Tuesday, January 3, 2012

Mahar@Maskahwin




Assalamualaikum&Hai beautiful readers!

Lama tak update entry, bersawang da sikit blog nih. Okeh, 1st entry 2012.
Mentang2 nak kahwin, sume entry pun berkisar pasal kahwin..ahaha

okeh, bercerita pasal mas kahwin atau hantaran.

Maskahwin adalah pemberian wajib diberi oleh suami kepada isterinya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". 

( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat Bukhari ) 

" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah "( Riwayat Abu Daud )

" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ".

 ( Riwayat Ahmad )



Tapi bagi lelaki yang mampu tak salah kan dia memberi lebih kepada bakal isterinya.
Jangan pula sebab bakal isteri nak mas kahwin@hantaran tinggi, bakal suami terpaksa tanggung beban berhutang sana sini. Itu menyusahkan pula namanya.
Islam tidak membebankan umatnya. Segala sudah dipermudahkan termasuk bab solat.
 Tapi saya setuju juga bab ustaz azhar cakap nih. hehe


"Sebaik-baik perempuan adalah yang rendah maharnya"


ok, papai! see u again!

7 comments:

Cik Azizah said...

tapi setiap negeri dah ditetapkan mas kawen kan..

xleh nak ubah..hehe jijah n9 rm200. :)

Cik Zimie said...

kartun tu kelakar okkk tapi betul pe kalau hantaran 10k biarlah berbaloi dgn apa yang laki akan dapat.hoho

btw, mas kahwin selangor RM300.paling mahal rasanya antara negeri..

picairin said...

kedah xda ketetapan nilai mas kawen.. =)

Epa Zarifa said...

cool!! ;) selangor rm300... :)

Suria said...

yer betol..
kedah tiada tetapan, cukup sekadar yg mampu.. ;)

UyaRayza said...

mas kawen sy hanya rm22.50..sah!!! hehehe

cik.mila said...

kedah sama ngn terengganu..tiada kttapan mas kawen :)