Showing posts with label bad story. Show all posts
Showing posts with label bad story. Show all posts

Tuesday, September 24, 2013

Ohh pinggan!

Salam dan hai.
Aku kan baru lagi pindah rumah sekarang, dalam sebulan lebih gitu. Masih baru la kan. Jiran pun baru kenal dua orang, kiri dan kanan rumah, hehe. Sorang tu nama k.ida, sorang lagi aku lupa daa, bahaha. Aku ni xdala mesra alam sangat tapi kalau jiran ada duk luar rumah aku akan tegur. Tak sombong pun aku, tak kemana kalau menyombong diri, ye dak? Tapi suami aku sangat la mesra alam, dia marah kalau aku duk berkurung je dalam rumah. Petang2 suami suruh aku bawak anak jalan-jalan kawasan rumah dan haaa dari situ leh bertegur sapa dengan jiran lain. Giteww. Baik abang, ada betul kata abang tu. Tapi kalau ada sesiapa menyombong dulu dengan laki aku, mampuss laki aku xkan tegur lagi pastu. Yang aku perasan camtula laki aku. Hehe


Dan tiga minggu lepas, aku ada bagi kek pisang pada salah sorang jiran aku ni. Sorang je aku bagi sebab kek tu tak banyak. Tehehe. Hampunn akak yang sorang lagi, len kali aku buat benda lain aku bagi dedua. Adil dan saksama. Aku bagi la kek tu pakai pinggan hadiah makcik suami. Arcopal tuu. Nak bagi dalam bekas macam xpadan dengan bekas, nampak sikit. Maka aku bagi la pakai pinggan tu, time bagi tu aku dan siap pesan kat akak tu pinggan pulangkan kemudian pun xpe kak. Tapi sampai sekarang xdapet kembali pinggan tu, tsk.


Aku bukan apa, risau kot2 pecah ke hape. Dah lah pinggan tu 6set semuanya, sekarang ada 5 je. Kosong 1 kat tempat letak pinggan tu. Hari-hari aku duk pandang situ, sayu je hati, cewahhh. Bila la pinggan tu nak kembali, menyesal pulak kasi pakai pinggan tu, sobs. Dan akak tu tak reti nak pulangkan balik ke?? Aku tak mengharapkan balasan kuih muih, lauk pauk dari dia pun, cuma nak pinggan tu je, huwaaa. Pulang lahh hakak!


Semata-mata nak bagi salam rumah akak tu, dan mintak pinggan tu, segan aihh aku. Bukan dah lama kenal pun. Baru kenal dan tak rapat mana pun. Suami aku lom tahu ketiadaan pinggan tu, kalau dia tahu mesti dimarahnya aku, huuu. Mintak-mintak suami tak baca la entri aku yang ni -_- . Ok, satu je cara camne nak mintak kembali pinggan tu, aku kena bagi/hantar makanan lain dan time tu boleh laa aku buat-buat tanya.."kak, mana pinggan putih yang hari tu ye??"..hope adala lagi pinggan tu.



ohh, kek pisang!


Pasal pinggan pun nak stori kaa? Belog aku, apakedehal! Ok, taaa!

posted from Bloggeroid

Wednesday, June 19, 2013

Kesian Zara..maafkan Ibu sayang..


Anak jatuh buai..camne mommies rasa?? 
Semalam zara jatuh buai, Ya Allah luluhnya hati aku.
Time tu jugak aku menangis, rasa nak sepak terajang buai tu.
Dasyatkan aku??

Semalam tengahari, time aku duk ralik ayunkan zara tiba-tiba gedebuk.
Ya Allah buai jatuh! Tali putus!
Cepat-cepat aku angkat dakap zara, tiup-tiup dan usap kepala muka.
Time tu zara dah selok menangis sambil aku tenangkan dia.
Ko bayangkan??
Zara jatuh atas simen yang tak beralas dan spring buai pulak jatuh atas muka dan badannya.
Haish aku tak boleh nak ingat, tetiba sebak aku rasa teringat benda yang terjadi kat zara. Maafkan ibu nak. Cuai dalam menjaga kamu.
Ibu janji insyaAllah benda ni tak akan berulang lagi.

So far sehingga hari ni zara xda muntah ke apa selepas kejadian semalam. Minum susu pun elok. Zara pun elok je ceria semalam.
Hopefully dalaman zara ok.
Cuma semalam after kejadian,  dahi zara bengkak sikit tapi dah surut bengkak after aku sapu minyak ubat.


Dan semalam juga suami aku gantikan tali putus tu. Tak pakai tali dah, terus gantikan dengan rantai besi. Hope kukuh dan ok.
Tak nak dah benda camni berulang.
Dan bawah buai pun aku dah alaskan dengan toto.

Betapa cuainya aku. Rasa berdosa sangat kat anak.
Lagi sekali, ibu minta maaf sayang.


Wednesday, December 28, 2011

Kisah Cincin Kahwin.




Assalamualaikum&Helo beautiful readers!

Rindu bangat kat dis blog. 4 hari bercuti 4 hari juga la tak update entry.
Balik kampung banyak story yang dapat.cerita sedih, cerita hepi.ermm

Berbalik cerita pasal cincin kahwin. semalam dengan semangat nya saya heret mak ajak p beli cincin kahwin tuk incik tunang. deal punya deal dapat la harga yang lepas dengan buget i. mood hepi sebab dapat cincin idaman hati untuk bakal suami. harga not bad.

Balik rumah tunjuk kat ayah, ayah pun cam berkenan.
mak suggest suruh mms cincin tu kat incik tunam. saya macam nak tak nak sebab tak suprise la kan if tunjuk kat incik tunang sekarang.
hati meronta2 nak jugak tunjuk cincin tu kat incik tunang.excited!
maka petang itu saya mms la pic cincin kat incik tunang.
tak de respon dari dia after send mms tu.
saya pun diam la jugak.

Then malam nya, mean semalam la sekitar jam 8.30pm duk bersiap2 diri nak balik batu pahat. Bus pukul 930pm. time duk bersiap tu incik tunang call. dia cakap dah tengok pic cincin.
dia tanya siapa pilih cincin? mesti la saya kan.
suka! ingat kan dapat feedback positive.
dia cakap lagi nape cincin banyak batu, macam cincin lelaki umur 30an keatas.
respon dia boleh nampak kan camne?
dia boleh cakap lepas kahwin tak kan pakai cincin tu.

saya sentap! arghhh..mood down!
silap saya juga tak send pic kat dia before decide pilih yang tu.
terus saya mengadu kat mak & ayah, depan parent saya nangis sehingga lam kereta time nak g terminal bas..ala *malu bila ingat balik
 yela siapa tak down, cincin dah beli aleh2 tunang cakap camtu. pulak dah nak balik batu pahat malam tu jugak. mujur parents yang banyak tenang kan.

Pagi tadi mak pergi kedai emas yang sama, tanya boleh dapatkan duit semula tak.
Tauke emas tak kasi, dia suruh tinggalkan cincin, then tunggu i balik pilih cincin yang lain, kalau takdek berkenan juga tauke suruh pilih barang yang lain. silap2 nanti saya akan pilih cincin emas untuk saya sendiri. padan muka incik tunang..haha..kejam tak?

jadi sekarang takda la cincin kahwin untuk incik tunang.
pasni ikut mood saya nak beli ke tak cincin lain untuk dia..padan muka! haha ^_^







*moral of story : nak beli atau pilih cincin seeloknya pergi bersama pasangan. jika pasangan sibuk send jek mms before decide yang berkenan dihati. kadang-kadang apa yang kita berkenan lain pula di mata hati orang tu.

Wednesday, December 21, 2011

Loser!




Assalamualaikum&Helo beatiful readers!

mood down sangat2..nak tinggal group b2b boleh?
tak da pe nak typing, nothing to say.
cuma rasa nak menangis dan nangis...


mungkin sepi seketika dan selamanya.
take care b2b..muaahh korang!!
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers