Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label Alhamdulillah. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

22weeks already

Assalamualaikum.

Lamanya tak menulis sini. Rinduuu sangat. Nak share something new. Kalau kawan-kawan kat fb, instagram ada yang dah tahu kot. Kat sini tak dang nak share, sibuk sangat kononn. Konon laa.

Macam tajuk entri, Alhamdulillah. Aku pregnant untuk kali ke-2. Alhamdulillah masih dapat merasa nikmat mengandung. Zara bakal jadi kakak, hikss.

Ok takleh nak typing panjang, update pakai fon limit sangat nak menaip. Sekejap error sini, error sana. Laptop rosakk, nasib la badan.

Doakan aku dan kandungan sihat-sihat ye. Macam tak sabar laa pulakk, hehe. Tataaa see u soon for next entri. Entah bilaa pulak update. Bahahaha.




Sunday, October 13, 2013

Nuff : BE ke-26..

Salam dan hai.

Nak selalu dapat BE rerajin la update survey dan cerita pasal Nuff. Satu tips tu. Itulah usaha aku nak memula dapat BE dulu. Haha. Eh, yang cerita pasal Nuff kebetulan je kot, xbuat pun boleh, hehe. Aku sesaje nak memenuhkan entri kat blog nih. Kekeke




Alhamdulillah BE ke-26 Nestle Drumstick untuk tahun 2013 melekat lagi. Moga murah lagi rezeki dengan Nuffnang. Side income sambil2 blogging. Sikit pun takpe, semua rezeki dari Dia. Amiinn.

posted from Bloggeroid

Thursday, September 26, 2013

BE ke 23 dan 24 tahun 2013..

Salam dan hai..
Tetiap pagi cam gini mesti aku bukak acc Nuff, nak tengok jumlah amount, dasar mata duitan kennn, bahahaha. Act, memang selalu aku bukak sebab nak tengok ada BE baru tak. Alhamdulillah memang ada. Dua BE yang baru masuk, tapi tarikh BE yang kelmarin dulu dan semalam. Tak faham aku, BE baru aku mesti dapat detect lewat 1@2 hari dari tarikh BE. Semalam cek xdapun. Takpela lewat 1, 2 hari pun asal BE tak segan silu muncul dan terus muncul dalam akaun Nuff aku.




BE Rhb cepat la metered oi, tak sabar nak cashout ni. Hehe. Mekasih Nuffnang!

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 23, 2013

Nuffnang dah boleh cashoutN


Cerita pasal Nuffnang. Alhamdulillah Nuffnang aku dah boleh cashout.
Walaupun amount tak meriah tapi tetap bersyukur.
Anggaplah rezeki untuk anak.
For 1st time aku nak cashout tau. Tapi tunggu la lepas-lepas raya aku cashout.
Kasi lagi meriah amount tu, tehee




Hasil berblogging selama 2 tahun lebih baru nak merasa duit nuffnang. pheww giler lama. Act blogging je dah lama tapi accont nuff aku baru je wujud bulan 9 tahun lepas, hehe, ok la kan?


Owh dah 14 Ramadhan hari ni, sekejap je masa berlalu.
Selamat berpuasa!

Monday, June 10, 2013

Nuffnang : BE paling lama on going dah metered..



Sori readers, jangan bosan ye. Sometime aku perlu juga up entri pasal Nuffnang, baru la dorang tak lokek nak kasi BE, ye dak?? hehe
Ok, CPUV TM Mencari Ramli 2 dah metered. BE yang paling lama bertapa kat account Nuffnang aku. Empat hari lepas kot metered dan sekarang 3 BE masih tengah running. Hopefully lama la BE tu duk bertapa kat situ.

Walaupun nampak je BE aku banyak tapi amount tak meriah pun. sobs!
Dapat kumpul sikit-sikit je. Tapi xpe sikit-sikit kumpul lama-lama berlambak la kan,hehe
Alhamdulillah rezeki, dapat la jugak merasa duit Nuffnang hasil berblogging yang tak seberapa.



Mekasih Nuffnang!
Hope lepas ni bertambah la BE lagi.
Alhamdulillah!!

Monday, May 13, 2013

Sekarang untuk anak je..Selamat Hari Ibu!!




Selamat Hari Ibu!! Untuk diri sendiri, mak, mak mertua dan mommies!!

motif??

Kerja rumah dah settle. Membasuh, menyapu, kemas rumah dan dapur, menjemur dll. Lega! Dan anak masih tido, maka dapat la aku beronline seketika. Yeahh!

Semalam hampir separuh hari berjalan. Mak aihh penatnya kaki. Hanya ke ECM (East Cost Mall) dan Berjaya Megamall. Kami laki bini memang suka window shopping. Pergi dengan takda tujuan dan hanya berjalan semata-mata. Kesian anak kami dapat mak pak yang hanya suka window shopping. haha
Tapi semalam ada jugak pekdahnya. Takda la pulang tangan kosong.

Dan semalam, sempena Hari Ibu kami makan-makan di Kenny Rogers.
Aku yang belanja suami. Eh, pelikkan? Dah terbalik pula.
Memang dah niat aku nak belanja suami makan Kenny Rogers.
Sesekali belanja suami tak salahkan? Lagipun dalam setahun ada la sekali aku belanja suami, haha
Cheapskate!! lol

 Eh ni aku punya, suami punya nampak pinggan je, aku memang tak reti kalau snap pic, lol


Tapi semalam ada juga membelinya, itupun untuk Zara je. See, sekarang semuanya untuk anak.
Kami laki bini sanggup tak bertukar baju, demi untuk mu anak. ishh!
Tapi untuk aku banyak membeli online kot, kekeke
Sampaikan suami dah hold transfer duit ke akaun aku, sobs!
Elok juga hubs buat gitu, aku tak marah. Sometime nafsu aku nak membeli online tak terkawal, lagi-lagi since dah ada m2u. Laju je tangan klik order sana sini, hehe

 Hasil rembatan baju untuk Zara,


Minggu depan nak berholiday ke Langkawi, maka tambah la baju sepasang dua untuk Zara.
Tapi kalau tak g holiday pun, ada je jugak baju si kecik yang terbeli, tak tahan wess!
Ini belum raya lagi, haish.


*Tak sabar nak ke Langkawi next week!!

Thursday, April 18, 2013

Nuffnang lagi..




Dah lama tak cerita tentang Nuffnang. Bila dah dapat BE haruslah say thanks pada Nuffnang.
Semalam sesaja buka akaun Nuffnang. 
Pertama kali buka ada satu BE baru bertenggek.
Dua kali buka ada dua BE, tiga kali buka ada tiga BE. 

Ehh kemain ko eh, terus bukak mata besar-besar time tuh. Kot2 salah tengok.
Dua, tiga kali tengok betul daa..Alhamdulillah.




See, tiga BE yang masih still on going. Aku malu dengan jumlah amount sangat2 cenonet sebab itu aku blank kan -_-

Tapi yang aku pelik tang dua kempen Libresse dan Project Breeze.
Start date dah lama, tapi baru semalam duk muncul kat akaun Nuffnang aku.
Sebelum ni aku cek xda pulak.

Apa masalah eh? Anyone can explain?

Berblog hanya sekadar suka-suka, terima kasih kepada pembaca setia blog aku.
Ehh, ada pembaca setia ke?


Terima Kasih Nuffang!!

Tuesday, March 19, 2013

Murah rezeki Zara..




Salam pembuka bicara.

Tangan kiri kendong directfeed kan Zara, tangan kanan duk typing. Wahh hebat ibu zaman kini.
Housewife kalau tak bersosial di laman sesawang hidup memang bosan, haha, ye dak?
Melainkan seseorang tu buta IT, hehe
 Eh melalut pula.

Nak cerita rezeki Zara. Ibu jeles sungguh.
Dah sepakat dengan asben nak carikan baby carrier untuk Zara. Last2 kawan asben dah hadiahkan.
Macam tahu je I need it!!
Last time dah dapat stroller. Stroller mahal pulak tu.
Alhamdulillah. Selamat duit abah,hehe

Tapi melepas impian ibu yang nak request SNUGGbaby dari abah, haish




Zara dapat baby carrier brand SweetCherry.. Xpe asalkan ada.
Boleh kendong Zara time bercuti nanti. Eh tak sabar!! I need vacation!!
Bulan 5 insyaAllah and for 1st time nak bawa Zara jalan jauh. Eh dalam Malaysia je, lol

Thursday, December 20, 2012

Sudah berada di kampung...




Salam readers.

Macam lama je tak update blog, rupanya baru seminggu. 
Ada yang rindu tak? hehe

Aku sekarang dah berada kat kampung. Eh aku belum ber'anak' tau! Cuma balik 3minggu awal sebelum due bersalin. Takmo terberanak kat Kuantan. Suami dan aku nak baby jadi kerakyatan Terengganu macam mak paknya jugak. Terengganu sokmo! hehe

Heavennya balik kampung!
Sebelum tiba waktu bersalin, semua benda aku gasak makan.
Dapat makan masakan mak even masakan simple pun, Ya Allah nikmat teramat.
Alhamdulillah.
Pulut durian, nasi kerabu, ikan singgang semua dah selamat kat dalam perut.
Siap jadik bahan kumuh lagi, hehe
Mak cakap makan puas-puas sebelum deliver, dah berpantang nanti hadap la ikan panggang kunyit hari-hari. huhu..uwaaa

Mak aku dah siap pesan awal-awal.
Berpantang jangan main-main.
Makan minum semua kena jaga. 
Termasuk berurut, bertungku, bersalai, berbengkung. fuhh..baik mak!
Heee tak sabar pulak rasanya nak lalui semua tu ^-^

Nak body macam mak.
Walaupun beranak 13 orang, tapi body maintain slim. Berat maintain sama dari muda ke tua, hehe
Perut tak buncit, urat-urat biru tak timbul. Salute laa makk!!


...........................................................................................

Oh ye, aritu aku ada bagitau nak guna yes time kat kampung kan? Entri ini.
Sekarang aku beronline pakai yes la. Yang blog jadi tak berupdate tu sebab malas, hehe.
Kalau dah kat kampung camtu lerr jadiknya.

Setakat ni aku pakai speed nya sangat la ok. Sebelum uolls nak bertukar pada yes, cek dulu coverage kat tempat uolls. Time suami aku daftarkan yes ni, SA nya cakap, kalau tempat tu ada sekolah mean ada la tu coverage nya sebab semua sekolah mostly pakai yes
 Ok, tu je aku dapat share.



See uolls later!!

Monday, November 26, 2012

Kenapa hampir seminggu aku tak update blog?




Salam readers.

Ada yang rindu aku tak? 
Mesti ada yang tertunggu cerita pasal pregnancy aku kang? *terperasan pula :p
Eh..eh aku belom beranak tau, kot-kot la ada yang pikir aku dah terberanak sebab lama menyepi.
Aku selalu pohon doa dariNya jangan percepatkan atau perlambatkan waktu bersalin aku.
Biar la ngam-ngam dengan due date nya. Tapi kalau awal seminggu or 2 minggu its normal kang?

Kenapa blog aku lama tak berupdate?
Jawapan nya sibuk k! Ala aku bukan dah ada anak kecik pun. Memang.
Aku sibuk kat kampung laa. Minggu lepas hampir seminggu duk kat kampung.
Suami tinggalkan..sobs2!!
eh..eh tipu!

Sebenarnya suami aku pun ikut sama balik kampung.
Sebabnya parents dia dah balik haji. Alhamdulillah PIL aku selamat sampai ke rumah.
Aku suka kalau orang terdekat dengan kita pergi haji atau umrah, sebabnya dapat gift dari dorang, hehe
Aku dan suami dapat jubah, tasbih, gelang, cincin dari dorang. Ada lagi tapi lupa.
Kurma, kismis, kekacang, choclate, buah zaitun toksah cakap ler, duk makan je kami.

Dah alang-alang balik kampung, aku pergi berurut bidan jugak.
Lega yang amat sebab for first time berurut seluruh badan.
Mak aku bawa g berurut, katanya nak baiki semua urat-urat sebelum bersalin. Macam nak ringankan badan kita la.
Lepas tu tukang urut rasa jugak perut aku, kepala baby dah kat bawah. Alhamdulillah.
Harap-harap baby kekalkan position camtu la.
Eh tapi yang buat aku confius, tukang urut cakap aku dah hampir cukup bulan sebab kepala baby memang dah kat bawah sangat-sangat. Terus cuak aku.
Pelik, tapi ikutkan due doctor lagi 6minggu ++.
Ermm aku tanya akak aku, boleh pakai ke kata-kata bidan tu??
Akak aku cakap, kalau dia ikut apa kata doctor.
Dia ikut date pada scanner doc, mean kalau kita scan baby kang selalu ada date juga.
Due date aku kat situ 8/1/2013. Tapi doctor cakap, keberangkalian untuk deliver awal mungkin ada.
Kalau deliver awal maka anak aku tak jadi la baby 2013, huhu

Aku jugak dah buat 1st checkup untuk 8bulan kat Pusat Perubatan Intan Terengganu.
Siapa-siapa orang Kuala Terengganu mesti tahu pusat bersalin swasta ni.
Aku dan asben plan nak bersalin kat sini. Company asben cover with ING. So laju la kami grab :p
So far semuanya ok kat sini, doktor pun ok.
Yang sukanya HB aku mencanak naik 14.9. Terkejut beruk deng, haha 
Petua nak kasi HB tinggi, banyakkan makan jambu batu, minum susu kambing dan air kelapa muda
InsyaAllah menjadi.
Lepas tu aku makan je macam biasa. Dan jangan skip makan obimin dan apa jek vitamin yang doktor kasi.


Eh apa lagi ye nak typing?
Oh semalam aku g tambah shopping barang baby.
Barang baby dah kira complete la. Mendobi pun dah settle. Suka!!

Okeh, lain entri la aku up baby items.
Karang berjela lak kang.

_Stay tune_

Saturday, November 17, 2012

Dah kalau rezeki..




Salam readers.

Alhamdulillah, dah kalau Tuhan nak bagi rezeki kat situ maka dapat lah kang.
Tak expect pun akan dapat Grand Prize itu, hehe

Ni kisah semalam..aku, suami dan mak saudara suami attend wedding kawan adik ipar aku.
Majlis berlangsung kat De Rhu Beach Resort, Kuantan.
Adik ipar aku request reserve kan tempat lebih untuk kitaorg so dapat la join.
Yang excited nak pergi sebab pengantin lelaki abang kepada pelakon Lisdawati.
Bermakna ada la Lisdawati dan Fauzi Nawawi kang.
Maka dapat la kami jumpa mereka.

Kurus giler Lisdawati, bak kata orang kurus cekeding.
Tapi comel! dan tak sombong.
Dia laki bini pulak yang hulur tangan salam ngan kitaorang.

Ok layankan gambar jela..Nanti korang tak caya lak kang, hehe


dorang datang dekat meja kami..meja ke meja dorang pergi..


seisi bersalaman...


seisi bergambar.
mesra sungguh mereka berdua...


Eh! side nih aku nampak gemok!


Gambar sweet mereka dari jauh..
taknak berenggang walaupun sekejap.
duk pegang tangan je walaupun dalam hall.


Eh! nak tahu tak Grand Prize yang aku dapat??
Ohh dah tengok gambar buat-buat lupa ye.

Nombor bertuah 164 yang membolehkan kami dapat hadiah itu.
Memula aku dan suami buat donno jek time orang sebut nombor untuk cabutan bertuah.
Sebab kebiasaan memang tak pernah nak dapat kalau ada lucky draw apa-apa pun.
Tetiba nombor terakhir yang di panggil 164!!


Eh abang! nombor kita!


Terejut beruk aku. Terus suami ke depan ambil satu enveloped.
Hadiah nya bermalam kat resort tu 2D1N beserta sarapan untuk 2 orang. haha
Ok la kan dapat jugak merasa tidur kat resort tu.

Lawak pulak, tak disangka akan dapat, dekat pulak tu resort ni dengan rumah kitaorg.
Suami cakap kalau semata-mata nak g tido sana xmungkin sebab dekat sangat dalam 10minit je dah sampai.
Dah dapat kira ok la.
Alhamdulillah..

Itu lerr hadiah Grand Prize kami, heheh ^_^


Friday, November 16, 2012

Pengalaman mengandung, dalam tak sabar ada nervous nya..




Salam readers.

        Sekarang kandungan aku dah 32weeks. Kejap je masa berlalu, aku rasa baru je pregnant dengan muntah-muntah, tak lalu makan, berat badan yang menyusut dan lain-lain. Kalau diberi pilihan aku takmau lalui trimester pertama. Bayangkan pada trimester pertama berat aku menyusut hampir 7kg. Berat asal 47kg. Kurus kering aku. Tak larat weh dengan muntah-muntah, badan lembik, mual dan tak berselera makan.  Tapi mana mungkinkan. Tu semua dugaan dariNya. Dalam kesakitan itula kita akan selalu beringat padaNya.

        Antara tarikh keramat yang tak dapat aku lupakan iaitu 12 Mei 2012. Iaitu tarikh aku dan suami membuat urine test sendiri. Pertama kali mencuba dan hasilnya POSITIF! Time tu bersyukur sangat Tuhan permudahkan zuriat untuk aku dan suami. Usia perkahwinan ketika itu mencecah 3bulan dan aku sendiri tidak percaya mengandung seawal itu. Alhamdulillah.

        Simpton-simpton yang aku lalui sebelum tahu mengandung..terasa sakit perut seperti nak datang bulan, lebih kurang cam sengugut laa, badan seram sejuk seperti nak demam, mual-mual dan bila makan lidah terasa pahit, badan lenguh-lenguh..lain orang lain simptonnya. Ada yang kerap nak terkucil sebelum tahu diri mengandung. Dan aku xda pulak simpton yang tu.

        Kalau ditanya waktu preggy yang paling best sudah tentu 2nd trimester. Time ni la aku dah mula berselera makan, berat badan bertambah, tiada muntah-muntah, badan kembali bertenaga dan paling best perut sudah memboyot tambah-tambah time tu dah dapat rasa tendangan dari baby. Ya Allah nikmatnya. Bersyukur sangat-sangat.

        Alhamdulillah sepanjang mengandung aku tidak alami sebarang kesukaran. Tiada mengidam yang bukan-bukan dan tak banyak susahkan suami. Trimester pertama dan kedua aku dapat lalui dengan sempurna. Tiada bleeding atau apa2 perkara yang membimbangkan aku dan suami. Kalau sakit pinggang, sakit kepala, badan cepat penat itu normal la kan? Sekarang aku pun dah dapat biasa kan diri dengan membawa perut yang makin membesar, kaki cramp dan tidur malam tak lena.

          Baby semakin aktif, sampaikan aku dah tahu time bila baby akan mula aktif. Kalau baby diam jek mula la aku risau. Pelan-pelan ketuk perut panggil baby. Kalau dapat respon dari baby fuhh hepi giler. Tapi kalau xda respon pula, aku akan aktifkan diri contoh berjalan dalam rumah. Orang cakap kalau kita malas bergerak baby pun turut sama jadi malas. Sebab tu kalau tido lama waktu siang aku mesti tak suka sebab baby takkan jadi aktif. Kadang tak tersengaja tido lama. Huhuuu. Ampunkan ibu sayang!

         Sekarang dah trimester ketiga. Tidur malam kerap terjaga. Dengan rasa nak terkucil, rasa lapar tengah malam, tendangan baby yang buatkan aku terjaga dan sakit pinggang. Itu sudah menjadi kebiasaan.  Kalau tidur aku mesti banyak nak mengiring kekiri, kesian hubby selalu dibelakangkan. Tapi dah minta izin tau, Alhamdulillah suami memahami.

         Dah tak lama nak jumpa my little baby. Suka! Excited! Tak sabar! Banyaknya tak sabar la. Dalam pada tu nervous jugak, bersediakah aku untuk bersalin? Mampukah aku untuk menjaga baby kecil? InsyaAllah hopefully dipermudahkanNya. Diri sendiri berdoa moga aku bersalin normal kelak. Kawan-kawan doakan aku juga ye.

Eh terpanjang pulak entri. Hope ada yang sudi baca. Hikhik ^_^

Salam Jumaat!!

Tuesday, November 6, 2012

Nak try Bedak Arab ..




Salam readers.

Korang pernah dengar pasal bedak arab. Ok tak? Best tak pakai?
Aku first time nak cuba.
Mahal jugak rupanya bedak ni. Nengok orang jual kat fb rm55++.
Haish mahal nokk.


ni la ngupe bedak arab..

Tapi yang best nya aku tak beli tapi dapat free, hehe
Itu yang excited nak cuba.
Kawan asben yang kasi kebetulan dia balik cuti ke Malaysia
Dia beli kat Qatar, rupanya rega bedak ni kat sana 12riyal bersamaan 15hengget duit sini.
Murahkan?
Yang jadi mahal kat sini sebab ongkos nak bawak dari sana. Berpatutan la kang?


Ramai yang cakap pakai bedak ni boleh nampak cantik lain dari lain. Flawless giteww.
Entah, aku tak cuba lagi.
Cara nak pakai just basahkan span je, tak perlu nak pakai foundation.
Nanti la malam-malam sikit aku cuba, kot2 gedik nak melaram tu datang.


Since preggy nak melaram pun malas. Tempek bedak sikit, pakai vaseline no gincu. Ok dah.
Simple yang amat, huhuu

Uolls yang preggy suka melaram tak??


Monday, October 22, 2012

Welcome 3rd trimester & Hepi Besday!!




Salam readers.

Tak suka, asal weekend je blog tak berupdate. Ampun ye pengikut setia i. hiks!
Ingat ko retis ke Puan Mila oit..haha
Ok abaikan.

Hai peeps! Today is Monday and today is My Birthday. Uolls tak nak wish ke?
Huk..Sampai hati u..Ok joke!
Alhamdulillah syukur masih di panjangkan usia sehingga ke saat ini.
Ce teka umur aku??

Jam 12.05am semalam, hubby orang pertama yang ucap kat aku.
11.30pm aku dah lentok kat katil, tak tido tapi buat-buat nak tido sebab penat.
Hubby time ni duk nengok tv, aku malas nak join.
Sampai la kul 12am hubby masih lom masuk bilik, dalam hati cakap ermm mesti tak ingat besday bini dia.
Sedihh da time ni tapi abai je perasaan tu.
Dua belas lebih sikit hubby masuk bilik, aku statik dah time tu dan pura-pura tido.
Sambil dengar hubby cakap, eh..dah tido rupanya.
Hubby naik katil, tarik selimut dan buat-buat lupa lagi. Ok fine!
 
Last-last, dia bisik kat telinga aku sambil nyanyi..
'Hepi besday to you...hepi besday to you sayang..bla..bla..'
Lupa lak aku sebab panjang sangat, hehe
Pas tu sedikit adegan romantik yang tak patut dicerita, haha
Time ni terus segar bugar mata aku, nak nangis pun ada.
Seriusly, ingatkan suami aku lupa.
Thanks abang!!
Tapi belum ada suprise hadiah from him. But aku xkisahpun dapat hadiah ke tak. Bagi aku, cukup dia menghargai aku sebagai isterinya. Itu dah cukup memadai.
Lagi pun aku bukan jenis meminta since couple dulu2.
Dan..dan..suami aku bukan seorang yang romantik.
Ada certain2 part je dia akan menjadi seorang yang sangat romantik.
Bab-bab suprise suami memang failed, hehe
 

Oh ye, aku dah masuk 3rd trimester for pregnant.
Means 11weeks to go untuk deliver.


Result checkup last Friday:

Tekanan darah OK (120/64)
Berat naik 2kg (47.9kg)
Air ketuban OK
Kedudukan kepala baby dah kat bawah.
Berat baby 1.5kg (oh dah berat anak ibu)
Double confirmation gender, ce teka?? Hopefully betul ^_^
Injection kancing gigi (tak sakit tapi kesannya sampai hari ni belum hilang, ase sengal dan lenguh2, huhu)
 
Excited! Tak sabar nak jumpa my little ibu. Can't wait and nervous! huu
 
 
Alhamdulillah syukur.
Thanks Allah dengan anugerah dari Mu.

Tuesday, October 16, 2012

Kenapa makan tak pernah nak rasa kenyang?




Salam readers.

Sejak nak habis second trimester ni macam-macam hal pulak perut nih. Kerja nak makan jek 24jam.
 Makan pulak tak pernah nak rasa betul-betul kenyang. Kejap nak makan ini, kejap nak makan itu.
Macam pagi tadi dah makan dua ketul roti bun, tapi itupun rasa belum memadai. Tambah pulak makan biskut kejap ada kejap xda (chipsmore laaa).

Pastu pukul 11 lebih makan nasi, nasi dengan lauk lebihan semalam jadi panaskan aje.
Lepas makan nasi selang pulak makan buah-buah.
Aleh-aleh pukul dua perut mintak diisi lagik, kemudian makan lagi nasi. Lepas tu, minum pulak air jambu batu. Licin aku bedal tapi still  perut rasa kosong jek macam tak makan apa-apa.
 Lafaz Bismillah dah di baca sebelum makan. Adui.

Huwaa..nafsu makan apakah ini??
Normal ek?
Tahu la makan untuk berdua. 
Anak ibu tak kenyang eh?? sobs~
Korang yang preggy macam aku x?


Tapi yang pelik nya aku makan banyak mana pun badan still maintain sama.
Hari-hari duk nengok cermin tak tahu berubah dan naik tang mana.
Tang perut ada la naik sebab membesar seusia dengan kandungan. Padan la kan?

Aku belek muka xda nampak temban pun. Suka!
Aku belek lengan kot2 la naik muscle seketul cam labu air tu pun xda naik jugak. Suka!
Belek peha kot2 dah jadi cam drumstick pun tak jugak. Suka!
Checkup monthly berat badan naik jek
Haish..Naik heran aku badan sama macam sebelum preggy.
Heheh..suka pun ada sebab tak banyak yang berubahnya.
Tapi kecewa pun ada sebab aku nak nengok rupa aku apabila gain weight time preggy ni.
Hancuss harapan aku. huhu

Minggu ni berakhir la 2nd trimester, yeaaah! Alhamdulillah.
Welcome 3rd trimester!
Ohh 2 months to go untuk lahirkan my little baby.
 Persiapan baby belum siap sepenuhnya. Haruslah dipercepatkan.
Perasaan tak sabar, excited, takut, gementar bercampur aduk.

Moga dipermudahkan olehNya..aamiinn.

Tuesday, September 25, 2012

Best ke jadi fully housewife?




Salam readers.

Jawapannya best sangat. Mila jenis yang xpernah bekerja mesti la seronok. Habis belajar terus kahwin camne nak berpengalaman kerja. Gatal disitu. hiks..

Sebenarnya sangat seronok menjadi surirumah sepenuh masa. Bagi yang biasa bekerja tentu bosan.
Kadangkala ada juga bosannya, sebab dah menjadi kebiasaan so bosan tu tolak tepi.
Yang seronoknya hari-hari dapat masak awal untuk suami, xda rasa penat lelah balik kerja nak fikir masak.
Rumah pun terkawal dan terkemas rapi sebab hari-hari spent masa kat rumah.
Hari-hari hanya fikir nak kemas rumah, basuh baju, masak dan lain-lain.
Part yang paling best hantar asben dan sambut asben balik dari kerja. (depan pintu rumah je)
Bagi yang dah ada anak lagi seronok sebab dapat uruskan anak-anak sendiri.
Macam mila masih tidak berpengalaman untuk uruskan anak sendiri.
Tahun depan insyaAllah..kalau masih menjadi seorang surirumah sepenuh masa..

Tapi dalam masa yang sama mila pun duk cari kerja. Bukan bosan tapi niat nak membantu parents dan suami.
Kalau diizinkan Allah lepas bersalin baru nak fikir cari kerja sungguh-sungguh.
Mila juga ada kelulusan so tak patut kalau tak digunakan sebaik mungkin kelulusan itu.
Time belajar bukan main duk perah otak nak jawab exam, presentation dan projek akhir bagai last-last tak kerja. Kesian parents sendiri kan. Selagi tak dapat berbakti dengan mak ayah hasil kerja sendiri selagi itu la mila tak rasa dapat menjadi anak yang sempurna. Lain orang lain pendapat kan.
Nak sangat dapat berbakti kat mak ayah. sobs..

Suami bukan tak mampu tapi kata orang apabila ada duit poket sendiri so kita perempuan ada kebebasan nak bantu family sendiri. ye dak??
Nak mengharapkan duit suami je kesian sebab suami pun kadangkala ada tangunggan sebelah keluarganya kan. Tak sama dengan kebebasan memegang duit sendiri.

Hopefully, lepas bersalin ni ada la rezeki mila untuk bekerja. Nak juga rasa menjadi wanita bekerjaya camne. hiks..

Alhamdulillah bersyukur sebab Tuhan permudahkan rezeki anak untuk mila dan suami ^_^

Thursday, September 13, 2012

Tercapai hajat nak makan...




Salam readers.

Pagi tadi lepas hubby pergi kerja tetiba tekak rasa nak makan roti canai. Nak mintak hubby tolong beli tapi dia dah out pergi kerja. Time tu tekak dah terasa kesedapan roti canai biarpun diri masih duk terbungkam atas katil. Hajat nak sambung tido lepas hubby g kerja alehnya tak jadi. haha
Burukkan perangai.

Since preggy nih kalau xdapat makan apa yang dihajat mula la panas bontot. gelisah sana sini..
Text hubby tanya kedai roti canai yang sedap area Balok kat mana.
Nak yang sedap-sedap jekan..
Terus hubby reply call bagitau kedai tu kat sini bla..bla..bla..

Kebetulan hubby g kerja tak pakai kereta cenonet (viva) dia harini.
Ikut hati malas je nak keluar g cari roti canai nih tapi dah tekak kata nak, perut pun meminta-minta diisi.
Lawan la jugak penyakit malas nih.
Kul 9 lebih pergi mandi, 930 dah ready nak pergi cari roti canai.

Terus pecut kereta pergi tinjau kedai yang hubby duk cakapkan tu.
Dekat lar sangat kedai tu.
Sampai kedai terus order..2 roti canai pulak tu..ishh tamak.
Satu roti kosong..satu roti sardin.
Ikut kan nak melantak je kat kedai tu tapi sebab kan i'm alone so xda maknanya. 
xbest pulak makan sorang-sorang kat luar dengan perut memboyot camni.

Lepas tapau terus berdesut balik.
Gelojoh fikir nak balik makan je nih..
 Roti canai kosong + Roti sardin

Dah makan sikit baru nak snap pic. Haishh..
Makan-makan lastnya tak habis roti sardin tu..eh xbuang pun tapi simpan makan karang pulak.
Kiranya makan ni terus jemaah dengan tengahari la..hehe

Mila jarang masak tengahari sebab hubby xbalik makan.
Hubby balik kerja lewat petang atau lepas mahgrib.
So masak petang sekali harung dengan malam. Jimat tenaga.. :p

Alhamdulillah tercapai hajat nak makan roti canai.
Last makan sebelum puasa haritu. Mau xlama..patut la mengidam sangat..
Roti canai je pun..LOL

Monday, April 30, 2012

Sijil, Kad Nikah siap!




Salam dearest.

Setelah hampir 3 bulan, dapat juga kad nikah. Sangat lama. lol
Sebenarnya dah lama siap, tapi duk peram kat Pejabat Agama KT.
Semalam, sebelum balik Kuantan singgah ambil.



Semalam, time nak pergi kat park kereta Pejabat Agama, pak guard muda cakap "laa..dah kahwin rupanya"
maybe dia tengok sijil dan kad yang mila pegang time tu. haha
Mila senyum-senyum.
terdetik lam hati 'wahh aku tak nampak cam dah kawen, suke!' haha (dalam kepala duk teringat kat laki)
*perasan muda dan kiut


Masih tak caya dah ada sijil dan kad ni sendiri. Sebelom ni duk tengok yang akak-akak punye jek. lol
Orang cakap,
muka kami hampir sama? 

Mila tak perasan kat mana, tapi orang yang dapat menilai :)
Dah jodoh..Alhamdulillah..


Wednesday, April 25, 2012

Tanda-tanda awal..




Salam dearest!

Now, sakit perut. Ye, tanda-tanda awal nak datang bulan. 
Mean, rezeki belum berpihak nak dapat baby.
Pasrah tapi tetap teruskan usaha dan doa.
Mungkin bulan-bulan berikutnya.
Tawakal.

Moga Tuhan permudahkan segalanya.
Rezeki untuk dapat kerja.
Rezeki untuk dapat anak.
Rezeki untuk keluarga.
Allah tahu yan terbaik untuk umatNya.

Amin..mudah-mudahan.

Wednesday, April 4, 2012

Rabu kurang kata #8 : Rindu saat itu..




Salam dearest!

Rindu saat  "Aku terima nikahnya..."




Alhamdulillah..
Esok genap 2 bulan usia perkahwinan.



Ya Allah, dgn redhaMu, jadikanlah kami sebagai suami isteri yg saling mencintai dikala dekat,saling menjaga kehormatan dikala jauh,saling menghiburkan dikala duka,saling mengingatkan dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan didalam ibadah.
..Amin..
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers