang.

Ok layankan gambar jela..Nanti korang tak caya lak kang, hehe


dorang datang dekat meja kami..meja ke meja dorang pergi..


seisi bersalaman...


seisi bergambar.
mesra sungguh mereka berdua...


Eh! side nih aku nampak gemok!


Gambar sweet mereka dari jauh..
taknak berenggang walaupun sekejap.
duk pegang tangan je walaupun dalam hall.


Eh! nak tahu tak Grand Prize yang aku dapat??
Ohh dah tengok gambar buat-buat lupa ye.

Nombor bertuah 164 yang membolehkan kami dapat hadiah itu.
Memula aku dan suami buat donno jek time orang sebut nombor untuk cabutan bertuah.
Sebab kebiasaan memang tak pernah nak dapat kalau ada lucky draw apa-apa pun.
Tetiba nombor terakhir yang di panggil 164!!


Eh abang! nombor kita!


Terejut beruk aku. Terus suami ke depan ambil satu enveloped.
Hadiah nya bermalam kat resort tu 2D1N beserta sarapan untuk 2 orang. haha
Ok la kan dapat jugak merasa tidur kat resort tu.

Lawak pulak, tak disangka akan dapat, dekat pulak tu resort ni dengan rumah kitaorg.
Suami cakap kalau semata-mata nak g tido sana xmungkin sebab dekat sangat dalam 10minit je dah sampai.
Dah dapat kira ok la.
Alhamdulillah..

Itu lerr hadiah Grand Prize kami, heheh ^_^


2 comments:

Mila Ahmad said...

taknak boleh bagi mila hehe...

Mrs Lurve said...

rezeki betul...perut mila dh nmpk comel jer hehehe