Monday, November 25, 2013

Mommycha 1st Giveaway

Salam dan hai.

Dah lama benor aku tak join GA. Jejoms reramai meriahkan Giveaway dari Mommycha. Macam best jee..macam syok jee GA ni. 

Blog Mommycha


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:

  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.
Hadiah akan diberi kepada winners 1st - 6th place :)


**********************************************************************************




Timang tinggi-tinggi, tinggi pucuk celagi,
bangung pagi-pagi, teruh pegi mengaji.

Timang tinggi-tinggi, sampai cucur atap,
belum tumbuh gigi pandai baca kitab

Timang tinggi-tinggi, sampai pucuk pinang,
bila pandai ngaji, hidup jadi senang.

Timang tinggi-tinggi, sampai pucuk sena,
bilo besor kekgi, jadi orang berguna.

(*nyanyi versi orang ganu)


Gambar tu ketika pergi USS last week, 17/11/13. Banyak best wooo..Anak aku Zara langsung tak meragam sehari duk sana. Kemain seronok dia. Budak suka berjalan memang cenggitu. Next time kita ajak abah pergi lagi. Simpan duit bebanyak lagi. Duit nak bagi sape kalau tak perabis dek anak bini, muahehehehe.






**to micha, muka daku tak nampak..tapi sumpah itu daku, tak main tipu tau, tak caya tengok fb daku..kekekeke



Friday, November 22, 2013

Sehari di Universal Studio Singapore

Salam dan hai.

Alhamdulillah, percutian keluarga ke USS yang berjalan lancar. Even hanya 1hari di USS tapi cukup berpuas hati. Kami kesana mengguna khidmat pakej Albert Chia. Aku lupa nama agensinya, kalau korang google Albert Chia haa keluar la nanti. Ramai yang guna khidmat pakejnya.


Harga pakej RM288/person termasuk hotel, van/bas ke USS dan tiket sehari masuk ke USS, 10am-7pm. Hotel yang kami stay iaitu New York Hotel Jb, hanya untuk 1malam. Sarapan pagi untuk hari ke USS juga disediakan. Katanya hotel tu 5star tapi aku leh kasi rate 3.5/5 je. Hotel memang under pakej xleh pilih ye.


Hari kejadian, jam 7:15am kami dah turun breakfast. Turun awal sebab nak settle pasal checkout hotel dan parking kereta. Kereta still tinggal kat park hotel dan malamnya baru ambil. Perjalanan ke USS bermula jam 8:30am, sedikit lewat dari waktu yang dijanjikan. Tapi xpe xdela kami rushing nak settle apa yang patut pagi tu. Sepatutnya kami ke USS naik van, tapi sebab ramai (kang cuti sekolah) maka terpaksa pergi naik bas. Perjalanan ok, tapi lahai bas pulak yang slow jalannya, ketiduran aku dalam bas, hehe. Zara of cos la duk ngan mil aku.


Time kat imigresen Johor xda hal, memang cepat. Tapi kat imigresen Singapura punyala lama. Nak queue satu hal. Tapi silap kami juga sebab pakai pasport berkumpulan nak masuk sana. Alahai lama giler nak settle, hampir 1jam masa terbuang kat situ, bas dah menunggu lama. Kalau pakai pasport individu should be ok, xda masalah memang cepat. Dan kami dah serik nak pakai pasport berkumpulan lagi TT. Oh ye, pasport berkumpulan hanya untuk ke Thailand dan Singapura ye.


Dah settle imigresen, lega! Sampai kat USS hampir jam 11am. Lama giler kang?? Grrrr. Dah nampak globe USS, maka kami bergambar dulu. Time ni adik ipar aku g settle pasal tiket nak masuk kat kaunter.






Harga tiket masuk ke USS untuk seorang 74SD, convert duit Malaysia RM192 gituu. Mahal kang? Tehehe. Takpe bukan selalu pun pergi. Kat sana boleh masuk semua permainan yang ada. Lecehnya kena queue panjang la nak main. Tapi aku, suami dan adik2 ipar tambah beli express tiket. Macam VIP tiket la. Pejam mata beli wooo. Kena tambah lagi 70SD seorang. Ko convert la sendiri. Nangiss!! Total 144SD seorang. Nak main punya pasal kang, mujur suami yang bayarkan, bahahaha. Kelebihan express tiket memang xpayah nak queue. Kalau queue lelama memang xsempat la kami nak merasa main semua mainan kat dalam tu. Orang sangat2 la ramai lagi2 cuti sekolah.






Mak dan ayah mertua pakai tiket biasa je sebab dorang xnak main. Yang ada anak kecil yang nak main dan nak merasa mainan dalam tu macam aku ni better bawak parents. Boleh tolong jagakan anak kita. Sebab mainan yang extreme memang xleh bawak masuk baby. Aku ni pulak memang hantu main benda2 camni. Untung bawak parent in law, hehe




Paling extreme dan best main ialah Transformer. Aku dan suami repeat 2kali main. Memang xbosan. Zara pun behave sepanjang kat sana. Alhamdulillah. Restroom kat sana pun ok tapi toilet xpakai air ye, pandai2 la korang nak basuk kencing dan yakk camne, hehe



NIP..kemain tonggek ko nak!


Bab makanan kat sana aku xamek tahu. Sebab memang kami xmakan kat sana. Hehe. Kami bawak bekal roti, biskut dan jajan ke sana. Cuma beli air je. Harga air kat sana around 4-5SD. Air masak sejuk pun boleh refil kat sana. Oh ye jangan risau, imigresen takkan tangkap kalau bawak makanan masuk sana. Cuma xleh bawak masuk makanan basah, barang dapur dan sewaktunya.


Tapi yang kami terkilan tak jumpa surau kat sana. Tak tahu surau ada ke tidak, atau mungkin kami terlepas pandang. Majoriti kat sana pun ramai cina. Kalau ada Islam pun entah solat ke idak.


Macam stroller baby pun boleh bawak masuk kat sana. Memang bersepah orang bawak stroller. Nak sewa stoller kat sana pun boleh tapi mahal lerr.



stroller yang boleh di sewa di USS












Sehari suntuk kat sana memang penat berjalan je. Yang nak pergi aku suggest xpayah nak berlawa pakai heel 2, 3inchi memang conferm sakit yang amat kaki tu. Aku just pakai kasut flat je dan bersarung kaki, itu pun sakit jugak sikit2 kaki tu. Maybe kasut murah dan tak selesa kot, teheee.


Pukul 7pm orang dah beransur xda. 7:30pk kami dah naik bas untuk balik ke hotel. Time balik xda masalah. Imigresen Singapura pun lancar je kerjanya. Kami sampai kembali kat New York hotel sekitar jam 9pm. Makan malam kat kedai depan hotel, after makan terus pecut g tidur kat homestay Melaka. Punya jauh destinasi kami.. Zzzzzz


Ok, tata!
posted from Bloggeroid

Thursday, November 21, 2013

Percutian 3D 2N

Salam dan hai.

Percutian bersama keluarga suami. Percutian singkat yang cukup padat dan super penat. Tapi sangat best! Bermula dari Kuantan-Johor-Singapore-Melaka-Kl-Kuantan. Fuhh!


Pagi Sabtu 16/11 after subuh sekitar jam 7:30am bertolak dari Kuantan ke Kluang, nak attend kenduri kahwin kawan suami. Memang dah rancang nak g this week sebab dah alang-alang duk Johor terus rancang g Singapore. Breakfast cuma makan roti sardin yang mak mertua buat, bawak bekal makan dalam kereta so jimat tang situ, hehehe. Sampai Kluang sekitar jam 11:30am, dah elok sangat majlis kenduri mula jam 11am. Terus kami lunch kat situ, ok jimat lagi untuk makan tengahari.


After makan kat kenduri terus gerak ke JPO (Johor Premiun Outlet). JPO kat Kulaijaya, tak jauh pun dari Kluang. First time kami semua datang sini. Syokk jugak ke sini, sebab ada certain barang branded yang jauh lebih murah dari Kuantan. Macam Levis, Original Perfume, Carlo Rino dll. Jakun jap tapi tak shopping pun sebab plan kami datang situ sebab nak kenal tempat. Ok, dah bincang ngan hubby next time boleh consider datang sini, simpan duit bebanyak dulu, tehehehe. Tapi...tapi...aku sempat jugak rembat satu purse Carlo Rino, dah harganya separuh dari harga kat Kuantan maka grab la lelaju. Kekeke.


Tak duk lama kat JPO, sebab nak cepat2 cari dan sampai kat hotel. Nak rehat, badan dah penat sangat. Lagipun nak pakai tenaga untuk berjalan dan bermain dalam USS esoknya. Kami stay kat New York Hotel, Jb. Hotel tu include pakej yang nak masuk ke USS, sarapan pagi pun dorang provide dalam pakej tu. Memang berbaloi la. Hubby cakap next time boleh consider datang untuk pakej camni tapi tunggu Zara besar. Universal Studio Singapore dah cukup best bagi kami.


Lewat petang tu keluar lagi sebab nak g makan malam dan jalan-jalan kat Kompleks Zon bebas cukai. Nak kenal tempat kata orang dah alang-alang datang. Kecewa pulak datang situ, xda apa pun. Pergi Danga Bay nak cari makan, hampa jugak kedai melayu xjumpa, banyaknya kedai makan cina. At last g makan kat Restoran Singgah Selalu sebelah jalan dengan Danga Bay, itupun after aku tanya kawan kat situ. Dah buntu tak tahu nak g makan katne. Bapakk mahal makan situ, nasib baik air Epal Asam Boi nya sedappp! Grrrrr!!


After makan malam terus balik hotel, masing-masing dah nak tidur. Aku terus kemas beg baju, sebab esok pagi-pagi dah nak checkout. Pastu terus Zzzzz....


Ahad, 17/11..Turun sarapan 7:30am. Settle checkout, angkut beg baju ke kereta. Kereta still parking kat hotel ye. 8:30am bas datang. Asalnya pakej tu nak angkut kami ke Singapore pakai van, tapi sebab ramai group lain maka naik bas la kami. Kang cuti sekolah dah mula, maunya tak ramai. Bertolak dari hotel hampir jam 9am then sampai Singapore hampir jam 11am. Uwaaa kemain lama kan? Problem nya kat Singapore imigresen. Haishh. Stay dalam USS sampai pukul 7pm hingga la bas datang jemput kami semula. Cerita kat USS entri lain ye.


Malam tu sampai semula kat New York Hotel nak ambil kereta. Pastu terus gerak ke Melaka jam 10:30pm, dah book homestay kat sana. Sampai Melaka 2:15am. Fuhh rabak mata, aku tak tapi suami la, kesian di yang drive T__T.


Esoknya memasing dah terbungkam bangun kul 9:30am. Kena bangun awal jugak sebab nak checkout homestay sebelum pukul 12pm. Makan pagi sekali harung lunch, pastu jalan-jalan kat Bandar Melaka, beli cencalok dll. After Zohor terus gerak ke KL, nak singgah Ikea sebelum gerak balik Kuantan. Aku yang request nak g Ikea sebab xpernah sampai, lol. Sampai kat Ikea pun jakun, semua barang banyak nak rembat. Fikirkan banyak duit dah abis so tahan je nak shopping. Tapi ada la jugak beli perkakas dapur yang berkenan dek hati. Nak merasa meatball Ikea pun tak nyempat, sobs!


After Ikea, g makan kat Kampung Baru, KL. Lepas makan jam 8:30pm terus gerak balik ke Kuantan. Alhamdulillah jam 12am selamat sampai Kuantan.

posted from Bloggeroid

Wednesday, November 13, 2013

Hormon semata-mata..

Salam dan hai.

Ingat tak entri last week. Sini. Perihal yang urine test aku samar-samar nampak double line tu. Cuak wess masa tu. Yeke aku pregnant?? Time tu dah nak nangis, tapi xtau nangis hepi ke apa, huuu. Orang cakap kalau nampak double line samar-samar chance nak preggy tu ada. Dup dap. Bagitau hubby, kalau betul pregnant camne?? Hubby cakap terima jela, anak kita jugak. Betul tu.


Aku ni dengan rasa tak puas hati ajak la hubby g klinik. Hubby pun turutkan je bini dia ni. Kat klinik sampai turn kami, dah degup2. Aku la degupnya, hubby cool je. G tadah kencing, dan doc pun test. Time doc test depan aku, tunggu la hasilnya. After 10s gitu, doc tunjuk hasil test. Eh negatif?? Ok aku senyum. Pelik pun ada kenapa aku test nampak samar double line. Doc kata tunggu lagi dua minggu dan datang lagi. Untuk triple cek. Aku ni memang dah jenis tak sabar almost dua minggu cek la sendiri. Lepas raya puasa time tu. Kali ketiga cek memang negatif. Hehe.


See!!



Masalah aku sekarang memang hormon je. After bersalin, usia Zara almost 3bulan aku dah mai peod. Sempat la dua kali datangnya. Lepas tu peod tak muncul-muncul sampai sekarang. Sebab tu la aku cuak. Elok-elok datang peod dang2 lepas tu tak datang. Mau tak fikir pregnant?? Entri lepas saja kasi suspen, kekeke. Yang ucap tahniah tu mekasih laa. Simpan wish tu untuk next preggy aku ye, hehe. Sori korang!!


Aku tak pregnant tau!! Hehe

Tata!

Tuesday, November 12, 2013

Photobook from Pixajoy

Salam dan hai.

Yeaaa! Dua photobook dari Pixajoy dah sampai. Kemain lama aku tangguh buat, akhirnya siap dan dapat jugak. Sangat puas hati!!




Lepas ni kalau ada voucher murah boleh grab lagi. Ok tu je nak stori. Sesaja nak test bloggeroid aku menjadi ke x.. Kalau publish ni kira menjadi la tu, hehe


Next entry nanti aku stori panjang pasal photobook ni k!


Tata!

Sunday, November 10, 2013

First time homemade tiramisu..

Salam dan hai.

Dah lama mengidam nak buat tiramisu sendiri, sejak pregnantkan Zara lagi, giler lamaa..mengidam sebab selalu tengok kak Ana duk upload tiramisu kat blognya. Duk peram je nak buat, dan dua hari lepas tak mengidam daa sebab hajat nak buat tercapai. Mudah sangat buatnya. Bahahaha






Haa tu semua gambar selepas dah di makan, hehe. Dah buat dapat la 3 mangkuk kaca dan satu bekas transparent tu. Pelawa la kat laki aku untuk makan, di jamah la dua sudu pastu dia cakap tak suka. Apa yang tak sedap taktau la, resepi terang-terang aku ikut kak Ana punya. Bagi aku dah sedap sangat makan sejuk-sejuk, nyumms! Maka semua 3 mangkuk dan 1 bekas tu aku bedal sorang, kehkeh. Seisi menternak lemak sekali harung, next time kita jumpa lagi wahai tiramisu.

posted from Bloggeroid

Sunday, November 3, 2013

Yeahh cuti!

Salam dan hai.

Wahh kemain masing-masing duk bersorak tengok bola. Aku ni tak tahu nak sokong yang mana, dilema duk di tengah-tengah negeri pantai timur, giteww. Hakhak. Yang penting esok Pahang cuti peristiwa, ohh yeahh!! Semalam MB umumkan, maka laki ku cuti la. Straight cuti sampai selasa. Aku macam biasa, cuti tak cuti sama je, kerja rumah tetap jalann, namapun surirumah kenn.






Ok, sambil nonton bola, sambil ber'lambsteak'. Nyumms! Pahang dah menang! Hooreyyy!! Eh aku sokong mana-mana je kalau menang. Kan Pantai Timur, gituu. Jangan gaduh-gaduh ye, peace!! ^^

posted from Bloggeroid

Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers