Salam readers.
Sekarang kandungan aku dah 32weeks. Kejap je masa berlalu, aku rasa baru je pregnant dengan muntah-muntah, tak lalu makan, berat badan yang menyusut dan lain-lain. Kalau diberi pilihan aku takmau lalui trimester pertama. Bayangkan pada trimester pertama berat aku menyusut hampir 7kg. Berat asal 47kg. Kurus kering aku. Tak larat weh dengan muntah-muntah, badan lembik, mual dan tak berselera makan. Tapi mana mungkinkan. Tu semua dugaan dariNya. Dalam kesakitan itula kita akan selalu beringat padaNya.
Antara tarikh keramat yang tak dapat aku lupakan iaitu 12 Mei 2012. Iaitu tarikh aku dan suami membuat urine test sendiri. Pertama kali mencuba dan hasilnya POSITIF! Time tu bersyukur sangat Tuhan permudahkan zuriat untuk aku dan suami. Usia perkahwinan ketika itu mencecah 3bulan dan aku sendiri tidak percaya mengandung seawal itu. Alhamdulillah.
Simpton-simpton yang aku lalui sebelum tahu mengandung..terasa sakit perut seperti nak datang bulan, lebih kurang cam sengugut laa, badan seram sejuk seperti nak demam, mual-mual dan bila makan lidah terasa pahit, badan lenguh-lenguh..lain orang lain simptonnya. Ada yang kerap nak terkucil sebelum tahu diri mengandung. Dan aku xda pulak simpton yang tu.
Kalau ditanya waktu preggy yang paling best sudah tentu 2nd trimester. Time ni la aku dah mula berselera makan, berat badan bertambah, tiada muntah-muntah, badan kembali bertenaga dan paling best perut sudah memboyot tambah-tambah time tu dah dapat rasa tendangan dari baby. Ya Allah nikmatnya. Bersyukur sangat-sangat.
Alhamdulillah sepanjang mengandung aku tidak alami sebarang kesukaran. Tiada mengidam yang bukan-bukan dan tak banyak susahkan suami. Trimester pertama dan kedua aku dapat lalui dengan sempurna. Tiada bleeding atau apa2 perkara yang membimbangkan aku dan suami. Kalau sakit pinggang, sakit kepala, badan cepat penat itu normal la kan? Sekarang aku pun dah dapat biasa kan diri dengan membawa perut yang makin membesar, kaki cramp dan tidur malam tak lena.
Baby semakin aktif, sampaikan aku dah tahu time bila baby akan mula aktif. Kalau baby diam jek mula la aku risau. Pelan-pelan ketuk perut panggil baby. Kalau dapat respon dari baby fuhh hepi giler. Tapi kalau xda respon pula, aku akan aktifkan diri contoh berjalan dalam rumah. Orang cakap kalau kita malas bergerak baby pun turut sama jadi malas. Sebab tu kalau tido lama waktu siang aku mesti tak suka sebab baby takkan jadi aktif. Kadang tak tersengaja tido lama. Huhuuu. Ampunkan ibu sayang!
Sekarang dah trimester ketiga. Tidur malam kerap terjaga. Dengan rasa nak terkucil, rasa lapar tengah malam, tendangan baby yang buatkan aku terjaga dan sakit pinggang. Itu sudah menjadi kebiasaan. Kalau tidur aku mesti banyak nak mengiring kekiri, kesian hubby selalu dibelakangkan. Tapi dah minta izin tau, Alhamdulillah suami memahami.
Dah tak lama nak jumpa my little baby. Suka! Excited! Tak sabar! Banyaknya tak sabar la. Dalam pada tu nervous jugak, bersediakah aku untuk bersalin? Mampukah aku untuk menjaga baby kecil? InsyaAllah hopefully dipermudahkanNya. Diri sendiri berdoa moga aku bersalin normal kelak. Kawan-kawan doakan aku juga ye.
Eh terpanjang pulak entri. Hope ada yang sudi baca. Hikhik ^_^
Salam Jumaat!!
11 comments:
bila pulak time mila nak rasa ye...
suka je baca entry nie..kejap je kan masa berlalu..persiapan baby dh bape percent siap?
hehe tkt memang tkt tapi tak sabar nak jumpa baby akan mengatasi segala2nya. banyakkan berdoa je.
takut, nervous, tak sabar, excited semua ade!
moga segalanya dipermudahkan ye :)
Me too..xsabar nk jmp baby.. Baby liza skrg slalu hiccups...Brgegar2 je perut..rasa comey ada rasa cian pn ada...hehe... Tp mmg baby dh pandai respon ngn apa yg kita ckp...tue yg wat lg xsabar nk jmp baby kan..
sy baru melepasi trimester pertama. fuhhhhh....lemau!
@mila : insyaAllah ada rezeki nanti :)
@azie : brp % ek? 60-70% kot..heheh
@diyana : memmg xsabar :D
@hana&wina : thanks ye :)
@lieza : tu la psl..kalau menendang Ya Allah kuat amat..xsbr sangat!
@muna : banyak bersabar ye!
Excited baca...xsabar nak lalui pengalaman yg sama
riny dah 33 weeks hmpir 34 weeks...kite serupe...kite tgk bby sape nk kuar dulu....yaay!!! x sbr nak jumpe bby yg kuat sgt tendang kan mila...hehehehe...teruja sgt3...semoga dimudahkan semuanye kan..:)
semakin berdebar ye,
nisah xde pengalamannya lagi.
semoga tabah ye !!
sy 7 bln lepas nikah br pregnant. mula2 tu alahan biasa je.. muntah2 tu. lepas tu xde dah.. Sepanjang mengandung memang xde apa2 yg menyusahkan. mengidam pn x de sgt. Masa mengantuk sy memang byk berjalan. siap naik turun tangga lagi tu. Maybe sbb terlalu aktif kot baby keluar awal 3 mggu dr due tp cukup2 bulan la. Alhamdulillah sbb byk berjalan kot.. bersalin pn senang. takde nak menahan sakit berhari2.. pagi turun air.. lepas sejam lebih tu bersalin la.
Post a Comment