Showing posts with label Geng Gojes. Show all posts
Showing posts with label Geng Gojes. Show all posts

Monday, May 19, 2014

Birthday Party Ayish, anak Nana

Salam dan hai.

Tetiba kaku, sebab dah lama tak menulis kat blog sendiri. miahahaha. Sabtu weekend aritu tak kemana, petang hanya ke birthday party Ayish kat Kemaman. Berjaya jugak heret laki ku ke sana. 1st time bawak dia ke rumah kawan-kawan blogger. 

Pagi sabtu laki ku kerja so awal-awal dia dah cakap tak sure boleh pergi ke tak. Pagi tu dia dah wassup, tak payah pergi laa. Aku dah pasrah. So get ready plan lain iaitu tanya Hana dia pergi tak. Plan asal nak tumpang Hana je, then time balik laki ku datang jemput kat rumah Nana. Tup..tup Hana tak jadi pergi, ada kenduri katanya takut tak sempat. Sebabnya majlis Ayish sebelah petang jam 4pm-6pm. 

Ok takde rezeki nak pergi la kot. Takpe sebenarnya tak kisah pun.hehe

Tetiba petang dekat pukul 4 suami call. Dia tanya duk buat apa? Aku cakapla baru sudah goreng lempeng. laporr! haha. Tak masak sebab barang mentah dah habis. Tetiba lagi suami cakap, cepat la siap, kata nak pergi. Arghhh rasa nak ketuk kepala dia, (ok, tak baik dosa besar!) sokmo cakap last minit gitu. Aku dengan gelojoh lempeng dalam mulut ambil towel dalam bilik then g sejukkan badan. (mandi kali ke2). Nasib baik Zara tak meragam time tu. Laki aku tak suka bila dia sampai rumah tengok aku belum siap. So gelabah la aku. Huahua. Zara belum siap time tu, tunggu abahnya balik siapkan dia, buat lagi kat aku camtu. haha. 

Dah alang-alang nak dekat waktu asar, kami terus tunggu asar. Lepas solat Asar gerak g rumah Nana. Sampai sana pukul 5.30pm gitu. Tak susah pun nak cari rumah Nana. Time sampai tu hujan renyai2 je. Nampak padilah, terus tegur then laga pipi, tehee. Padilah datang dengan suaminya, maka ada geng la laki aku nak teman borak. Kemudian g cari Nana yang time tu duk kalut dengan Ayish. Kesian tuan rumah sibuk kemain, hehe.

Kebetulan masa sampai, Ayish baru nak motong kek. So dapat la merasa kek red velvet yang sedapp sangatt tu. Thanks Nana!

Kesian mama ayish, mengah2 potong kek, hehe

Padilah, Nana, Aku

Happy Besday Ayish. Moga menjadi anak soleh ye!! To Nana, mekasih lagi kerana invite kami. Next time nak gojes sana lagi. Rumah Nana serius lawa!! Kan padilah??

Melepak sana sampai 6.30pm juga. Laki aku dan padilah dah panas bontot ajak balik, haha. Aku tak terus balik Kuantan tapi g rumah pakcik suami pula juga kat kemaman. Solat Maghrib sana then malam baru gerak balik Kontan. Ala Kuantan - Kemaman 1/2 jam je pun. Suami aku kalau pecut 15-20min je. Haishh

Ok, tata!




Wednesday, January 15, 2014

Zara 2nd time meet anak geng gojes!

Salam dan hai.

Cerita Sabtu weekend haritu. Lambat pula update. Pergi housewarming rumah Intan. Tq Intan ajak kami. Bertemu dan berkumpul dengan geng gojes Pantai Timur. Meriah uolls walaupun xda semua yang datang. Best sangat. 2nd time aku meet dorang, 1st time masa open house raya rumah Kina last year.



Kami bersama tuan rumah. L to R : K.Yati, Hana, Nana, Mimi, Intan, Dyll, Aku, Sarah, Padilah

Zara masa kat rumah Intan agak behave la. Tak crancky. Menyusu pun tak sepanjang kat sana. Kalau kat rumah nak gayut dengan nenen je kerjanya. Kat sana ramai budak, so kerja dia nak main dan selongkar mainan Amani je. Masa 1st time meet dulu, Zara kecil lagi. Ni dah pandai nak berkawan dan huha2 dengan orang.



Kat atas tu anak kak Yati. Behave sangat dorang. Sampai ke bilik Amani kami sembang dan bawak anak-anak main. Port paling best. Nak bergambar pun syok.


Kiri : Aryan (anak dyll), tengah : Zara, kanan : Amani(anak Intan)







Almost 3jam jugak la kami lepak sana. Nasib baik tak bawak suami. Suami ku kerja. Kalau bawak suami konpem dah kena balik awal. Kekekeke. Dah nama gegirl, asal jumpa je mesti nak bergosip lama. Haha. Balik tu aku tumpang Nana. Thanks Nana hantar I. Zara masuk kereta, bagi nenen terus senyap tidur. Penat main gamaknya. Best jumpa uolls semua. Next time kita meet lagi k. Setup plan baik punyaa.


Ok, tata!

posted from Bloggeroid

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers