Tuesday, December 3, 2013

Kami berjalan lagii..

Salam dan hai.

Penat balik bercuti dari Singapore tak habis lagi, lepas tu sambung pula berjalan ke Shah Alam dan Genting Highland. Kami laki bini tak rancang pun nak berjalan weekend ritu. Cadangnya nak balik ganu, dah memang turn balik ganu. Dah sebulan lebih tak balik ganu. Tetiba mak ayah ajak aku dan suami ke Shah Alam. Nak mintak suami drive kereta katanya. Plan asalnya mak ayah nak ajak abang aku, tapi abang aku kemain bizi dengan kerjanya. Mak ayah aku sesaje nak g visit akak aku yang duk sana. Bertolak la kami hari Jumaat after suami balik kerja. 5:30pm gitu.


Pergi satu kereta, mak ayah, kami anak beranak dan adik bongsu aku. Adik bongsu aku nak ikut sebab katanya nak g berjalan. Kalau setakat g Shah Alam duk melepak rumah kak aku dia xmo ikut katanya. Sebab tu mak ayah ajak suami aku, suami aku memang kaki jalan. Tapi suami ku buta jalan kat sana, berpandukan gps boleh laa, kekeke.


Sabtu tengahari kami ke I-city. Bawak adik dan parent aku jalan-jalan kat sana. Suami pun memang first time g sana. Aku dah 2nd time. Banyak dah tempat best boleh main kat I-city. Ada snow walk, water park, 5D short cinema dll. Seronok dapat bawak parent berjalan. Lagi seronok bila parent teruja dan happy g sana. Ayah aku lah yang excited, semua kat situ dia nak masuk dan cuba main. Kami g siang so tak banyak benda boleh main. Untung jugak g siang, parking murah dan harga nak masuk satu2 tempat murah rm10-15 dari harga waktu malam.


Kemain seronok ayah aku masuk snow walk. Lepas ni nak g lagi katanya. Bayaran masuk rm25 seorang, warga emas rm15. Kalau malam mahal regenya rm35 kalau xsalah.












Ahad tengahari ritu kami gerak balik ke Kuantan. Sebelum balik, ayah aku nak masuk Zoo Negara, so menantu yang baik penuhi hasrat pak mertuanya. Ikutkan aku xmo masuk Zoo, sebab aku nak naik Genting, sebab tak pernah g sana. Hoho. Tapi xpe sempat je naik Genting tu. Asalkan ayah mak aku hepi dapat jalan dan kenal tempat yang dorang xpernah pergi.
Tapi bagi aku tak best masuk Zoo Negara, tempat macam tak terjaga kebersihannya, bau pun banyak xmenyenangkan. Suami cakap seronok lagi kat Zoo Melaka T___T


Gambar kami kat Zoo Negara dan Genting Highland.















Percutian tak dirancang oleh kami. Seronok sebab mak ayah pun happy walaupun badan penat. Mak ayah aku kerja sendiri, nak g drive sendiri g bercuti memang tak la sebab masing-masing dah tua. Harapkan anak-anak je bawak berjalan. Terima kasih suami sebab sudi bawak mak ayah mertua awak bercuti dan berjalan. (hopefully suami baca). Untung dapat suami kaki jalan so xcerewet nak g memana. Two last week dah jenjalan dengan parents suami, last weekend dengan parents aku. Hepi dapat bahagiakan orang tua memasing. Lepas ni hopefully besan sama besan dapat jejalan sama-sama.


Stop jenjalan tahun ni, tahun depan kita g jenjalan lagi ye abang. Makesure saving duit bebanyak. Botak kepala laki deng. Kekekeke. Krabi pleaseee...

posted from Bloggeroid

3 comments:

DYatie said...

Best nyer.
Kite tak dapat nak simply bawak parents g jalan sebab parents kite kat Sarawak. Nak bawak ke sini mg kena saving banyak2 baru puas hati bawa diorang. Mudah2an dimurahkan rezeki kita untuk sentiasa membahagiakan orang tua. Kan?

Chekgu Azrine said...

syioknya dia..

macam kat oversea plak ek

Wawa Yusoff said...

berjalan sokmo! bestnye...!