Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

Senaman Ibu Mengandung




Salam readers.


Ibu mengandung pun di galakkan bersenam tau. Tapi seeloknya mengikut kemampuan dan berpada-pada.
Jangan terover bersenam sudah. 

Cara senaman mudah untuk ibu hamil..


Mila pun baru je nak praktikkan senaman ni.

Kelebihan bersenam semasa hamil?

  • Berasa lebih baik
  • Menghilangkan sakit pada punggung
  • Memperbaiki postur tubuh
  • Menguatkan dan menyihatkan otot punggung, pinggul dan peha
  • Mengurangkan sembelit
  • Membantu untuk tidur dengan lebih nyenyak dengan menghilangkan stres dan kegelisahan pada malam hari
  • Otot-otot yang kuat dan jantung yang baik akan memudahkan proses bersalin. InsyaAllah
  • Memiliki pengawalan pernafasan yang baik juga akan membantu anda mengatasi rasa sakit ketika kelahiran
  • Lebih cepat mengembalikan bentuk tubuh asal seperti sebelum kehamilan


Ibu preggy!! meh kita sama-sama pratikkan..
Selamat  Beramal!!

Thursday, September 6, 2012

Hb rendah semasa hamil, jangan pandang remeh..




Salam readers.

Hemoglobin (Hb) rendah semasa hamil/ anemia memang kebiasaan dialami oleh ibu mengandung.
Sebelum kahwin mila sendiri kerap mengalaminya.
 Sentiasa rasa nak pitam, pening kepala dan kelihatan pucat dan lesu.
 Alhamdulillah saat mengandung ni, Hb mila 12.2 last checkup ritu..ok la kan..mungkin faktor pemakanan berubah kot saat mengandung. Ayam langsung mila xmakan since alahan hingga sekarang, mila banyakkan makan daging, ikan dan buah-buahan.


Apa itu Anemia?
Anemia ialah kurang darah dimana kepekatan darah merah kurang drpd biasa. Seseorang yang menghidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus Hb.

Punca kurang darah :
  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah
Bagaimana mengetahui anda menghidap kurang darah?
  • Kelihatan pucat
  • Sentiasa rasa letih dan lesu
  • Rasa mahu pitam bila bangun
  • Sentiasa rasa pening
  • Bengkak kaki dan muka
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan hati berdebar-debar

Bagaimana kurang darah boleh dikesan?
Sebaik sahaja tahu yang diri mengandung, buat pemeriksaan awal ujian darah. Jika keputusan kepekatan darah merah kurang dari 9gm peratus, anda dianggap mengalami kurang darah.


Tahap serius anemia :
  • Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia
  • < 6.9 - Sangat teruk
  • 6.9 < 8.0 - Teruk
  • 8.0 < 9.5 - Sederhana
  • 9.5 < 10.5 - Ringan

Kesan bila dipandang remeh :
  •  Mungkin mengalami keguguran
  • Lahir anak tidak cukup bulan
  • Anak mati dalam perut
  • Lahir anak tidak cukup berat badan
  • Mudah mendapat jangkitan penyakit
  • Keluaran susu badan berkurang
  • Mudah mengalami tumpah darah semasa bersalin

Cara Atasi :
  • Menjaga kebersihan diri
  • Makan makanan berzat setiap hari seperti sayuran hijau, buahan, biji-bijian, telur, ikan basah, daging hati, kerang dan tauhu
  • Rehat dengan cukup
  • Dapatkan rawatan awal apabila mengalami tanda-tanda kurang darah
  • Makan ubat yang disarankan doktor


 Info online & Tips kesihatan dari mommyiskandar


Oh ye, semasa hamil teruskan memakan asid folic atau obimin ye..jangan liat-liat nak makan ubat yang doc kasi..heee..* diri sendiri kadang-kadang terlupa nak makan :p

Saturday, May 14, 2011

.perokok tegar...kesan??

salam readers..waa rindu nye korang..rindu aku x? ish gedik!



meh baca meh!


kajian dari doktor muslim menyatakan bahawa perokok sukar untuk mengucap khalimah syahadah ketika diambang kematian...sejauh mana kebenaran ini..jom kite sama2 semak balik ^_^

ni petikan dari fb sahabat gue =)



if korang tau menau pasal ni sharing with me k...








p/s: sharing is caring is loving =)

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers