Showing posts with label Dapur Puan Mila. Show all posts
Showing posts with label Dapur Puan Mila. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Dapur Puan Mila : Pancake

Salam dan hai,

Setiap pagi selalunya sarapan aku simple-simple je. Roti cicah air, biskut cicah air, roti bakar sapu jem. Dasarr malas kann, hehe. Suami jarang makan pagi kat rumah kalau hari bekerja. Sarapan berat hanya dikala weekend (suami kat rumah) atau dikala outing.

Tapi kalau mood rajin datang atau erti kata lain dah bosan makan roti. Aku akan buat pancake. Mudah sangat la resepi pancake ni. Nak resepi?? KLIK!

Semalam aku buat lagi pancake ni. Aku tambah kelainan sikit, tapi resepi asal still sama. Apa yang aku tambah??




Haa aku tambah mealshakes je. Tak banyak hanya sesudu besar gitu. Sedap dan wangi! Pancake ada bau vanila. hehe. Jika korang ada mealshakes kat rumah boleh lah cuba. Dah bosan bancuh air, kita bancuh kuih/kek pula. Tak rugi mencuba.

Oh ye, jika korang tak tahu dimana nak dapatkan sebarang produk Shaklee, boleh cari aku ye. Aku sedia membantu.

 
Your Shaklee Independent Distributor,

Mila Ismail
♥ SMS | WhatssApp : 019-9879159
♥ FB : Damiel Hola
♥ FB page : H's Family Corner                 
♥ Email : damielhola@gmail.com

Wednesday, August 13, 2014

Dapur Puan Mila : Resepi Pisang Goreng Malas

Salam dan hai.

Aku 1st time makan pisang goreng camni. Itupun mak mertua yang selalu buatkan. Kenapa pisang goreng malas? hehe. Aku yang taruk sendiri nama resepi tu. Sebab orang malas confirm akan rajin nak buat pisang ni, mudah gilerr. 





















Nampak rentung tapi takk! Bahannya, pisang minyak gula. Kupas pisang, goreng dengan api sederhana, angkat dan gaul gula ketika masih panas. Siap!! Konpem licin hadap sorang pisang tu. Lepas tu xda dah masalah sembelit. Membuang dengan senang hati, kahkahkah.

Yang 1st time makan mesti jadik jakun macam aku. kehkeh. Time memula mil aku buatkan, aku siap cakap, ooo..ada jugak pisang goreng camni. Selama ni aku makan pisang goreng salut tepung tu je jee. Bila dah tahu resepi ni, sokmo aku duk buat. Tengok laa lebih2 pisang kalau bosan duk makan mentah. Goreng gini, kek pisang ataupun cekodok pisang. Kampung sangatt kennn. Tu jela resepi aku kalau berasaskan pisang, kekeke.


Korang ada resepi lain berasaskan pisang?? Kongsi laa.

Thursday, July 3, 2014

Bersahur dengan fresh milk blended!

Salam dan hai.

Tajuk je fresh milk blended, sebenarnya bukan fresh milk blended pun. Just kisar biasa je, kikiki. First try buat air ni. Sedapp habaq hang!! Minum pulak time sejuk. Ambil resepi dari nana. Tak susah pun. Campur dan kisar, siap!!




Bahan yang perlu..segelas Fresh Milk + 3biji kurma + 7 biji kismis + 1 sk madu. Campur dan kisar. Kemudian taruk peti ais. Ada orang suka campur badam. Nak letak pun boleh. Haa nak campur ESP atau Mealshake Shaklee pun boleh. Semalam aku campur mealshake sikit, adala bau dan rasa vanilla. Sedap!

Kenapa aku minum ni? Sebab aku nak bertenaga, tak nak lesu je walaupun puasa. Dan sebab utama juga aku masih bf anak. Tak nak la susu drop melampau. InsyaAllah membantu. Kan banyak makanan sunnah aku campur, sangat elok tau.

Ibu bf patut cuba. Yang tak bf anak pun boleh. Janji sedap!!

Ok, nak masuk dapur dahh. Masak awal kang tak kalut dengan budak kecik tu..Selamat Berpuasa Uolss!

Friday, June 13, 2014

Homemade Jejari Nestum

Salam dan hai.

Sekarangkan isu pasal cadbury. Memang sumpah aku tak makan dah, nak merosakkan Islam. Aku  ni dahlah hantu coklat. tskk. Takpe kita cari coklat lain. Buat sendiri pun lebih bagus. Selamat dan boleh makan tanpa was-was gituu. 

Dah hantu coklat maka ikhtiar jugak buat kudapan berasaskan coklat. Dua hari lepas try buat jejari nestum (tak tahu panggil apa) ohh sedap rupanya. Diri sendiri buat semestinya angkat kain dalam bakul. Eh?? *macam pelik pepatah ni. Senang je buatnya. Mesti ada roti gardenia yang keping, coklat masakan, nestum. Yang lain-lain oven, periuk (dua periuk sebab nak masak coklat double boiler kang).

Ok, kat sini aku takda oven maka aku guna pemanggang ajaib. Memang ajaib laa, serba serbi boleh guna untuk masak. Berbaloi suami aku beli. 

Memula, roti potong kecil-kecil kemudian bakar atas pan/pemanggang. Ada oven pakai oven, lagi cepat.




Bakar sampai garing. Kalau garing sedap kunyah nanti.

Done bakar!
Kemudian, masak coklat dengan kaedah double boiler. Sama macam masak topping kek coklat. Perasakan coklat masakan tu. tambah la butter sikit, susu cair dan susu pekat. Kemudian lagi, masukkan la roti bakar tadi dalam coklat. Celup satu/satu. Lepas celup dengan coklat, golekkan dalam nestum. Buat la sampai roti habis then masukkan ke esbok. Terpulang nak sejukkan sekejap atau lama. Aku sejukkan 1/2jam je sebab gelojoh tak sabar nak makan. agagaga.


Sedappp laa untuk aku. Adik ipar aku cakap rasa cam kek batik pun ada. Kalau sedap jenis coklat masakan korang maka sedap laa jadinya..Tak sedar, ralit tengok tv tupp2 dah licin, haha.

Ok la, cer korang try buat, conpem jadi dan sedapp. 

Tata!!

Tuesday, June 3, 2014

Oven Cornell ok tak?

Salam dan hai..

Gigih mengumpul duit Nuffnang, nak beli oven kekdahnya, kekeke. Kalau oven tu harga over bajet maka suami tolong topupkan..siapa lagi nak tolong kannn. Idok lerr mahal yang aku nak, range harga RM200-RM250 je. Ok mari kita tengok duit Nuffnang terkumpul. Taklerr banyakpunn.



Actually, mampu je nak beli tak pakai duit Nuffnang ni. Tapi aku nak juga merasa membeli pakai duit blog. Atleast ada barang yang aku belikan. Kenangan tu. Nampak gayanya harga oven over dari Nuff, acaner?? Abang..abang..kekeke.

Last week dah survey. Berkenan kat brand Cornell ni. Harga pun mampu milik. New version. Old version ada tapi macam tak lawa designnya, harga konpem lagi murah RM180+.. Nak jugak new version kannn..hehe


Yang ni new version la kot, aku lupa dah rupa dia. Kalau old version hodoh sikit, kahkah. Ok tak? Ok tak? Tak besar sangat, tak kecil sangat. Nak beli besar bukan aku buat bisnes kek pun. Saje nak baking suka-suka. Bosan kat rumah boleh baking, giteww..Last week suami dah belikan microwave. So microwave checked!!
 

Senang nak panaskan lauk sahur time puasa nanti. Bukan alasan, memang iye, tehehe. Brand Elba. Beli time promosi kat Giant, RM179. Ok la kan? Tak mahal sangat. Asalkan berguna sudahh. 
 
Ok, misi memburu oven pula, hopefully sempat sebelum raya. Kalau tak, lepas raya lerr, tak merasa la nak baking kuih raya. Takpe kita hunting benda yang penting je dulu. T__T

Ok, tata!!








Thursday, February 27, 2014

Baby Bullet vs Magic Bullet

Salam dan hai.



Dulu masa Zara start solid food, berangan nak Baby Bullet. Comel kang, mahu mak2 ibu2 tak tergoda. Mintak juga hubby belikan, tapi dia tak melayan. Buat donno je. Kesian kat ibu zara kan? Suami cakap, fikir itu kehendak atau keperluan? Iyer banyak pada kehendak, napsu semata, hoho. Tengok orang beli itu ini, kita pun macam nak jugak, normal kan??


Boleh je takda Baby Bullet pun, pakai blend biasa pun bolehh. Sebab harga baby bullet mahal la jugak bagi aku. At last suami belikan Magic Bullet je. Sebagai ganti Baby Bullet. Boleh la dari tak dapat langsung.




Tu diaa..murah pun murah. Below rm100 je. Rm90 atau rm99 tak silap aku. Beli kat Cowboy, Kuantan. Suka sebab banyak bekas, boleh asingkan bekas untuk blend bawang, makanan Zara dll. Magic Bullet ni jugak aku pakai buat kek. Kekeke.


Review tentang penggunaan :
- mudah nak handle
- mudah nak guna pakai sebab bekas banyak
- mudah nak basuh
- bunyi? macam blender lain jugak
- jimat ruang


Eh tu je kot :p. Ok, tata!



Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Saturday, February 1, 2014

Terapi diri dengan memasak..

Salam dan hai.

Aku kalau serabut kepala, serabut perut mesti akan masak. Ehh stress la maknanya, kekeke. Bila dah siap masak, mesti rasa arghh puas!! Tapi habit terbaru aku, kalau terasa nak makan satu benda aku akan cuba buat. Itu kalau cukup bahan-bahan la. Kalau takde bahan terbantut jugak hasrat tu.


Macam last week. Eh cerita last week tau. Kemain lama peram kan, kah3. Dang2 hari tu jugak terasa nak makan marble kek. Esoknya choc moist cake. Asal cukup bahan terus jadi. Hehe. Seb baik metabolisme aku tinggi so makan ler apa pun badan tang tu jugak. Tak naik sangat. Eh memang tak naik kot since after bersalin ni. Menurun dari mak aku. Untung badan. Berat 45kg. Abang aku panggil dah tahap keding. Di tanya, laki mu tak bagi makan kah? Lol. Laki ku sama kecik kot. Padan laa, kekeke.



Rabu last week punya marble kek. Buruk rupa sebab xda warna. Aku bedal buat sebab terasa nak makan sangat. Sedap la tekak aku telan.



Sehari lepas tu buat choc moist cake pulak. Yang ni cukup bahan. Sampai dah banjirr sangat coklat.


Semua ni aku kukus je. No baking. Xda oven. Oven dah masuk wishlist tahun ni. Tetiba minat nak baking. Lepas ni xpayah nak beli kek kat kedai dah. Buat dan baking sendiri lebih puas makannya.


Alamak, tetiba tekak rasa nak makan kek lagi. Haishh

Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Monday, January 13, 2014

Dapur Puan Mila : Tips nak sedap masak nasi goreng..

Salam dan hai.

Tips la sangat kang. Ini petua mak dan kakak aku. Pastu turun kat aku. Semua orang pandai masak nasi goreng kot. Cuma sedap dan tak sedap je. Dulu aku fail masak nasi goreng. Rupa ada tapi rasa tak sedap.


Sekarang macam da expert sikit la. Sikit je. Sebab kalau buat kuantiti yang banyak aku takut. Takut tak jadi. Kekekeke. Petua mak aku, nak masak nasi goreng sedap, bawang tu tumbuk, tak payah blend. Haaa gituu. Dulu aku suka blend, sebab malas tumbuk. Sekarang aleh2 dah suka tumbuk, malas blend. Eh??




Memang aroma bau dan rasa tu lain. Lain bagi aku. Sebab aku dah pernah cuba dua2 kaedah, so memang tak sama. Tapi pendapat korang tak tau la. Ni rasa lidah dan tekak aku. Hehe. Lain orang lain cara kot. Saje nak share kot tetiba korang nak cuba pakai bawang tumbuk pulak. Xdela terperap lesung batu ko kat rumah, kekekeke.


Sampaikan Zara minat sama nak menumbuk pakai lesung batu, kekeke.



Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Sunday, November 10, 2013

First time homemade tiramisu..

Salam dan hai.

Dah lama mengidam nak buat tiramisu sendiri, sejak pregnantkan Zara lagi, giler lamaa..mengidam sebab selalu tengok kak Ana duk upload tiramisu kat blognya. Duk peram je nak buat, dan dua hari lepas tak mengidam daa sebab hajat nak buat tercapai. Mudah sangat buatnya. Bahahaha






Haa tu semua gambar selepas dah di makan, hehe. Dah buat dapat la 3 mangkuk kaca dan satu bekas transparent tu. Pelawa la kat laki aku untuk makan, di jamah la dua sudu pastu dia cakap tak suka. Apa yang tak sedap taktau la, resepi terang-terang aku ikut kak Ana punya. Bagi aku dah sedap sangat makan sejuk-sejuk, nyumms! Maka semua 3 mangkuk dan 1 bekas tu aku bedal sorang, kehkeh. Seisi menternak lemak sekali harung, next time kita jumpa lagi wahai tiramisu.

posted from Bloggeroid

Friday, October 11, 2013

Dapur Puan Mila : Pancake si buruk rupa

Salam dan hai.

Pagi ni bekfes lambat, gara-gara teringin nak makan pancake. Almost 11am baru dapat makan. Kesiann. For 1st time buat pancake. Not badd. Puji diri sendiri. Sedap la kat anak tekak aku. Tapi rupa hancuss. Takpe rupa tak penting. Dah membuang nanti takdanya keluar seketul macam pancake tu, bahahaha.



Bahahaha, buruk bebenorkan. Janji sodap. Makan pulak dengan coklat cair. Mabeless!!. Resepi aku google je, cuma derhaka sikit ikut citarasa aku.

1 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1 biji telur
2 sb gula - lebih/kurang (ikut citarasa sendiri kalau suka manis/tak)
1 cawan susu full cream (aku takda susu full cream maka aku guna susu cair je)

Sebatikan tepung gandum dan baking powder. Pukul telur, susu dan gula sampai sebati. Aku pukul hingga gula betul-betul larut. Pukul pakai senduk je. Nak pakai mixer/blender pun boleh. Last, gaul sebati semua bahan tadi. Siap untuk digoreng di atas kuali non stick.

Adunan ni akan dapat 8-9 keping giteww. Semuanya aku ngapp sorang. Kenyang menenting (ayat ganu) giteww. Tak kan nak kongsi dengan Zara kan.

Ok, tata

Tuesday, September 3, 2013

Dapur Puan Mila : Kek Pisang Kukus (mudah & simple)


Salam dan Hai.
Pagi tadi buka peti ais, tengok ada 4 ketul pisang montel yang dah lebam, tapi tak buruk.
Ermm sayang pula kat pisang ni, terdetik kat hati aku.
Pisang tu Zara punya act, beli last week segar bugar lagi. Jumaat, kami laki bini balik kampung, lupa nak bawak balik. Balik rumah tengok pisang dah bertukar rupa.
Dan pagi tadi lecek la pisang tu, cadangnya nak buat cekodok pisang je. Tapi macam jemu dah asyik cekodok je. Zass terus terdetik nak wat kek pisang.
Godek bahan cukup ke idak.
Bahan lain semua ada, cuma telur ada 2biji je (resepi asal nak 4biji).
Maka aku try n error jela.
Tak sedap xpe sebab aku je yang makan, suami bolayan sangat kek2 ni.

Resepi daku :

Pisang montel - 4 biji (lecek)
Tepung gandum - 2 cawan
Telur - 2 biji (resepi asal 4 biji)
Serbuk soda bikarbonat - 1 sudu camca teh
Baking powder - 1 sudu camca teh
Gula - 1/2 cawan (resepi asal 3/4 cawan) - korang try rasa manis ke idok time buat adunan tu
Minyak masak - 3/4 cawan
Esen pisang (aku tak letak)


Aku lecek pisang, kemudiaan masukkan gandum, serbuk soda, baking powder. Aku kacau sampai sebati kemudian masukkan telur, gula, minyak masak. Kacau lagi sampai betul sebati.
Kalau nak mudah dan cepat pakai la mixer atau blender. Aku xda mixer dan malas pulak nak on blender tadi. Pagi-pagi kerah tenaga sikit. Dah sebati, jirus dalam loyang dan kukus selama 40-45minit.
Siap!!
1st time aku buat, menjadi!!
Gebu gebass giteww, walaupun tak cukup telur, bahaha


Resepi asal sini

Friday, August 2, 2013

Ketam telur masin..blurghh!


Salam Jumaat,
Alhamdulillah, 24 Ramadhan masih berkesempatan berpuasa penuh. Hopefully dapat berpuasa penuh seperti tahun lepas.
Kalau time puasa tahun lepas, aku preggy. Tahun ni?? eh think +, hormon peod dah tak betol gamaknya sebab tu peod tak muncul2. hehe
Ramadhan hampir sampai ke penghujungnya.
Sedih, hiba semua perasaan bercampur baur. Semoga dipanjangkan usia untuk bertemu lagi Ramadhan tahun-tahun berikutnya, aaminnn

Semalam mertua datang berbuka kat Kuantan.
Kebetulan suami ada beli ketam fresh dari laut, eh ke sungai?? yang banyak amat maka berketam telur masin la kami.
Sudahnya sampai ke sahur makan, pheww perit tekak kami laki bini sepanjang berpuasa semalam gara-gara makan makanan masin time sahur.
Hadap la ketam tu sampai habis, nak simpan esok-esoknya takot tak sedap pula nanti.

Nah!


Pepagi dah upload gambar menu, hadap la ko, hehe..ampunn
Kot2 la nak penghujung Ramadhan ni, korang nak masak special menu macamni.
Sedap!

Kalau sebelum ni makan kat kedai je menu ni, dah la mahal gabak tak puas makan pulak tu. Since dah tahu resepinya senang ya amat maka kami akan buat sendiri je.
No kedai lagi untuk menu ni, jimat!

Ala, bahan-bahan yang diguna mudah je.
Tepung ubi, marjerin, cili api, susu cair, daun kari, bawang putih, minyak dan jangan lupa telur masin. Act resepi ni memang pakai kuning telur masin je, tapi kami taknak bazir maka campur jgk putih telur masin.

Ok, korang patut cuba, serius mudah dan sedap!
Mengantuk dah ni, nak join zara tido, taaa..

Wednesday, October 10, 2012

Sesekali makan lauk simple..sedap!!




Salam readers.

Untuk makan malam nanti, suami request daging goreng kunyit. Haish xkan satu lauk je kami nak makan macam xbest pula satu lauk semata-mata. Suami xkisah satu lauk tapi aku lak yang kisah.
Jadi aku tambah satu lagi lauk.
Goreng telur, asingkan then tumis bawang dan cili padi taruk kicap, sos tiram sesuka hati, garam secukup rasa then after siap jirus atas telur tadi.
Siap!!
 

Telor goreng masak kicap..simple!!

Daging goreng kunyit..

Cukup simple for dinner tonite!!
Makan dengan nasi panas-panas..nyummyeh!!


p/s : menunggu suami pulang..lambatnyaa..



Thursday, July 12, 2012

Dapur Puan Mila : Resepi Kek Kukus Coklat Lembap




Salam dearest.

Nak share 1 resepi yang dah lapuk.
Kek Kukus Coklat Lembap.
Mila x suka baked, leceh..so kukus best. Tak hado kejadian kek hangus ke hape.
Resepi yang cukup simple dan mudah.

KEK COKLAT LEMBAP

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
100gm serbuk koko

Bahan (a)
200ml minyak jagung
150ml susu pekat manis
400ml susu cair
200gm gula kastor

B
ahan ayak bersama:
150gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

CARA MEMASAK:
1) Masakkan bahan (a) ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula hancur dengan api perlahan. Ketepikan dan biarkan sejuk.
2) Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
3) Kemudian masukkan adunan telur ke dlm adunan (a) yang telah disejukkan. Kacau rata.
4) Masukkan serbuk koko dan bahan ayak bersama. Gaul dan kacau rata.
5) Kemudian masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

Hasilnya....

Dari entry  sini.


Resepi copy dari majalah SAJI tahun 2008

Selamat Mencuba!!!

Monday, April 16, 2012

Dapur Puan Mila : Ayam Masak Lemak Kuning Cili Api




Hai cantik dan kacak!

Arini masak apa?

Saya sometime buntu nak masak apa untuk suami. 
Selalu tanya kawan, ada cadangan nak masak lauk ape tak?
Arini eimy cadangkan masak asam pedas, kak wani pula ayam masak tomato.
Tapi semua tu tak jadi sebab tak cukup bahan.
Akhirnya jadi la ini..


mabeles!!

cukup simple..hanya 15minit dah boleh masak.

Bahan-bahan:

Ayam (saya guna 8ketul)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia (optional)
Kunyit hidup (sebesar ibu jari)
Serai - 1batang (ketuk)
Asam keping - 1keping
Cili api - 3biji (ikut suka, nak lebih pedas boleh tambah)
1/2 cawan santan
Garam

Mula masak dengan bismillah..

1) Kisar bawang besar, bawang putih, cili api, kunyit hidup dan halia
2) Satukan ayam, santan dan bahan kisar dalam periuk.
3) Masak hingga ayam empuk dan kacau untuk elakkan santan berketul
4) Masukkan serai dan asam keping. Garam sesedap rasa dan biar mendidih 2, 3 kali.
5) Siap!!


"Selamat Mencuba"

Friday, March 30, 2012

Jemput minum petang ^ - ^




Hai cantik dan kacak.
Selamat petang jumaat!

Baru siap masak, sekarang tunggu hubby pulang dari kerja.
Sebelum proceed makan malam, harus la minum petang dahulu.
Meh2 minum petang. cuma cekodok pisang je. 
Mudah, cepat dan sedap! hehe



Nyum2!!
Jemput makan ^_^

Wednesday, March 21, 2012

Dapur Puan Mila : Kari Ikan Tongkol




Hai cantik dan kacak!
selamat petang!

Post segar dari dapur puan mila.cewahh.
masakan untuk makan malam.
lately entri pun semua pasal masak2.
actuallly kering idea nak update entri so selit2 sikit pasal masak.hehe

Tengok tittle post macam hebat je kan.haha
Arini masak kari ikan tongkol.
xde la hebat cuma nak berkongsi masakan dengan semua.
FYI, first time masak kari tau, rasa not bad.haha puji diri sendiri

Kari Ikan Tongkol versi Puan Mila


Bahan-bahan:

Bawang besar - 1 labu (kisar/tumbuk/mayang halus)
Bawang putih - 4 ulas (mila mayang halus je)
Halia - sedikit sahaja ( mayang halus)
Ubi kentang - potong 4
Asam keping - 1 keping
Lada mesin - 1sudu besar
Rempah kari - 3 sudu besar
Susu cair - 1/2 cawan (mila pakai susu cair sebab xde santan)

** Rempah kari dan lada mesin mila bancuhkan sekali dalam bekas dan tambah sedikit air (mila campurkan keduanya untuk mudah ketika menumis sebab rempah kari debu cepat hangus kalau xpandai kawal api)

1)   Tumis bawang putih, bawang besar dan halia serentak. Goreng bahan hingga kekuningan
2)   Kemudian masukkan rempah kari+lada mesin yang dibancuh. Kacau pantas2 supaya bahan tidak    hangus dan masukkan sedikit air dan masak hingga bahan kelihatan garing dengan api perlahan.
3)   Masukkan ubi kentang dan ikan. Masukkan 1/2 cawan air kemudian balik2 kan dengan api perlahan dan biar mendidih.
4)   Kemudian masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
5)   Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6)  Kalau pekat boleh tambah air panas, dan biar mendidih lagi. kemudian siap dan sedia untuk hidang!


Okeh, masakan untuk asben arini nasi putih+kari ikan tongkol+ikan goreng.
Simple je kan. 

Selamat mencuba!









Tuesday, March 20, 2012

Dapur Puan Mila : Lempeng Nyiur..nyum2!




Hai cantik dan kacak!

Mood malas update blog makin menguasai. 
Nak kata tak online tak jugak, setiap masa duk mengadap lappy nih.
Cuma kekeringan idea nak update entri.

Pagi ni breakfast lambat.
Lambat tak jugak, dalam pukul 10 gitu.
Breakfast 'lempeng kelapa', bak kata orang terengganu 'lempeng nyiur'.
Nyum2!! sedap sangat. puji diri sendiri yang buat.heh

Memang dah lama sangat xmakan lempeng nyiur.
Kebetulan balik umah mertua weekend ritu, MIL bagi kelapa muda dah diparut dan air kelapa.
Esoknya terus bancuh buat lempeng. 
So arini masih ada baki bancuhan lempeng tu.
Mak cakap simpan lama2 dalam peti xpe so minggu ni hari2 la muka lempeng. hehe
Rupa lempeng yang dibuat.

lebihan yang sudah dimakan 2keping..Alhamdulillah

Bahan-bahan :

Kelapa muda (diparut) - 1biji
Air kelapa (agak2 sendiri) - pakai air biasa pun boleh
Tepung gandum - 5senduk (tambah jika kelapa berlebihan,bancuhan tidak keras dan tidak cair) 
Gula - secukup rasa (nak manis taruk lebih)
Sedikit garam

Bancuh dan goreng seperti biasa. Then siap!
simple resepi dari Puan Mila.

lepas nih boleh la jadi blog masak-masak pulak..hehe
Sharing is Caring!


Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers