Thursday, December 19, 2013

Steamboat kami..

Salam dan hai.

Sebelum ni, aku tak gemar kat steamboat. Lagi la kalau yang ada steamboat grill tu, sometime nak muntah bau asap grill tu. Tapi laki ku sangat la addicted kat steamboat, paling disukanya kalau yang steamboat grill tu. Kalau pakej steamboat tu ada kambing, pergghh tak tengok kiri kanan la makannya. Dek kerana laki ku gemar sangat, aku pun dah terbiasa dengan bau asap grill tu. At last dengan aku sekali dah suka makan steamboat.


Dan sekarang kalau nak makan steamboat tak g makan luar dah. Buat sendiri jek. Sangat la berbaloi, makan tak hengat dunia. G cold storage beli bahan mentah macam sosej, udang, sotong, kambing dll. Balik buat tomyam kosong. Pap pup pap ok dah boleh start grill dan hidang.



Rumah kami ada dapur ni. Dapat percuma beli pemanggang ajaib uolls. Tak sia-sia beli. Terus datang idea nak buat steamboat sendiri.





Yang ni kami beli kat aino 1utama last weekend. Tak tau apa fungsi dia sebenarnya. Tapi suami beli jugak sebab katanya macam boleh pakai buat grill. Harga rm49.90.


Selasa ritu, kami pun try la pakai benda ni. Saje nak test steamboat grill. Sebelom ni dah pernah buat tapi xdak grill.






Hebat tak idea suami aku, nak makan yang grill punya pasal. Dah jenuh cari tempat grill steamboat macam kat kedai makan tu, tapi tak jumpa. Korang kalau tahu kat mana ada jual bagitau aku ye. Nak sangat! Sebab kami family besar, mak ayah adik2 semua suka steamboat, buat sendiri lagi jimat dan berbaloi. Kehkeh. Dasar cheapskate.


Oh ye, ni antara satu menu utama dari kami untuk tetamu2 special yang nak datang rumah. Kawan-kawan yang habaq awal nak mai insyaAllah kami jamu dengan hidangan ni, hehe


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

3 comments:

Mama Safiy Arfan said...

laki sy pn suke kambing..tp xdelah addict kalo bab steambot..sy pon x gemar sgt benda2 gni..dh lam ikut kepala..hahaha..mahal2..mkn bukan byk pon (sy lah tu)

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

eimy pun dok cari gak tempat mcm kat kedai tu Mila...rasanya kalo belah padang besar ke atau bkt kayu hitam ada kot, nak kena tya kekwn belah sana pulak la...

senang kan klo ada kat rumah...

mrs kayrul said...

jimat duit klu dapat steamboat sendiri kat rumah...saya pun suka