Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Alhamdulillah, masih fully..

Salam dan hai.




Alhamdulillah, masih fully breastfeeding sampai sekarang. Zara sekarang dah 8bulan lebih dan masih setia dengan susu ibunya. Thanks Allah kerana memberi kenikmatan ini pada aku dan Zara. Niat aku nak fully bf selama yang mungkin, sebolehnya hingga Zara berusia 2tahun. Zara memang tak dapat nak lepas nenen ibunya. Aku kan masih tak kerja, maka Zara hanya df semata-mata. Risau gak aku, kot2 la tetiba rezeki aku dapat kerja, camne la Zara. Haruu. Aku dah cuba train pelan-pelan tapi dia xmo, nak jgk df. Sekarang aku train minum air masak pakai botol lak, di hisapnya elok dan lelama dia akan main-main pulak dengan puting botol tu. Xpela asalkan Zara familiar dengan puting botol dan kenal botol susunya.


Aku dah jarang sangat pam susu. Tak menyempat nak pam, tetiba Zara dah nak nenen. Suami dah bising-bising beria beli breastpump tapi tak guna, sobs! Nasib baik manual pam, tak rasa rugi sangat membelinya. Nak letgo sayang aih. Macam tak berbaloi, simpan la untuk 2nd, 3rd anak dan blalala..eh bila tu?? Tunggu laa rakan-rakan seangkatan lain preggy sama, kita preggy berjemaah ye..bak kata geng GBSB! Bahahaha..

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 17, 2013

Senarai Onlineshop Nursing Inner


Assalamualaikum.
Semalam aku ada up entri pasal nursing inner
Rupa-rupa ada juga yang tak tahu kewujudan nursing inner. Macam aku la awal-awal ada anak memang tak ambil port langsung pasal nursing inner ni. Sekarang baru terhegeh-hegeh nak cari.
Ada yang komen menyokong pemakaian nursing inner, penting untuk cover perut dan badan dari terdedah. Kalau perut berlapis lemak err lagi la malu kalau ada yang nampak.
Dengan pemakaian nursing inner maka terpelihara aurat perut tu, hehe

Semalam dah alang-alang keluar, aku try cari kat mall, kedai-kedai yang jual maternity dan nursing wear. 
Tapi nan hado. Kuciwa! Maka terpaksa la aku ushar online.
Kat luar sana, mungkin masih ramai tak tahu adanya nursing inner ni.
Sebab tula seller kat luar ramai yang takda jual.
Bagi aku tersangat lah penting untuk directfeeding.

Godek punya godek terjumpa la online shop yang jual menda alah ni.
Aku dah grab dua, nak pakai raya gituu..haha

Ok, korang yang masih duk mencari, boleh beli kat sini.

Tuesday, July 16, 2013

Nursing inner satu keperluan untuk directfeeding..


Alhamdulillah, selepas 6bulan berjaya juga bf sepenuhnya Zara.
Moga-moga diberi rezeki untuk terus bf kan Zara sampai 2tahun, Amiinn.

After 6bulan, baru sekarang aku duk sibuk mencari nursing singlet (sleeveless).
Sebelum ni hanya duk tahu ada nursing inner (longsleeve) dan nursing bra je, haha
Dang-dang nak raya baru terasa arghh pentingnya nursing singlet.
Nak nursing singlet!!
Nak sangat singlet ni sebab nak pakai dengan baju raya kurung moden.
Sebelum ni tak rasa satu keperluan sebab pakai baju semua yang friendly bf.
Nak pakai nursing inner (longsleeve) sangat tak sesuai sebab baju aku tak jarang.
Tak sesuai kot nak pakai 2 lapis dengan cuaca Malaysia yang hot gituu.
Nanti naik rimas aku time df.

Nak pakai singlet sebab baju raya aku tak friendly bf. Takda butang dan zip sorok kat depan. sobs
Maka kalau nak df terpaksa la selak baju, kalau ada nursing singlet maka terpelihara la badan dan perut aku dari dilihat orang. Aurat tu!!
Aku tak reti nak guna nursing cover sebab Zara ganaih bebenor time df.
Kaki dan tangan dia dah macam nak bersilat.
Lagi pulak zara cepat berpeluh, mendatangkan ketidakselesaan pada dia nanti.


Longsleeve

sleeveless
Bukan main susah nak cari seller nursing inner (sleeveless) ni.
Agak-agak dekat kedai-kedai luar ada jual tak?
Kalau xda terpaksa la usaha untuk beli online.

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers