Hai cantik dan kacak!
selamat petang!
Post segar dari dapur puan mila.cewahh.
masakan untuk makan malam.
lately entri pun semua pasal masak2.
actuallly kering idea nak update entri so selit2 sikit pasal masak.hehe
Tengok tittle post macam hebat je kan.haha
Arini masak kari ikan tongkol.
xde la hebat cuma nak berkongsi masakan dengan semua.
FYI, first time masak kari tau, rasa not bad.haha puji diri sendiri
Kari Ikan Tongkol versi Puan Mila
Bahan-bahan:
Bawang besar - 1 labu (kisar/tumbuk/mayang halus)
Bawang putih - 4 ulas (mila mayang halus je)
Halia - sedikit sahaja ( mayang halus)
Ubi kentang - potong 4
Asam keping - 1 keping
Lada mesin - 1sudu besar
Rempah kari - 3 sudu besar
Susu cair - 1/2 cawan (mila pakai susu cair sebab xde santan)
** Rempah kari dan lada mesin mila bancuhkan sekali dalam bekas dan tambah sedikit air (mila campurkan keduanya untuk mudah ketika menumis sebab rempah kari debu cepat hangus kalau xpandai kawal api)
1) Tumis bawang putih, bawang besar dan halia serentak. Goreng bahan hingga kekuningan
2) Kemudian masukkan rempah kari+lada mesin yang dibancuh. Kacau pantas2 supaya bahan tidak hangus dan masukkan sedikit air dan masak hingga bahan kelihatan garing dengan api perlahan.
3) Masukkan ubi kentang dan ikan. Masukkan 1/2 cawan air kemudian balik2 kan dengan api perlahan dan biar mendidih.
4) Kemudian masukkan susu cair dan biarkan mendidih.
5) Masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
6) Kalau pekat boleh tambah air panas, dan biar mendidih lagi. kemudian siap dan sedia untuk hidang!
Okeh, masakan untuk asben arini nasi putih+kari ikan tongkol+ikan goreng.
Simple je kan.
Selamat mencuba!
2 comments:
dap ngat...!! hhehehe
sedap2..hubby puji katenye menjadi..bangga..hehaheha
Post a Comment