Wednesday, October 23, 2013

Kisah di hari lahir ku..

Salam dan hai.

Wahh tajuk macam tragis gilerr, padahal cerita biasa-biasa je. Tapi kenangan pahit bagi aku. Kenapa pahit?? Haa nak stori la ni, kekeke


Semalam 22hb besday aku. Cepat wish kat aku, nak kasi hadiah pun voleyy, haha gedik. Ok, joke!


Nak jadik cerita, suami boleh lupa semalam hari lahir aku. Uwaaa sedih. Bermula malam pukul 12am sampai pagi semalam aku tunggu wishing dari suami tapi takda. Hingga la suami g kerja pagi semalam sampai petang pun takda. Ok aku dah sedih, nak menangis pun ada. Hati tisu betul. Buat2 kental kot suami nak buat suprise time jumpa balik kerja semalam. Tapi nan hado. Suami ku tak pandai nak romantik memang takdanya suprise. Itu aku tak kisah sebab aku tak harapkan harta benda tapi sekadar ucapan dari seorang suami. Sedih..sedih tak? Kalau tahun lepas tepat 12am dia bisik kat telinga aku dalam selimut. Tahun ni?


Dan semalam petang, dalam kereta on the way balik Kuantan, aku tanya suami hari ni hari apa? Suami jawab hari Selasa. Hah memang betul la semalam hari Selasa. Tanya lagi berapa hb? 22hb jawabnya. Uwaaa memang dia betul2 tak ingat, nak tampor jugak rasanya.


Pastu suami senyum dan cakap, honestly abang memang betul2 tak ingat. Sobs! Sedih. Suami mintak maaf kat aku, aku tak marah pun sebab dia memang betul2 tak ingat. Tapi katanya, semalam kat tempat kerja dia rasa serba serbi tak kena. Duk teringat tarikh semalam 22hb/10 tapi tak teringat hari penting tu. Katanya, dia tulis date 22hb atas kertas kerjanya, kawan dia lagi duk tanya semalam brp hb dan bla..bla..dalam kepala suami duk fikir kenapa dengan 22hb ni? Atlast dia abaikan 22 tu. Katanya lagi dalam kepalanya duk fikir barang apa yang tertinggal kat rumah. Sampai la petang aku bagitau baru dia ingat. Sobsssssssss!! Sampai gitu sekali ko suami, takpe tunggu ku balas tahun depan, hahaha


Aku dah maafkan suami, takkan nak majok 3hari 3mlm kan? Hilang pekdahnya. Alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas tika umur genap 27tahun. Semoga Allah panjangkan usia aku untuk terus bersama anak2 dan suami. Dan diberi kebahagian hidup dunia akhirat. Aminnn.

posted from Bloggeroid

13 comments:

adrianna syaz said...

Selamat hari lahir puan mila..slalu lelaki memang jarang nk ingat tarikh2 penting ni kn?hehe..sabar je la

Chekgu Azrine said...

Happy birthday sis.
Semoga pnjg umur
Murah rezki ye..

Wawa Yusoff said...

alahai...lembut hati rupanya mila ni..

kalau wa, tak de ku kesah pun.. kot2 dia teringat tuntut je adiah. hahaha

♥ ROS ♥ said...

Ros pnah dgr ust ckp, jgn kita harap kan tarikh penting ni dr asben..sbb asben byk fikir.. Hehehhe,..
Tp kita hati ppuan kan, mesti nak rasa mcm org rasa..sekurgnya ucap kan..tiada hadiah pun xpe..

Mila jgn sedih yer,., mungkin semua itu ade hikmah..bkn sengaja asben tak wish kan??

Btw, selamat hari lahir mila... :)

Iza Fiza said...

Hehe. Kita ni dah biasa la mila dia lupe sokmo. sabor jela..

MimahAjil said...

tu..dia bukan sengaja tk ingat.dia btul2 terlupa..smpai dia pun terfikir2 kn...tkpela...happy birthday :)

- AZIE - said...

slmt hari lahir mila..boleh minta backdated present pd suami hahahahaha

~ NANA ~ said...

meh dtg sini i belanja u mkn kek! hehehe

HB mila! nxt year buat2 lupa kat hubby pulak yer...kahkahkah *sedapaajarorang*

Puan Awin said...

awin pun cam mila, sentap juga bila husband lupa tarikh penting camtu...tp nk wat camne, sentap kejap je la...pastu ok dh ;)

slmt pjg umur mila...semoga bahagia berkekalan sampai ke syurga ye...

Allene said...

cik abang da ngaku lupa.. mintak hadiah mhal la.. kikikki...

anyway happy belated besday.

dhiera said...

happy belated birthday mila.. kita pun tak ada wish kat mila padahal ada je instag instag dengan mila. wuwuwu.

iolls bukak FB sebab nak cek Diraz Mom Store je. sorry ya!

syg mila! muahh!

Faidza Mokhtar said...

takpe mila..orang laki memang berahi kes2 lupe nie..laki kite gitu gok..kalo ikut hati mati..wat dunno je la..tp kalo time beday die gok.. duk bunyi sokmo.. yang2.. hari nie hari nape...huh... :P

EZAN IDMA said...

happy belated birthday :)