Showing posts with label Pantang bersalin. Show all posts
Showing posts with label Pantang bersalin. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Gambaran bersalin normal





Bukan nak takutkan bakal-bakal ibu tapi ini realiti yang perlu ditempuh bagi ibu yang bersalin normal.
Sakit memang sakit. Semua kaum ibu akan merasainya cuma mungkin pengalaman bersalin itu yang berbeza.




Bagi bakal ibu aku suggest pergi la kelas antenatal. Tak rugi.
Belajar teknik pernafasan semasa hendak bersalin, teknik teran dsb.
Aku dulu tak berpeluang nak pergi sebab suami sibuk kerja. sob
Padahal kelas tu foc anjuran klinik Al-farabi, Kuantan yang mana tempat aku checkup monthly. Rugi-rugi.

Akibat xda ilmu perihal bersalin, time bersalin aku dimarahi doktor sebab xpandai teran.
Hehe, pengalaman indah lahirkan Hasya Nurzahra.
Nasib baik la anak aku xlemas.

Tengok gambar kat atas, tetiba rasa ngilu, eh!

Friday, April 5, 2013

Pantang Larang ketika Berpantang




Banyak pantang larang bagi ibu yang dalam berpantang. Cuma nak atau taknak buat je pantang larang tu.
Tapi seeloknya buat sebab berpantang selepas bersalin sangat laa besar kesannya kalau tak diikut.
Boleh bentan, tertetas kesan jahit, gila meroyan dan bagai.



1. Ibu jari kaki tidak boleh terantuk
 Elakkan ibu jari dari terantuk kerana boleh menyebabkan seseorang ibu itu pitam atau bentan jika dia seorang yang lemah. Bahagian luka jahit bagi yang beranak normal juga kebarangkalian boleh terbuka semula. Macam aku complete pakai stokin dan selipar, hehe

2. Dilarang tidur tak berbantal
Ibu-ibu mungkin akan mengalami sakit kepala, darah kotor sukar untuk keluar dan angin mudah naik ke kepala yang mana boleh menyebabkan angin meroyan bagi ibu yang masih lemah.

3. Memakai stokin
Untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasuki angin. Penting untuk kesihatan, jika tidak pakai dikhuatiri boleh mengganggu kesihatan ketika berpantang.

4. Jangan duduk mencangkung
Dilarang sama sekali kerana akan menyebabkan rahim/peranakan yang masih lemah boleh terkeluar dan menyebabkan tumpah darah.

5. Mandi duduk dibangku
Seeloknya duduk dibangku. Kerana ibu selepas bersalin mempunyai badan yang sangat lemah.

6. Jangan terlalu aktif
Ibu selepas bersalin hendaklah berehat dan duduk diam di tempat tidur selama tempoh seminggu, ianya elok untuk memulihkan tenaga yang hilang semasa melahirkan. Berjalan biar la perlahan-lahan langkahnya untuk menjaga luka bersalin agar cepat sembuh.

7. Rapatkan kaki ketika tidur
Boleh membantu peranakan sembuh dengan cepat. Aku acap kali tidur terkangkang, tidur mati punya pasal, mak aku yang banyak tolong betulkan kaki ketika tidur, hehe

8. Jangan tidur di waktu matahari naik
Tidak dibenarkan tidur ketika waktu ini kerana boleh menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.
Kadang-kadang aku terlajak tidur juga, hehe

9. Jangan tidur waktu senja
Dilarang tidur di waktu senja kerana dimasa ini syaitan banyak berkeliaran dan mungkin ibu mudah diganggu dan boleh menyebabkan gila/meroyan

10. Jangan membaca dan menjahit
Fizikal yang lemahboleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua. Tapi zaman sekarang dalam  berpantang pun boleh duk mengadap laptop/tab, termasuk aku, hehe

Thursday, April 4, 2013

Yang penting bagi aku ketika berpantang..




Rindu pula saat berpantang hampir 3 bulan lepas.Kalau nak berpantang lagi wajib lah mengandung dan beranak lagi.
Masih baru kot, tunggu Zara 2tahun baru leh dapat adik baru, ehh? Ok, melalut.


Aku berpantang ikut cara mak aku, drpd mak menurun kat anak2nya.
Lain orang, lain negeri memang lain pantang dan caranya.


1. Mandi air daun serum - Dari 1st day berpantang sampai hari ke-7 aku mandi pagi dan petang air rebusan ni. Mak aku  yang rebuskan air ni. Air rebusan daun sireh, daun jambu, serai wangi dll. Best! memang wangi dan terasa segar! Ada orang xbuat kot.

2. Bertungku - wajib! Kalau tak mak aku bising. Bertungku mesti 1 badan. Memang terasa malas tapi bila selalu duk buat rasa seronok. Yang seronoknya rasa sakit pinggang boleh hilang kesan bertungku. Kesan dari menyusu baby yg agak lama. Dan lagi, bertungku membantu kecutkan peranakan.

3. Berbengkung - Ini pun wajib! jangan malas nanti perut menggeleber dan boncit. Aku pakai bengkung moden, memang leceh nak pakai dengan 2 tali panjang tu, tapi aku amek alternatif dengan pakai 1 tali je. cepat dan mudah! Sebelum berbengkung, tang perut aku sapu minyak herbanika dan krim herbanika barut Nona Roguy. Best sangat!

4. Berurut - wajib! selepas bersalin. Yang ni upah mak bidan. start hari ke-5 hingga ke-7. Tiga hari berturut. Time berurut ni la boleh tahu peranakan kita jenis apa. Ada 3 jenis kalau xsilap jenis batu, tudung periuk dan kain buruk. Yang paling elok jenis batu. Dan aku jenis batu, hehe

5. Makan suppliment/ubat - yang ni pun penting bagi aku. Ubat-ubatan membantu baiki sistem dalam tubuh kita selepas bersalin. Tak kisah ubat tradisional atau moden. Macam mak aku dia suka rebusan akar kayu. Tapi budak sekarang mana nak minum, termasuk aku, hehe. Aku just amek Shaklee. Beli yang set trial untuk berpantang memang ngam tuk 44hari. Kalau nak beli pakai botol2 tu mahal.

6. Makan berpantang -  Dua minggu pertama memang aku berpantang makan. Hanya makan nasi beserta ikan panggang. Time ni pemanggang ajaib sangat laa berguna. Thanks hubby sebab belikan! Nasi dan ikan mesti mau panas2 kalau dah sejuk tak lalu nak makan. Selepas dua minggu baru la aku makan lauk pauk sikit2. Biskut dan roti makanan asas ketika berpantang. Pagi, petang, malam aku bantai biskut dan roti je so stok memang continue je.

7. Memakai stokin - 44hari berpantang memang aku tak tinggal stokin. Bukak pun time nak mandi atau sapu minyak panas. Penting bagi aku sebab xnak bagi angin masuk badan dan nak elak dari sejuk.


Haa..yang kat atas memang aku tak tinggal ketika pantang. Wajib bagi aku. Nasihat aku berpantang laa betul2, hanya 44hari je. So bertahan lah. Aku pun ikut nasihat orang-orang tua. Badan kita nak pakai lama bukan nak pakai kejap, bak kata makcik aku.
Yeahh sampai ke hari ini, 87 hari aku masih bertahan tak minum ais, makan aiskrim dan makanan2 sejuk.
cukup 100hari dah boleh makan kang?? hehe

Thursday, February 21, 2013

Habis berpantang!




Salam olls!

Susah sangat nak update post sekarang. Online pakai tab so nak update tersangat la cerewet. haish..
Pejam celik dah habis tempoh berpantang. 45hari today. Tak sabar nak balik Kuantan. Yeahh! Nak bawa Zara jalan-jalan. 

Nak cerita pengalaman berpantang. Eh aku masih berhutang pengalaman bersalin??hehe
Sangat mencabar. Dugaan bertimpa datang ketika aku berpantang.
Yang mana kakak ipar aku meracau ketika aku berpantang.
Berubatpun dibuat kat rumah parents aku so lagi seram sejuk aku time tu.
Sekarang pun tak pulih sepenuhnya, huhu
Stress sangat. Menangis-nangis aku sebab takut maklum la badan tengah kotor time tu.
Takut dapat tempias ke apa, huuu
At last dalam 20hari berpantang suami aku angkut aku dan Zara p berpantang rumah maknya. Hampir dua minggu juga kot.
Ok, habis dugaan pasal ni.

Dugaan lain pula, kakak aku kematian anaknya di dlm kandungan. Usia kandungan 32w++.
Sedih sangat-sangat. Kematian kali ke-2.
Menangis lagi aku sebab terasa sangat2. Since dah ada anak sendiri.
Dan hampir stress sebab ada mulut-mulut suruh asingkan aku berpantang dengan kakak aku. mean xboleh berpantang sama2 dlm satu rumah. lagi haruu..
Sebab risau kakak aku menangis dan tertekan bila tengok anak aku.
Boleh meroyan nanti, nauzubillah mintak dijauhkan.
Dan sehingga sekarang akak aku pun dah makin pulih. dah boleh redha dengan apa yang berlaku.
Aku sendiri pun banyak bagi semangat dan berkongsi pengalaman berpantang.
Alhamdulillah dia dapat terima.

Ohh, tu je kot dugaan aku dalam berpantang.Dugaan yang mencabar bagi aku. huu
Eh Zara dah bunyi 'siren'nya..nak susu leteww..bye!


Thursday, February 7, 2013

Menangis baca text itu..




Salam readers.

Aku masih dalam mood sedih. Sedih kerana kisah kakak aku. Tidur pun tak lena. After menyusukan Zara 5:30am tadi sampai sekarang tak tidur. Terus terfikir nak wat entri.
Pakai tab so xsusah nak on ke apa macam laptop.

Kisah di entri semalam.
Sedih sangat-sangat. Semalam aku duk menangis sorang-sorang kenangkan kisah itu.

Semalam aku text akak aku, tanya camne keadaan dia..
tetiba dia balas text aku camni..

"Ani dan abang sedih la..beli baju dia comel-comel tapi xdang nak pakaikan..la ada anak, tapi Ani dah xda.."
(la panggilan akak untuk aku)

Ya Allah..menitik air mata aku ketika baca text tu. 
Tak tertahan rasanya walaupun yang laluinya adalah kakak aku.

Teringat ketika sama-sama preggy. Banyak perkara aku kongsikan bersama.
Perihal beli baju baby, perihal ilmu mengandung dll.
Sedih bila kenangkan.

Kalau pemergian anaknya yg sebelum ni aku tak terasa sangat sebab time tu aku belum kahwin.Tapi pemergian anak dia kali ke-2 ni memang aku cukup terasa kerana aku sendiri dah lalui jerit perih mengandung 9bulan. Secara automatik naluri keibuan itu menjadi kuat.

Ya Allah besarnya dugaan Mu pada kakak ku..

Moga akak aku lebih kuat untuk terima dan hadapi kehidupan mendatang.
Dan dipermudahkan rezeki untuk mendapat anak lagi..Aaminn.
In sha Allah..



*suami akak aku pernah bermimpi yang perut akak aku kosong (seperti tiada baby) ketika akak aku mengandung. petanda yang baby tu akan pergi meninggalkan mereka.Mimpi tu abg ipar aku bagitau mak semalam selepas doktor sahkan baby memang dah xda.
Sebelum ni abg ipar aku abaikan mimpi tu sebab di fikirkan mainan tidur.
Kuasa Allah..

Wednesday, February 6, 2013

Al-fatihah untuk anak kakak aku..




Salam readers

Al-fatihah untuk anak kakak aku. Moga anak itu membantu ibu dan ayahnya di Syurga nanti.
Aku sedih, simpati..nak menangis tapi air mata tak mampu keluar.

Anak kakak aku meninggal di dalam kandungan. Usia kandungan 32w++.
Semalam kakak aku checkup mcm biasa kat kk.
Doc scan 4,5 kali tengok jantung baby tak bergerak. Refer hospital doc pun scan ckp benda yang sama. Then result pagi ni doc sahkan memang anak tu dah meninggal dalam perut.
Sekarang dah masuk ubat tunggu proses nak keluarkan anak tu.

Aku sedih dan terkilan sangat2. Taktau nak describe camne.
Yang sedihnya sebab ni kandungan sulung dan kali kedua kakak aku kematian anak camni.
Kes sebelum ni berlaku tahun 2011.
Hopefully kakak aku kuat untuk hadapinya.

Terkilan sebab tak dapat bersama dengan family aku sebab aku masih berpantang kat rumah mertua.

Al-fatihah buat bayi itu...

Tuesday, January 22, 2013

Sembelit ketika pantang..




Salam readers.

Tajuk post agak haru sikit. Tak melampau kang? hehe. 
Tapi tu ler realiti yang terpaksa aku dilalui ketika dalam pantang. Sembelit!!
Azab wehh..better yang tengah preggy get ready awal2.

Sembelit sangat common ketika dalam pantang. Time before deliver aku tak standby apa-apa ubat so terpaksa la hadap. Menangis wehh..huhu
Azab sembelit lebih sakit dan takut dari nak bersalin. Pendapat aku laa.
Eh bukan nak takutkan mommies to be tau..sekadar berkongsikan pengalaman sendiri.

Yang jadi takut dan sakit sebab luka yang jahitan tu.
Takut tertetas..tu je yang duk pikir..huhu
Awal berpantang aku tak rasai lagi sembelit ni, hari ke12 berpantang baru terkena, huhu
mengigil kepala lutut time hadapinya..

Tapi kalau yang berpantang dengan set nona roguy InsyaAllah xyah risau.
Sebab dalam set bersalin NR dah ada ubat lawaskan pembuangan.
apatah nama ubat tu aku lupa.

Macam aku lepas kena sembelit tu, terus usha-usha tanya sana sini apa solution tuk elakkan dari sembelit ni.
Macam2 cara orang duk suggestkan kat aku untuk atasinya.
Last2 aku ambik solution yang mudah.
Makan ubat ni..






"Bisacodylum"..kat farmasi ada jual.

makan waktu malam sebelom tidur.
macam aku, makan semalam dan bangun  pagi tadi sangat lawas ketika membuang.

Xyah la mkn tiap malam..bagi aku 2, 3 hari makan la 1kali.
Makan tiap hari kang cirit pulak haru biru nanti xdang sampai toilet..hehe

okeh, tu je nak share.
Eh, pengalaman bersalin aku lom story kang?

stau tune yaa..


Friday, January 18, 2013

Tips cepatkan tali pusat tercabut..




Salam pembaca.

Since dah ada baby xleh daa nak update blog tiap hari, tapi xpe xkisah pun.
Lebih seronok bermain dengan baby zara dari duk update blog, hehe

Arini dah 11 hari berpantang. Kejap pulak rasanya.
Alhamdulillah baby zara tak banyak ragamnya. menangis bila nak susu je, kerjanya tido dan tido. time berjaga mata duk kelip-kelip je. Mak aku cakap baik budak ni. Tengok la mak nya siapa, haha..perasan!

Sekarang baby zara ngah tido, aku amek peluang update kot tab, malas nak on laptop.
Pengalaman bersalin pun aku lom ceritakan. Tunggu entri lain ye.

Sekarang nak cerita pasal tali pusat zara.
Alhamdulillah, dalam usia 6 hari tali pusat zara dah tercabut.
cepat ke lambat?

bagi aku sangat cepat kot.
sepupu sepapat zara paling cepat pun 7 hari dan paling lama pun 10 hari baru tercabut.
kiranya zara yang paling cepat la antara cucu mak aku. hehe

tips nak bagi tali pusat baby cepat tercabut dan cepat kering mudah je.
Macam aku selalu tuam kan pusat baby dan sapu minyak gamat kat atas pusat dan keliling pusat zara.
memang sangat menjadi.

Aku tak tuam pakai tungku moden tu, tapi tuam pakai tungku batu.
tungku batu sungai turun temurun, heh






Aku bertungku pun pakai tungku ni, best!
Itu je aku nak share, tips yang cukup simple ^_^



Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers