Wednesday, June 25, 2014

Clearance Stok : Wide Shawl RM9!

Salam dan hai.

Material : cotton viscose
Size : 1.8m x 1m
Price : RM9 sahaja






Berminat untuk order?
Email : damielhola@gmail.com
WhatsApp : 019.9879159


Friday, June 13, 2014

Homemade Jejari Nestum

Salam dan hai.

Sekarangkan isu pasal cadbury. Memang sumpah aku tak makan dah, nak merosakkan Islam. Aku  ni dahlah hantu coklat. tskk. Takpe kita cari coklat lain. Buat sendiri pun lebih bagus. Selamat dan boleh makan tanpa was-was gituu. 

Dah hantu coklat maka ikhtiar jugak buat kudapan berasaskan coklat. Dua hari lepas try buat jejari nestum (tak tahu panggil apa) ohh sedap rupanya. Diri sendiri buat semestinya angkat kain dalam bakul. Eh?? *macam pelik pepatah ni. Senang je buatnya. Mesti ada roti gardenia yang keping, coklat masakan, nestum. Yang lain-lain oven, periuk (dua periuk sebab nak masak coklat double boiler kang).

Ok, kat sini aku takda oven maka aku guna pemanggang ajaib. Memang ajaib laa, serba serbi boleh guna untuk masak. Berbaloi suami aku beli. 

Memula, roti potong kecil-kecil kemudian bakar atas pan/pemanggang. Ada oven pakai oven, lagi cepat.




Bakar sampai garing. Kalau garing sedap kunyah nanti.

Done bakar!
Kemudian, masak coklat dengan kaedah double boiler. Sama macam masak topping kek coklat. Perasakan coklat masakan tu. tambah la butter sikit, susu cair dan susu pekat. Kemudian lagi, masukkan la roti bakar tadi dalam coklat. Celup satu/satu. Lepas celup dengan coklat, golekkan dalam nestum. Buat la sampai roti habis then masukkan ke esbok. Terpulang nak sejukkan sekejap atau lama. Aku sejukkan 1/2jam je sebab gelojoh tak sabar nak makan. agagaga.


Sedappp laa untuk aku. Adik ipar aku cakap rasa cam kek batik pun ada. Kalau sedap jenis coklat masakan korang maka sedap laa jadinya..Tak sedar, ralit tengok tv tupp2 dah licin, haha.

Ok la, cer korang try buat, conpem jadi dan sedapp. 

Tata!!

Thursday, June 12, 2014

Giveaway Tunai RM500 by SyuhadaBaharudin.com

Salam dan hai.

Dah lama tak join giveaway. Ok, cuba nasib kot-kot ada rezeki nak menang, aminn. Giveaway yang cukup simple. teheee.


http://syuhadabaharudin.com/2014/06/03/giveaway-tunai-rm500-syuhadabaharudin-com-2/
KLIK SINI


Nak join? Klik banner kat atas..then korang follow je step seterusnya.

Ok, done!!
Simplekan??
Good luck untuk aku dan yang lain!!


Monday, June 9, 2014

Roti Telur awesome!

Salam dan hai..

Tadi pagi berangan nak buat roti telur gini. Nampak orang post kat instagram terus rasa nak cuba. Memang dah buat pun. Dah la telur sebiji je dalam peti ais. Excited bebenor. Padahal rasanya sama je kot kalau buat roti telur biasapun. Sebab nampak comel tu yang excited nak buat. 


Maka buatla daku. Hasilnya??



Hehehe. ROTI TELUR SEPARA RENTUNG. Nasib la tak rentung serentungnya. Aku bakar atas pan, tu pasal terbakar cepat camni. Kalau pakai oven tak jadi gini kot. Haha. Korang pakai pan jadi gini tak? Kalau tak masak lama nanti telur tak masak. Camne ye? Grrr..

Sedih, dah la telur sebiji je yang ada..takpe2 next time la try buat lagi. Roti Telur Awesome!! Nak update kat ig pun segann aihh, haha

Ok, tata!



Friday, June 6, 2014

Pulut Lepa @ Panggang

Salam dan hai.


Orang Terengganu panggil kuih ni pulut lepa. Siapa suka? Makan panas-panas..sedappp! Kalau kat pantai timur pulut ni berintikan ikan. Kalau negeri lain ada yang inti udang. Semestinya sedap inti ikan. Orang Ganu, ikang dan mereka memang dah sebati gituu.

Ok, merujuk gambar kat atas, ini adalah pulut lepa buatan mak ayah aku, hehe. Kasi promot sikit. Mak ayah aku berniaga kat pasar malam sekitar KT je. Hanya empat hari setiap minggu. Jumaat kat Pulau Duyong, Sabtu di Telok Ketapang, Isnin di Wakaf Tembesu dan Rabu di Seberang Takir. Sesiapa blogger ganu yang terdekat boleh la gi merasa. InsyaAllah sedapp. Setiap pagi pula hantar kat kedai kopi sekitar kampung.



Artis Yana Samsudin pun dah pernah membeli kat gerai ayah aku. Cer tanya dia sedap ke tak? Hehe. Siap posing dengan kipas lagi, buat2 nolong la tu.

Sebelum ni ada pihak siaran tv nak temu ramah ayah aku. Siaran apetah. Nak masukkan dalam program tv katanya. Time tu aku masih duk study kat Johor. Ayah aku tolak cara baik, belum bersedia katanya plus segan mak ayah aku tak reti nak cakap untuk public. Kesian kan? hehe. Korang orang ganu yang nak merasa pulut lepa mak ayah aku boleh la pergi pasar malam yang aku sebutkan kat atas ye. Tempahan pun diterima. InsyaAllah.
 
 



Thursday, June 5, 2014

Koleksi Jubah Dress Untuk Hari Raya

Salam dan Hai..

Sekarang kan trend jubah dress. Ala senang cakap jubah moden. Kalau sebut jubah macam mak-mak sangat kan. Kalau sebut dress haa moden gitu. Aku dah salah sorang penggemar dress. Nak buat baju pun sikit-sikit nak dress. Nampak sopan gitu dan yang penting aurat terjaga.

Tak gemar sangat kalau material lycra, sometime material lycra melekat kat badan. Aku ada dua helai material gini itupun dah lama beli. Tak melekat maybe sebab aku ni dah cekeding. Tapi kalau di tiup angin haa tu nampak keseksaan jugak la nak cover jalan. Sekarang aku elakkan membeli dress material lycra.

Aku ada berkenan beberapa dress kat onlineshop yang dah famous amous ni. Kalau korang aktif instagram dan selalu duk ushar mesti berkenan jugak. Aku cadang nak buat raya. Raya ke-2. Raya pertama dah settle, batik sutera gituu. Orang ganu so sutera mesti ada, haha. Dua pasang cukup. Kasi chance kat anak la melaram banyak baju.

Antara jubah dress yang aku duk ushar!! Tapi harga pejam mata la, semua harga range RM160-RM180.



SIERRA JUBAH DRESS 
MEDINA JUBAH DRESS
Yang ni loose belt, tak pakai pun boleh. Aku suka kalau tak pakai, tak la mengcekik pinggang.
MEDINA JUBAH DRESS

KOLEKSI BELLAAMMARA

TIARA JUBAH

TIARA JUBAH

KOLEKSI RUCCIMODISCH

SARAH JUBAH

Sarah jubah paling murah RM130 je. Dress dua kat atas paling aku suka. Koleksi FabulousHeejab. Harap-harap dapatla beli. Pejam mata eh nak transfer duit, kekeke. 1st time kot nak beli jubah online harga over RM100, haha.

Korang ada onlineshop jubah dress yang cun-cun nak kongsi? Drop komen ya!!

Tuesday, June 3, 2014

Oven Cornell ok tak?

Salam dan hai..

Gigih mengumpul duit Nuffnang, nak beli oven kekdahnya, kekeke. Kalau oven tu harga over bajet maka suami tolong topupkan..siapa lagi nak tolong kannn. Idok lerr mahal yang aku nak, range harga RM200-RM250 je. Ok mari kita tengok duit Nuffnang terkumpul. Taklerr banyakpunn.



Actually, mampu je nak beli tak pakai duit Nuffnang ni. Tapi aku nak juga merasa membeli pakai duit blog. Atleast ada barang yang aku belikan. Kenangan tu. Nampak gayanya harga oven over dari Nuff, acaner?? Abang..abang..kekeke.

Last week dah survey. Berkenan kat brand Cornell ni. Harga pun mampu milik. New version. Old version ada tapi macam tak lawa designnya, harga konpem lagi murah RM180+.. Nak jugak new version kannn..hehe


Yang ni new version la kot, aku lupa dah rupa dia. Kalau old version hodoh sikit, kahkah. Ok tak? Ok tak? Tak besar sangat, tak kecil sangat. Nak beli besar bukan aku buat bisnes kek pun. Saje nak baking suka-suka. Bosan kat rumah boleh baking, giteww..Last week suami dah belikan microwave. So microwave checked!!
 

Senang nak panaskan lauk sahur time puasa nanti. Bukan alasan, memang iye, tehehe. Brand Elba. Beli time promosi kat Giant, RM179. Ok la kan? Tak mahal sangat. Asalkan berguna sudahh. 
 
Ok, misi memburu oven pula, hopefully sempat sebelum raya. Kalau tak, lepas raya lerr, tak merasa la nak baking kuih raya. Takpe kita hunting benda yang penting je dulu. T__T

Ok, tata!!








Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers